LAMAN CIKGU BAHRI
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Razak  : Apa khabar, Roslan ?
Roslan : Beransur baik sekarang. Cuma badan saya masih
              lemah dan tiada selera   untuk makan.          
Razak  : Saya datang ni  nak  melawat awak kerana sudah
             dua har awak tidak datang  ke sekolah.        
Roslan : Terima kasih, Razak kerana ambil berat mengenai
              saya.Sebenarnya sudah dua hari saya demam dan
        selesema.Ibu menasihati saya agar tidak ke   
        sekolah kerana bimbang penyakit saya ini akan    
              berjangkit  kepada kawan-kawan yang  lain.
Razak  : Betul tindakan  ibu awak itu kerana selesema
              memang mudah berjangkit.Saya dapat tahu awak
              tidak sihat melalui guru kelas kita.Ibu awak yang  
              menelefon pihak sekolah dan memaklumkan
              kepada pihak sekolah bahawa awak tidak sihat.
             Adakah  awak sudah  mendapatkan rawatan  
             daripada doktor ?               
Roslan : Sudah. Saya  telah  pergi  ke  klinik semalam  
              bersama-sama dengan ayah dan  ibu saya.           
Razak  : Baguslah  kalau dah pergi tetapi  jangan  lupa  
              makan ubat yang  diberi.
Roslan : Baiklah, terima kasih atas nasihat awak.
Razak  : Bagaimana dengan kawan-kawan yang lain?
Roslan : Kawan-kawan yang lain seperti biasa, cuma Cikgu 
             Zakaria mengingatkan  kita supaya   mengulang
             kaji pelajara kerana peperiksaan percubaan UPSR
             akan diadakan  tidak  lama lagi.

 Salin soalan di bawah dan tuliskan jawapannya dengan lengkap.

  1. Perkataan   ambil berat dalam  petikan  adalah sinonim
dengan perkataan ....................................................

  1. Siapakah yang menelefon pihak sekolah untuk memaklumkan keadaan Roslan?.

  1. Apakah  nasihat yang telah disampaikan oleh  sahabat Roslan kepadanya?

  1. Adakah  langkah pencegahan yang telah diambil oleh ibu Roslan berkesan bagi mengawal jangkitan tersebut?. Mengapa?


3 Responses
  1. Unknown Says:

    (a)ambil tahu

    (b)Ibu roslan yang menelefon pihak sekolah untuk memaklumkan keadaan Roslan.

    (c)Nasihat yang telah disampaikan oleh sahabat Roslan kepadanya ialah makan ubat yang telah diberikan oleh doktor.

    (d)Ya,kerana jangkitan tersebut mudah untuk berjangkit sekiranya tidak mengambil langkah pencegahan.


    AARON DAH SIAP!


  2. Unknown Says:

    Ambil berat bermaksud memberikan perhatian yang lebih
    contoh ayat : Mak Limah memang ambil berat tentang persekolahan anak-anaknya.


  3. Unknown Says:

    b)Ibu roslan yang menelefon pihak sekolah untuk memaklumkan keadaan Roslan.
    c)Nasihat yang telah disampaikan oleh sahabat Roslan kepadanya ialah makan ubat yang telah diberikan oleh doktor.
    d)Ya,kerana jangkitan tersebut mudah untuk berjangkit sekiranya tidak mengambil langkah pencegahan.


Post a Comment