MOHD BAHRI

CARA MENGHARGAI MASA    ( CONTOH 1 )

Masa itu ibarat emas. Kita haruslah menghargai masa dengan sebaik yang boleh. Masa tidah boleh dijual beli.
            Terdapat pelbagai cara untuk menghargai masa. Antaranya ialah, meluangkan masa dengan perkara yang berfaedah seperti membaca buku, memancing ikan, melayari internet dan sebagainya.
            Kita haruslah membaca buku kerana ia adalah salah satu cara untuk meluangkan masa dengan perkara yang berfaedah. Terdapat pelbagai jenis bacaaan yang boleh kita baca antaranya ialah membaca surat khabar, membaca buku mengenai sains dan membaca buku yang berfiksyen. Dengan membaca, kita dapat mengetahui kejadian bencana yang melanda di dalam negara dan di luar negara dan bagaimana wujudnya siang dan malam.
            Memancing ikan dapat menenangkan fikiran kita yang berserabut. Memancing juga dapat menguntungkan kita kerana hasil tangkapan yang telah kita tangkap dapat dijual.Memancing dapat mengajar kita untuk bersabar.
            Selain daripada itu, melayari internet juga mempunyai kebaikannya.Melayari internet dapat kita mengetahui isu semasa di luar negara. Kita juga dapat berkenalan dengan pelbagai bangsa melalui internet.? Selain daripada itu, melalui internet kita dapat mempelajari sesuatu yang baru.
            Oleh yang demikian, kita haruslah bijak menggunakan masa.Hal ini demikian kerana masa yang telah pergi tidak akan kembali. Kita juga tidak harus menyesal atas perkara yang telah kita lakukan. Bak kata perpatah melayu “nasi sudah menjadi bubur".


CARA MENGHARGAI MASA    ( CONTOH 2 )
            Kata orang tua-tua masa itu sangat penting kerana masa yang berlalu tidak boleh ditarik semula terutama jika masa itu tidak digunakan untuk melakukan sesuatu yang bernilai. Manusia yang bijak ialah individu yang memahami kepentingan masa lalu menggunakannya dengan sebaik mungkin. Jadi, bagaimanakah cara-cara yang positif untuk membuktikan seseorang itu menghargai masa?       
          Sikap menghargai masa bermula dengan keazaman kuat yang ditanamkan dalam jiwa seseorang itu. Rasa keazaman ini mengingatkan kita bahawa masa perlu dihargai tanpa wujud sebarang alasan untuk menolaknya. Maka, mereka yang mempunyai keazaman itu sudah memulakan usaha untuk menghargai masa dengan baik.
        Selain itu, menghargai masa juga boleh dibuktikan menerusi sikap membuat perancangan masa yang sistematik. Dalam aspek ini jiwa seseorang yang menghargai masa akan membuat satu jadual lalu mematuhi perancangan masa itu dengan sebaik mungkin. Jelaslah, sikap membuat jadual dan mematuhinya membuktikan betapa seseorang itu menghargai masanya. 
         Malah, sikap tidak suka melakukan perkara-perkara yang sia-sia turut memberikan satu persepsi bahawa seseorang itu menghargai masanya. Masa seseorang perlulah dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah untuk masa depan kita seperti membaca buku dan membantu ibu bapa di rumah. Sesungguhnya, mereka yang melakukan perkara-perkara positif dalam hidupnya tahu kepentingan masa kepada manusia itu.
 
CARA MENGHARGAI MASA    ( CONTOH 3 )
 
            Pelbagai istilah tentang masa yang kita dengar atau lihat. Antaranya ialah "Masa itu Emas", "Masa ialah Kehidupan" dan sebagainya. Ini menunjukkan masa sangat penting dalam kehidupan kita kerana masa yang berlalu tidak dapat diganti. Oleh itu, kita harus bijak mengurus masa supaya tidak membazir begitu sahaja.
            Masa dapat digunakan dengan berfaedah apabila kita memenuhinya dengan melakukan hobi yang bermanfaat. Contohnya, bersukan, melancong, berekreasi, mengumpul setem dan sebagainya. Jika kita gunakan masa dengan hobi yang bermanfaat akan dapat memberikan kepuasan kepada kita.
            Selain itu, kita dapat gunakan masa yang terluang dengan menziarahi sanak saudara, datuk dan nenek serta teman-teman. Selain dapat bersiar-siar, kita akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.
            Aktiviti yang paling bermanfaat untuk mengisi masa lapang ialah membaca. Pelbagai bahan bacaan dapat dibaca seperti buku rujukan, surat khabar, novel, majalah, jurnal dan sebagainya. Kita dapat mencedok ilmu dan maklumat sebanyak mungkin daripada bahan bacaan ini.    
            Di samping itu, kita dapat menggunakan masa yang terluang dengan membantu ibu bapa  membuat kerja-kerja rumah. Kita perlu faham situasi ibu bapa kita yang seharian penat bekerja. Oleh itu, jika kita membantu mereka mengemas rumah, menyapu sampah dan sebagainya, kita secara tidak langsung dapat meringankan beban mereka. Kita juga akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
            Kesimpulannya, kita sebagai manusia sewajarnya mendisiplinkan diri supaya tidak membuang masa begitu sahaja kerana masa sangat berharga. Oleh itu, uruslah masa dengan bijak.
0 Responses

Post a Comment