LAMAN CIKGU BAHRI
Ucapan Ketua Pengawas yang baru dilantik.

CONTOH 1

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, guru-guru, dan rakan seperjuangan. Hari ini ialah pelantikan pengawas. Oleh itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada para pengawas yang dipilih oleh pihak sekolah.
 
Guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati,
          Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan ucapan.Saya amat terharu dengan pelantikan sebagai ketua pengawas sekolah. Saya akan memikul tenggungjawab ini mulai hari ini.
          Sebagai ketua pengawas, saya akan menjalankan tugas dengan sebaik-baik mungkin. Setiap arahan pihak sekolah dan guru disiplin tidak akan saya pandang ringan. Hal ini penting demi meningkatkan tahap disiplin sekolah.
          Oleh hal yang demikian, saya memohon kerjasama daripada semua pihak dalam menjadikan sekolah kita lebih selamat dan ceria. Setiap pelajar diminta melaporkan masalah disiplin pelajar kepada pengawas. Hal ini penting agar pelaksanaan denda dapat dijalankan oleh pihak pentadbiran dengan tujuan untuk memberi pengajaran dan pendidikan.
          Sebagai ketua pengawas dan pengawas yang baru dilantik, saya dan rakan-rakan pengawas masih belajar. Saya berharap pihak sekolah akan menegur kami jika melakukan kesalahan. Dengan ini, saya akan mengambil iktibar daripadanya untuk memperkasakan lembaga pengawas sekolah.

Hadirin yang saya hormati,
          Saya berharap sekolah kita akan terus mencapai kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Dengan mendisiplinkan diri, kita dapat berjaya dalam setiap bidang yang diceburi. Saya ingin menyampaikan serangkap pantun sebagai penghias bicara hari ini.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Kami pengawas baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Sekian, terima kasih.


CONTOH 2

Yang Dihormati Pengerusi Majlis, yang berusaha, Guru Besar SK Taman Perling, guru-guru Penolong Kanan, guru-guru, dan rakan-rakan yang dikasihi. Salam sejahtera saya ucapkan.

Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang berucap dalam majlis yang penuh bersejarah ini. Pelantikan saya sebagai Ketua Pengawas pada tahun ini merupakan satu amanah yang harus dipikul dengan penuh tanggungjawab.

Hadirin yang dikasihi,

Saya dan rakan-rakan yang baru dilantik berjanji untuk melaksanakan tugas menguatkuasakan undang-undang dan disiplin di sekolah. Sebagai polis kecil di sekolah, kami akan memastikan agar semua murid mematuhi segala peraturan yang sedia ada.

Di samping itu, saya mengharapkan kerjasama daripada guru-guru dan semua murid supaya kita dapat melaksanakan tugas masing-masing. Tanpa kerjasama anda semua, saya yakin sekolah kita akan dipandang serong oleh orang lain. Saya seru kepada anda semua, marilah kita bersatu hati.

Guru-guru dan rakan yang disayangi,

Sekiranya kita mahu berjaya dalam kurikulum dan kokurikulum, aspek disiplin mesti diutamakan. Hanya mereka yang berdisiplin sahaja akan berjaya dengan cemerlang. Sesuatu perkara jika dilakukan dengan sambil lewa, hasilnya kurang berjaya. Jadi, kita tingkatkanlah tahap disiplin masing-masing.

Sebagai insan yang bergelar manusia, kita pasti melakukan kesilapan. Tegur dan bantulah jika kami tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna. Bimbingan kalian akan dijadikan panduan buat saya dan rakan-rakan pengawas.

Sebelum mengundur diri, saya memohon ampun dan maaf jika ucapan tadi menyinggung mana-mana pihak. Terimalah serangkap pantun daripada saya,


Waktu pagi makan keria,

Minumannya pula air soya;

Tugas ini tugas mulia,

Apa yang dikata akan dikota.
 
 
 
 
 
5 Responses
  1. Anonymous Says:

    Selamat sejahtera,cikgu.Nama saya Sathya.Saya ingin meminta pertolongan cikgu untuk menyemak serta menanda karangan yang telah saya tulis.Saya juga ingin meminta pertolongan cikgu dalam penulisan karangan dan ulasan secara online dengan menggunakan aplikasi Googke Doc.Jika boleh,saya akan menghantar karangan saya dengan segera.Harap cikgu dapat menolong saya.Jika boleh,saya meminta cikgu untuk memberi markah kepada karangan saya.Terima kasih cikgu.



  2. Unknown Says:

    pendeknya......



  3. Unknown Says:

    Terima kasih cikgu


Post a Comment