LAMAN CIKGU BAHRI
Tuliskan nilai murni pada setiap pernyataan di bawah


BIL
PERNYATAAN TERSURAT
NILAI MURNI
1
Halim sering menolong neneknya membersihkan gerai pameran kraf tangan neneknya.


2
Apabila van sekolah tiba, Haziq beratur untuk menaiki van sekolah tersebut.


3
Selepas bangun tidur, Nazira mengemas tempat tidurnya sendiri sebelum masuk ke bilik air untuk menggosok gigi dan mandi.


4
Maisarah menghadiahkan seutas rantai kepada ibunya sempena hari lahir beliau yang ke-40 tahun.


5
Jamal selalu menyimpan baki wang sakunya ke dalam tabung yang dihadiahkan oleh kakaknya.


6
Penduduk Taman Idaman selalu bergotong-royong membersihkan kawasan taman mereka bagi menghindari wabak demam denggi.


7
Hazim menolong mengeluarkan anak kucing yang terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumahnya.

8
Penduduk Kampung Meranti mengunjungi karnival pertanian itu walaupun mereka tidak menyertai pertandingan sempena karnival tersebut.

9
Fatihah  mengucapkan terima kasih atas kemurahan hati Najihah memberinya buah-buahan yang dibawa dari kampungnya itu.

10
Afiq bersalaman dengan ibu dan bapanya terlebih dahulu sebelum pergi ke sekolah.


BIL
PERNYATAAN TERSURAT
NILAI MURNI
11
Pada setiap petang, saya dan keluarga berjoging dan beriadah di kawasan tasik berhampiran rumah saya.


12
Setelah bersalaman dengan ibu dan ayahnya, Qayyum mengayuh basikanya dengan berhati-hati menuju ke sekolah.


13
Anggota polis trafik itu mengawal lalu lintas pada setiap hari untuk mengelakkan kesesakan jalan raya.


14
Kami tidur pada jam 10.00 malam agar dapat bangun awal untuk bersiap ke sekolah.


15
Mariah menaiki bas pergi ke sekolah. Biasanya dia sampai di sekolah sebelum pukul 7.00 pagi.


16
Kami menggunakan lampu isyarat ketika hendak melintas jalan raya.


17
Cikgu Hamid tidak jemu mendidik anak muridnya yang lemah dalam mata pelajaran Matematik dengan mengadakan kelas tambahan .

18
Razak membelikan cenderamata untuk kawan-kawannya semasa dia melancong ke luar negara.


19
Dia membuat keputusan untuk menyerahkan dompet yang dijumpainya itu kepada guru bertugas.


20
Setelah bersara Pak Saleh gemar berkebun dan menanam pelbagai jenis sayur di kebunnya.




0 Responses

Post a Comment