PERIBAHASA
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah
dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang
surat khabar ataupun majalah
kerana dia _______________.
A buta hati
B buta huruf
C buta kayu
D buta gaji
2 Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan
adik. Oleh sebab itu dia dianggap
___________________ .
A anak buah
B anak emas
C anak tunggal
D anak bongsu
3 Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu,
adik tidak henti-henti berbual
kerana adik ___________________.
A otak cair
B otak udang
C mulut murai
D mulut tempayan
4 Kunding mengambil sekeping roti berkrim
sebagai _______________ sebelum
pergi ke sekolah.
A alas perut
B ikat perut
C perut busuk
D perut kosong
5 Kesemua _______________ Tuan Haji Azhar dan
Puan Hajah Azilah sudah
mendirikan rumah tangga.
A anak tut
B anak tiri
C anak bini
D anak beranak
6 Azizi dan anak-anaknya ______________
kerana sebaik sahaja mereka sampai
jamuan mula dihidang.
A langkah kanan
B langkah bendul
C langkah seribu
D langkah kiri
7 Puan Basrah masih ________________
meneruskan perniagaan suaminya
walaupun tidak mendapat sokongan daripada
anak-anaknya.
A geli hati
B makan hati
C cekal hati
D isi hati
8 Semua barang itu dijual dengan
__________________ dalam Pameran Jom
Heboh.
A harga diri
B harga mati
C tanda mata
D tanda harga
9 Yoke Lan ________________ sehingga dia
tidak menyedari bilik tidurnya telah
dicerobohi pencuri.
A pekak badak
B lepas tangan
C makan hati
D tidur mati
10 Pengadil bola sepak antara sekolah saya
dengan sekolah jiran dicaci oleh para
penonton kerana _______________ semasa
mengadili perlawanan tersebut.
A banyak mulut
B berat sebelah
C angkat kaki
D lepas tangan
11 Keadaan Aliff Imran ______________________
menyebabkan dia tidak mahu
menyertai perlumbaan jalan kaki.
A bagai cicak makan kapur
B bagai kumbang putus tali
C bagai itik pulang petang
D bagai balak terendam
12 Siti Norhana dan Nurul Amirah
____________________________ kerana sering
bergaduh walaupun perkara itu kecil.
A bagai ayam disambar helang
B bagai anjing dengan kucing
C bagai katak di bawah tempurung
D bagai melepaskan batuk di tangga
13 Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu
________________________
kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang
tinggi daripada pihak
kerajaan.
A bagai bulan jatuh ke riba
B bagai kaca jatuh ke batu
C bagai duri dalam daging
D bagai ayam disambar helang
14 Puan Zainab _________________________
kerana lima ahli keluarganya telah
maut dalam kemalangan itu.
A bagai melepas anjing tersepit
B bagai dihiris dengan sembilu
C bagai ayam disambar helang
D bagai kaca jatuh ke batu
15 Oii Sik Lee dianggap
________________________ kerana tidak dapat
menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.
A seperti lipas kudung
B seperti ayam berak kapur
C seperti bulan penuh purnama
D seperti kera sumbang
16 Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan
Azira dan adik-adiknya
_________________________________ .
A bagai mendukung biawak hidup
B bagai ayam mengeram telur
C bagai pahat dengan penukul
D bagai wau putus tali
17 Encik Badarudin _________________________
setelah menerima panggilan ugutan dan
pesanan ringkas daripada seorang yang tidak
dikenali.
A bagai mencurah air ke daun keladi
B bagai menghitung bulu kambing
C bagai berumah di tepi pantai
D bagai anjing buruk kepala
18 Mak Timah hidup susah dan terbiar kerana
tidak dipedulikan oleh anak-anak dan
jiran tetangganya __________________ .
A seperti rumput di tepi jalan
B seperti tikus jatuh ke beras
C seperti mendukung biawak hidup
D seperti sudah jatuh ditimpa tangga
19 Jalan raya menuju ke Cameron Highlands
agak curam dan bengkang-bengkok
seperti __________________________________ .
A bumi dengan langit
B aur ditarik songsang
C pinang dibelah dua
D ular kena palu
20 Setelah berjaya menjawat jawatan yang
tinggi di bandar, Kumaresan telah
melupakan ibu bapanya di kampung seperti
_________________________ .
A enau dalam belukar
B kacang lupakan kulit
C aur dengan tebing
D dakwat dengan kertas
21 Salmi Farhana berasa _____________________
kerana gagal memecahkan
rekod dalam acara lompat tinggi.
A makan hati
B iri hati
C ada hati
D buah hati
22 Pada cuti hujung minggu, Encik Zaiman
membawa keluarganya _____________
ke taman bunga.
A ambil hati
B ambil langkah
C ambil ringan
D ambil angin
23 Sarasawaji ______________ dengan kejayaan
rakan karibnya dalam
pertandingan bercerita itu.
A makan hati
B jatuh hati
C iri hati
D ambil hati
24 Kejayaan perenang Malik Mydin merentasi
Selat Inggeris telah menjadi_______________________ rakyat Malaysia.
A buah tangan
B buah mulut
C buah hati
D buah pena
25 ___________________ Puan Anita apabila
mendapat berita bahawa suaminya
telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan
raya.
A Makan hati
B Hancur hati
C Besar hati
D Jatuh hati
26 ___________________ budak itu pucat lesi
ketika dijumpai terikat di sebuah
rumah kosong.
A Air muka
B Ada hati
C Ada harapan
D Air tangan
27 Perbuatan memberi atau menerima
_________________ ketika menjalankan
tugas boleh dikenakan tindakan tatatertib.
A duit hantaran
B duit pecah
C duit raya
D duit kopi
28 Cikgu Patricia Ang tiba-tiba
_________________ apabila beliau mengetahui
anak muridnya telah meniru semasa ujian
dijalankan.
A ada angin
B atas angin
C naik angin
D khabar angin
29 Emak menjadi _________________ ketika
memilih kain yang beraneka corak
dan warna di kedai itu.
A rambang mata
B lupa daratan
C serkap jarang
D lipas kudung
30 Semua murid __________________ untuk
mendengar taklimat Program Hari
Kokurikulum yang akan diadakan di Hutan Lipur
Ulu Licin, Beruas pada minggu
depan.
A pasang badan
B pasang telinga
C ambil berat
D ambil hati
31 Kamaruzaman __________ kerana tidak tahu
menggunakan komputer riba yang baru dibeli
oleh ayahnya.
A seperti mencurah garam ke laut
B seperti kera mendapat bunga
C seperti Belanda diberi tanah
D seperti hujan jatuh ke pasir
32 Badrul Amin memastikan semua anaknya
mendapat didikan ilmu agama yang
mencukupi kerana baginya __________ .
A tepuk dada tanya selera
B segan bertanya sesat jalan
C harapkan pagar, pagar makan padi
D melentur buluh biarlah daripada rebungnya
33 Zamir Azril tidak mengamalkan sikap
_________________________ ketika
mencari rumah rakannya di Kuala Lipis.
A buang yang keruh ambil yang jernih
B segan bertanya sesat jalan
C sambil menyelam minum air
D bagaimana acuan begitulah kuihnya
34 Sungguhpun Erra Fazira dan Umi Aida
merupakan pasangan artis yang rapat,
namun ada ketikanya mereka tidak sependapat
seperti ___________________.
A rambut sama hitam, hati lain-lain
B sambil menyelam minum air
C ukur baju di badan sendiri
D tepuk dada tanya selera
35 Penduduk di Taman Seri Seroja sering
melakukan kerja-kerja gotong-royong
bagai ___________________ .
A cincin dengan permata
B kucing dengan anjing
C aur dengan tebing
D isi dengan kuku
36 Goh Swei Mooi tidak berputus asa untuk
mengulang semula pelajarannya
kerana dia yakin _______________________ .
A lain di mulut lain di hati
B tepuk dada tanya selera
C indah khabar daripada rupa
D belakang parang diasah lagikan tajam
37 Encik Tarmizi _______________ kerana
beliau menuruti semua arahan dan perintah yang
diberikan oleh ketuanya.
A seperti lembu dicucuk hidung
B seperti anjing menyalak bukit
C seperti tikus membaiki labu
D seperti murai tercabut ekor
38 Semua teguran dan nasihat yang diberikan
Cikgu Halim kepada murid-muridnya
_________________________________ kerana
semua nasihatnya tidak mereka endahkan.
A bagai haruan makan anak
B bagai kambing dihalau ke air
C bagai mencurah air ke daun keladi
D bagai melepaskan batuk di tangga
39 Para pekerja binaan itu berasa cemas dan
bimbang ketika musim hujan kerana
kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa
sahaja ____________________.
A bagai gergaji dua mata
B bagai pahat dengan penukul
C bagai kucing kehilangan anak
D bagai telur di hujung tanduk
40 Subramaniam seperti ________________
kerana banyak peristiwa yang berlaku di sekolah
tidak diketahuinya.
A katak di bawah tempurung
B ayam disambar helang
C kera mendapat bunga
D murai tercabut ekor
41 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid terpaksa
__________________ bagi
keracunan makanan di kantin sekolah.
A campur tangan menyelesaikan kes
B gila bayang
C ambil ringan
D bulat hati
42 Persembahan Nabil dalam rancangan Raja
Lawak sungguh _______________
para penonton.
A mengambil berat
B mengambil tahu
C menarik hati
D mencuit hati
43 Semua guru tidak sepatutnya ____________
terhadap anak didiknya semasa
berada di dalam bilik darjah.
A pilih kasih
B patah hati
C panas hati
D perang mulut
44 Mohamad Zuhairi merupakan
___________________ pasukan bola baling
Daerah Manjung peringkat sekolah rendah.
A lipas kudung
B ayam tambatan
C orang tengah
D bekas tangan
45 Faridatul perlu menguatkan suara apabila
bercakap kerana neneknya_________ .
A pasang telinga
B telinga kuali
C pekak badak
D telinga lintah
46 Semua mangsa banjir di Batu Pahat
__________________ untuk
menyelamatkan harta-benda mereka daripada
dihanyutkan air.
A mencari jalan
B membuka jalan
C mencari untung
D membuka langkah
47 Penanam tembakau itu ________________ di
tengah panas untuk mencari
rezeki menyara keluarga mereka.
A curi tulang
B tulang belakang
C membanting tulang
D ringan tulang
48 Penduduk Kampung Panchor _________________
sejak pukul lapan pagi untuk
membaiki jambatan yang rosak.
A ringan tangan
B ringan tulang
C mandi kerbau
D mandi keringat
49 Sabariah menarik diri dalam acara
pertunjukan fesyen di sekolahnya kerana dirinya yang___ .
A bidan terjun
B bongkok udang
C pening lalat
D puteri lilin
50 Abang saya suka berenang manakala kakak
hanya suka bermain di_____ kerana dia takutkan ombak.
A atas pagar
B luar pagar
C gigi air
D bawah angin
51 Kehidupan Intan Najwa sungguh bahagia
walaupun dia anak angkat kerana ibu
bapanya menjaganya _________________
A bagai menatang minyak yang penuh
B bagai kucing kehilangan anak
C bagai kacang lupakan kulit
D bagai aur dengan tebing
52 Perbuatan Imran menceritakan keburukan
keluarganya itu______ kepada jiran tetangganya.
A seperti hujan jatuh ke pasir
B seperti menanam tebu di bibir
C seperti membuka pekung di dada
D seperti musuh dalam selimut
53 Segala janji manis wakil insurans itu__________
kerana
setelah mendapat pelanggan, beliau tidak lagi
datang memberi perkhidmatan.
A bagai mencurah air ke daun keladi
B bagai menyusu kera di hutan
C bagai anjing menyalak bukit
D bagai menanam tebu di bibir
54 Zulfa dan Hasnah tercengang-cengang
apabila tiba di Bandaraya Kaherah_________ .
A seperti rusa masuk kampung
B seperti kerbau dicucuk hidung
C seperti kera mendapat bunga
D seperti si buta kehilangan tongkat
55 Walaupun Badrul dan Badrin merupakan
pasangan kembar, namun watak
mereka jauh berbeza _____________ .
A seperti tikus jatuh ke beras
B seperti langit dengan bumi
C seperti pungguk rindukan bulan
D seperti mentimun dengan durian
56 Balasenan seperti ________ kerana telah
berjaya
menjadi pemenang dalam peraduan menulis
cerpen sempena Hari Kebangsaan
yang lalu.
A katak disimbah air
B gagak pulang ke benua
C melukut di tepi gantang
D harimau menyembunyikan kukunya
57 Pasangan Dato Khalid dan Datin Siti
Norhasliza sememang sepadan jika
disatukan laksana ________________
A lembu kasi
B batik lasam
C kunyit dengan kapur
D garam dengan asam
58 Pelakon Maya Karin bagai________ apabila
dianugerahkan
Pelakon Wanita Terbaik tahun 2007.
A melepas anjing tersepit
B bulan penuh purnama
C haruan makan anak
D itik pulang petang
59 Abang Safuan __________________ kerana
kamera yang cuba
dibaikinya sudah tidak boleh digunakan lagi.
A bagai si kudung mendapat cincin
B bagai anjing dengan kucing
C bagai tikus membaiki labu
D bagai kumbang putus tali
60 Kehidupan Sazniwati _____________ semenjak
tinggal
bersama keluarga angkatnya yang kaya tetapi
tidak membenarkannya keluar
seorang diri.
A umpama burung di dalam sangkar, mata
terlepas,
badan terkurung
B umpama buah kepayang, dimakan mabuk
dibuang
sayang
C umpama ayam menetas anak itik, anaknya ke
air juga
D umpama bunga mekar dipakai, layu dibuang
Jawapan
1. B 21. A 41. A
2. C 22. D 42. D
3. C 23. C 43. A
4. A 24. B 44. B
5. B 25. B 45. C
6. A 26. A 46. A
7. C 27. D 47. C
8. B 28. C 48. D
9. D 29. A 49. B
10. B 30. B 50. C
11. D 31. B 51. A
12. B 32. D 52. C
13. B 33. B 53. D
14. C 34. A 54. A
15. D 35. C 55. B
16. D 36. D 56. A
17. C 37. A 57. D
18. A 38. C 58. B
19. D 39. D 59. C
20. B 40. A 60. A
Post a Comment