Aku dan rakan-rakan menyertai latihan sukan di sekolah. Semasa latihan tersebut berlangsung aku terdengar jeritan. Aku pun…
Mulakan cerita dengan:
Aku pun…
Mulakan cerita dengan:
Aku pun…
_____________________________________________
Aku pun segera berlari ke belakang astaka kerana jeritan tersebut datangnya dari situ. Setibanya di belakang astaka, aku terkejut benar apabila mendapati Alia meraung kesakitan sambil memegang kakinya. Wajahnya pula berpeluh dan pucat.
Aku segera menghampirinya untuk bertanya akan puncanya. Dia segera menunjukkan kakinya yang bengkak dan lebam. “Kaki ku terperosok ke dalam lubang ini semasa aku berlari di sini tadi”, rintihnya sambil menunjukkan sebuah lubang kecil di situ.
Aku memintanya bertenang sementara aku pergi meminta bantuan. Kemudian aku terus berlari meminta pertolongan daripada Cikgu Hamidi yang kebetulan sedang berjalan menuju ke astaka tersebut.
Dengan segera, Cikgu Hamidi mendapatkan Alia untuk memberikan pertolongan. “Kaki Alia cuma terseliuh sahaja”, kata cikgu Hamidi setelah memeriksa kaki Alia. Aku bersyukur kerana kecederaan Alia tidaklah begitu teruk.
Kemudian, Cikgu Hamidi meminta aku memanggil beberapa orang pelajar lain untuk mengangkat Alia ke kantin sekolah sementara beliau ke bilik guru untuk mengambil minyak urut.
Di kantin, aku menggosok kaki Alia yang cedera dengan minyak gamat yang diberi oleh Cikgu Hamidi. Sambil tersenyum, Alia segera mengucapkan terima kasih kepada kami sejurus aku selesai menyapukan minyak urut di kakinya.
Sebelum bersurai daripada latihan sukan petang itu, Cikgu Hamidi mengingatkan para pelajar supaya tidak bermain di belakang astaka kerana permukaan tanah di situ masih belum diratakan kerana kerja-kerja pengubahsuaian astaka masih dalam pembinaan .
Terima kasih Cikgu Bahri, ini sangat berguna bagi calon UPSR:)
Alhamdulillah. Tahniah. Semoga terus mendapat kejayaan dunia dan akhirat.
baguslah cikgu buat banyak-banyak tau.Anak saya memang suka tengok contoh karanga cikgu ni.Anak saya pun dah pandai buat karangan sebab tengok cikgu punya karangan ni.
ada lagi tak?anak saya nak hari ini juga karangan.Tapi saya tak paksa pun.Sorry kalau terasa.