Baca petikan dan
tuliskan nilai murni yang terdapat di dalam petikan di bawah.
Amir termenung sendirian
di kantin. Semenjak ayahnya jatuh sakit, dia dan ibunya patah kandar. Mereka
hilang tempat bergantung. Selama ini, ayahnya bekerja keras mencari rezeki di
kebun getah mereka.
“Amir,
cikgu lihat kamu seperti ada masalah. Boleh cikgu membantu kamu?” tanya Cikgu
Rajeswari.
“Sebenarnya,
saya runsing memikirkan yuran yang belum dijelaskan, cikgu. Ayah saya sakit
sekarang ini. Tetapi, saya tidak mahu menyusahkan sesiapa. Saya tidak mahu
menagih simpati daripada orang lain,” kata Amir.
“Amir, usahlah kamu runsing lagi. Tentang yuran, biarlah pihak sekolah
selesaikan. Cikgu akan mengadakan kutipan derma untuk membantu keluarga kamu.
Kamu perlu menjaga ayah kamu itu. Tetapi, jangan kamu mengabaikan pelajaran
pula,” kata Cikgu Rajeswari.
“Terima
kasih, cikgu. Saya berasa bersyukur kerana ada orang yang mengambil berat
tentang keluarga saya. Budi cikgu tidak dapat saya balas,” kata Amir.
Post a Comment