LAMAN CIKGU BAHRI
LAMAN CIKGU BAHRI
Melancong bermaksud melawat ke tempat-tempat yang menarik pada
masa lapang. Banyak faedah akan diperoleh daripada aktiviti melancong.Dengan melancong, kita dapat merehatkan fikiran dan tubuh badan. Kita boleh pergi melancong ke tempat-tempat menarik selepas penat belajar atau bekerja. Fikiran yang kusut semasa bekerja atau belajar boleh ditenangkan dengan melancong. Kita juga boleh membina semangat yang baru selepas berehat.
Melancong merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan. Selain
keseronokan semasa melancong, kita juga dapat memajukan industri pelancongan
negara. Secara tidak langsung, kita dapat menolong memajukan negara kita
apabila melancong dalam negeri sendiri. Cenderahati yang dibeli di satu-satu
tempat pelancongan di negara kita dapat membantu pengusaha-pengusaha tempatan.
Selain itu, melancong juga dapat menambahkan pengetahuan kita
tentang adat kebudayaan dan suasana sekitarnya. Sekiranya kita melancong ke
luar negeri, kita akan mendapat pengalaman yang baru dan akan memperoleh
pengetahuan di negara tersebut . Contohnya jika melancong ke Sarawak, kita akan
dapat mempelajari cara hidup masyarakat Sarawak.
Kesimpulannya, melancong merupakan satu aktiviti yang banyak
memberikan faedah kepada kita.