Menuliskan Ulasan
Tajuk : SATU MURID SATU POKOK
ARAHAN:
1. Baca dan fahami maklumat dalam buku teks halaman 128.
2. Catat isi tersurat dan tersirat dalam petikan tersebut.
3. Tuliskan ulasan seperti paparan di atas.
Air
merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia.. Manusia memerlukan air untuk
menjalankan aktiviti harian seperti pertanian, perikanan, perindustrian,
pengangkuatan dan sebagainya. Namun, air semakin hari semakian tercemar
lantaran sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak.
Punca utama pencemaran air
ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai,
tepi tasik dan laut. Pembuangan bahan buangan seperti sampah, minyak, dan najis
secara tidak terkawal akan menyebabkan sifat air berubah dan seterusnya membawa
kepada pencemaran. Air sungai yang tercemar ini akan mengalir ke laut dan
seterusnya membawa kepada pencemaran laut.
Selain itu, sikap segelintir
pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik ke dalam
sungai atau laut juga mendorong kepada pencemaran air. Pembuangan ini dianggap
mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan. Masalah timbul apabila cecair
kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan
toksik yang mencemarkan air sungai. Akibatnya semua kehidupan di dalam air akan
terganggu dan mengalami kepupusan.
Tumpahan minyak yang berlaku
disebabkan kemalangan kapal juga turut mendorong kepada pencemaran air. Kandungan
minyak yang terapung-apung di permukaan laut sedikit sebanyak akan menyebabkan
kualiti air laut menjadi berkurangan. Hidupan laut seperti ikan, penyu, udang
dan sebagainya akan terjejas disebabkan hal ini.
Kesimpulannya, semua pihak perlu
bertanggungjawab dalam menjaga alam ini daripada terus dicemari. Kita tidak
sepatutnya mementingkan diri sendiri dalam melakukan sesuatu perkara. Kata pepatah,
sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.