PdPr 28.2.2.21 dan 2.3.21
Tahun 6
Kemahiran : Menggunakan kata ganti nama tunjuk.
Objektif : Mengenal pasti kata ganti nama tunjuk.
LANGKAH PEMBELAJARAN:
1. Perhatikan dan fahami rajah di bawah.
a) Kata Ganti Nama
2. Gunalah duit ______ untuk membeli buku latihan kamu.
3. Lelaki yang berkemeja biru ______ abang saya.
4. Pasu bunga di bawah bangsal _______ dibeli oleh ayah di Sarawak.
5. Suara burung merbuk _____ sangat merdu.
PdPr 23.2.2021 dan 25.2.2021
PdP 6.4.2022
BM Tahun 6
OBJEKTIF : Mengetahui dan menyebutkan kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga.
LANGKAH PEMBELAJARAN:
1. Baca dan fahami jadual di bawah.
PENERANGAN:
Kata ganti diri pertama:
Tunggal
- aku — untuk bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan.
- saya — untuk bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi.
- hamba — untuk diri sendiri pada zaman dahulu.
- patik — digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
- beta — digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.
Jamak
- kami—digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
- kita—digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua.
Kata ganti diri kedua
- anda—digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita.
- awak—digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
- engkau—digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga.
- tuanku—digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja.
- kalian—digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
- kamu—digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
Kata ganti diri ketiga
Tunggal
- Baginda—digunakan untuk raja, sultan, atau nabi.
- beliau—digunakan untuk tokoh dan orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpin.
- dia dan ia—digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.
Jamak
- mereka—digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.
Contoh : 1. D 2. D 3. A dan seterusnya...
1 Bryan seorang murid yang pintar. ____ belajar di kelas 6 jujur.
A Hamba
B Patik
C Saya
D Dia
2 “ _____ akan berjumpa dengan Cikgu Harum pada petang nanti” kata David kepada
Siti.
A Beta
B Saya
C Patik
D Kami
3 “Bolehkah ____ tunjukkan jalan ke perpustakaan Negara?” kata Devi
kepada gadis itu.
A mereka
B kamu
C beliau
D dia
4 “ ______ perlu menggalahkan pasukan lawan supaya dapat melayakkan diri
ke pusingan seterusnya,' kata ketua pasukan bola keranjang itu kepada
ahli-ahlinya.
A Kami
B Beliau
C Kita
D Saya
5 “ _____akan menurut perintah, tuanku,” kata Hang Tuah kepada sultan.
A Hamba
B Beta
C Baginda
D Patik
6 Murid-murid itu didenda oleh Cikgu Lim kerana ____ tidak menyiapkan
kerja sekolah.
A dia
B mereka
C anda
D beliau
7 Puan Mastura ialah Guru Besar SJK (C )
Ching Mun. _____ telah berkhidmat di sekolah itu selama hampir tujuh tahun.
A Baginda
B Beliau
C Hamba
D Patik
8 “ _____ berjanji akan membangunkan kawasan ini” titah Sultan Sulaiman.
A Baginda
B Beta
C Hamba
D Patik
9 Cikgu Faizal memuji Wai Ling atas tindakan _____ menolong seorang
mangsa kemalangan pada pagi tadi.
A anda
B –nya
C dia
D ia
10 ______ mestilah taat kepada ibu bapa kerana mereklah yang membesarkan
kita.
A Tuanku
B Mereka
C Kita
D Kami
11 “ Wahai pelajar-pelajar , ______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh hingga
berjaya ke menara gading!' nasihat Guru Besar kepada kami.
A kalian
B engkau
C kami
D saya
12 “Lebih baik ____ segera pergi menelefon pihak bomba,” arah Kai Weng kepada
kawannya apabila ternampak kebakaran.
A saya
B mereka
C dia
D kamu
13 Sultan Johor akan menghadiri majlis itu. ______ akan diiringi oleh
Menteri Besar Johor.
A Beliau
B Baginda
C Beta
D Patik
14 “ _____ berasal dari mana?” tanya Encik Abu kepada pemuda itu.
A Kamu
B Kalian
C Aku
D Dia
15 “Bilakah _____ akan berjumpa dengan duta dari negara itu?” tanya
bendahara kepada Sultan Iskandar.
A beta
B kamu
C tuanku
D hamba
4. CABAR MINDA
Jawab kuiz melalui link di bawah.
https://wordwall.net/resource/1643652/nama/kuiz-kata-ganti-nama-diri
PdPr 23.2.2021
RBT Tahun 6
Objektif : Mengenal nama dan kegunaan alatan tangan yang dilihat.
LANGKAH PEMBELAJARAN:
1.Perhatikan gambat dan baca nota di bawah ini.
PdPr 21.2.2021
TAHUN 6
KEMAHIRAN : MENDENGAR DAN BERTUTUR
OBJEKTIF : Menyampaikan pesanan dengan betul menggunakan bahasa yang santun
LANGKAH PEMBELAJARAN :
1. Rujuk Buku Teks BM m/s 18. Baca dan fahami maklumat yang dipaparkan.
2.Mengenalpasti pesanan yang disebutkan oleh Cikgu Mazidah kepada Izuni.
4. Menuliskan dialog di dalam buku tulis tatabahasa.
Izuni :Cikgu Mazidah berpesan,..........................................
Sarmeela :Terima kasih.
Izuni :Jega,........................................................................
Izuni :Siew Mei dan Amar,.................................................
Siew Mei :Baiklah.
5. Hantar tugasan yang telah lengkap melalui Google Classroom anda.
PdPr 16.2.2021
TAHUN 5
LANGKAH PEMBELAJARAN:
1. Baca nota di bawah.
- Jahitan jelujur halus digunakan
untuk membaiki kelepet merentas.
- Jahitan ini boleh menggantikan jahitan mesin.
2. Langkah jahitan jelujur halus;
Mulakan
jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.
Jahit dengan halus dan sama jarak lebih kurang 3 mm hingga 5 mm seperti dalam rajah.
Jahit sehingga siap.
Matikan jahitan dengan jahitan kia.
3. Salin dan lukis nota Langkah-langkah jahitan jelujur halus di dalam buku tulis RBT anda.
4. Muatnaik tugasan ini ke dalam Google Classroom.
Selamat Belajar.
PdPr SELASA 16.2.2021
TAHUN 6
12.00-1.00
1. Cara menggunakan pistol pengokot (stapler gun) adalah tajuk pembelajaran hari ini. Maklumat lanjut mengenainya perlu ditonton melalui pautan di bawah.
https://www.youtube.com/watch?v=18twY2YSMAo
2. Sekiranya di rumah anda terdapat pistol pengokot, anda boleh hantarkan tunjuk cara penggunaannya melalui video pendek ke dalam Google Classroom.
3. Tiada tugasan bertulis untuk hari ini.
Tk
1. Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.
Kata Seru | Penggunaannya | Ayat Contoh |
aduh | untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum | 1. Aduh, sakitnya tanganku! 2. Aduh, besarnya rumahmu! |
aduhai | untuk menyatakan perasaan sedih | Aduhai, malang sungguh nasibku! |
ah | untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu | 1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah! 2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima! |
amboi/wah | untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum | 1. Amboi, mahal betul kereta itu! 2. Wah, berani betul budak itu! |
cis/cih | untuk menyatakan perasaan marah dan benci | 1. Cis, berani dia menentangku! 2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku ! |
eh | untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut | 1. Eh, kamu sudah sampai! 2. Eh, tadi dia ada di sini! |
hai | untuk menegur seseorang atau menarik perhatian | 1. Hai, diamlah sikit! 2. Hai, sudah lama kita tidak bertemu! |
Kata Seru | maksud | Contoh ayat |
wahai | menyatakan perasaan sayang atau merayu | Wahai adik ku sayang ! |
amboi | menunjukkan perasaan kagum | Amboi, tingginya bangunan KLCC ini ! |
hai | Hai, ke mana kamu menghilang selama ini ! | |
nah | Nah, terimalah habuanmu ! | |
aduh | perasaan sakit | Aduh, sakitnya tanganku ini ! |
wah | perasaan hairan | Wan, cantiknya merak ini ! |
ceh | Ceh, usah membantah kata-kataku ini ! | |
bedebah | marah | Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku ! |
cis | marah atau jijik | Cis, awak rupanya yang menjadi batu api ! |
oh | terkejut hairan, gembira atau mengharap | Oh, itu rupanya rumah kamu ! Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku ! |
eh | hairan | Eh, bila ia terjadi ! |
syabas | gembira, puas, memuji atau ucap tahniah | Syabas, awak berjaya juga akhirnya ! |
alahai | menghina | Alahai, itu pun awak tak boleh buat ! |
alamak | terkejut | Alamak, sudah pukul 8.00 pagi ! |
ha | hairan | Ha, budak itu yang menang ! |
6. LATIHAN:
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai seperti contoh jawapan di bawah. Gunakan buku BM 1 (tatabahasa). Hantar tugasan melalui GC.
Contoh soalan:
"______________, siapa yang telah menconteng dinding itu?" kata Pak Mat kepada budak-budak itu.
A Eh
B Nah
C Wah
D Oh
Contoh jawapan:
Eh, siapa yang telah menconteng dinding itu ? kata Pak Mat kepada budak-budak itu?
SOALAN:
1 _____ , teriknya cahaya matahari sejak kebelakangan ini!
A Oh
B Cis
C Nah
D Syabas
2 ______, kamu juga suka datang berenang di sini!
A Eh
B Hai
C Wahai
D Amboi
3 ______ , cepatnya adik kamu mengira!
A Hai
B Wah
C Aduh
D Aduhai
4 “ _____, berani kamu semua mengganggu keamanan kampung ini” kata ketua kampung dengan marah.
A Amboi
B Cis
C Ah
D Oh
5 _____, cantik sungguh gaun yang dipakai oleh pengantin itu!
A Eh
B Oh
C Aduhai
D Wah
6 _____, malangnya mangsa kebakaran yang tinggal sehelai pinggang itu!
A Aduhai
B Aduh
C Cis
D Ah
7 “ ____ , kumpulan kamu telah menjuarai pertandingan ini” kata Cikgu Kumaran kepada Malek dan kawan-kawannya.
A Wahai
B Syabas
C Oh
D Nah
8 _____, ambilah buku cerita yang kamu mahu!
A amboi
B hai
C nah
D eh
9 “ _____ murid-murid, ingatlah pesanan kedua-dua orang tua kamu!” nasihat cikgu Mark.
A Wahai
B Wah
C Hai
D Eh
10 _____, sakitnya dahiku!
A Aduh
B Wah
C Aduhai
D Cis
11 _____ , terimalah tumbukanku yang hebat ini!
A Nah
B Oh
C Cis
D Hai
12 _____, Chee Han! Sudah lama tidak berjumpa dengan kamu.
A Nah
B Wahai
C Hai
D Amboi
13 _____, susah betul soalan peperiksaan akhir tahun!
A cis
B oh
C wah
D syabas
14 _____, aku tidak bersetuju dengan pendapat kamu itu!
A ah
B wah
C hai
D wahai
15 ___, ramping ibu kamu, Zaleha!
A Amboi
B cis
C Aduhai
D Syabas
Sebagai latihan minda juga, anda boleh menjawab soalan kuiz melalui link di bawah. Hasil markah kuiz ini tidak perlu dihantar.
https://wordwall.net/ms/resource/2130879/kata-seru
PdPr RBT Tahun 6
9.2.2021
LANGKAH PEMBELAJARAN:
1. Rujuk dan baca buku teks RBT ms 7. (spt paparan di bawah)
PdPr 9.2.2021 Tahun 5
LANGKAH PEMBELAJARAN:
1. Perhatikan langkah-langkah menjahit jahitan kia di bawah. Tulis dan lukis langkah menjahit jahitan tersebut di dalam buku Tulis RBT anda (mencatat nota).
Langkah Menjahit Jahitan Kia
PdPr 9.2.2021
BM TAHUN 6
LANGKAH PEMBELAJARAN:
1. Tonton dan fahami video pengajaran melalui pautan di bawah;
https://www.youtube.com/watch?app=desktop&v=W99T6Fi8xWw
2. Salin dialog yang terdapat pada langkah 3 dalam video tersebut. Isikan jawapan yang sesuai pada setiap tempat kosong dalam dialog itu.
3. Dialog tersebut terdapat dalam buku teks BM Tahun 6 muka surat 11.
4. Tugasan ini perlu dibuat dalam buku penulisan (buku hijau - panjang )
5. Hantar tugasan yang telah lengkap ke dalam GC.
Selamat belajar.
PdPr 2.2.2021
TAHUN 5
UNIT :TEKNOLOGI RUMAH TANGGA
TAJUK : KENALI ALATAN JAHITAN
LANGKAH PEMBELAJARAN :
1. Tonton dan fahami video pembelajaran di bawah. Berikan tumpuan anda terhadap penerangan guru pada tajuk alatan jahitan.
https://www.youtube.com/watch?v=DtFnRxKUDBc
2. Rujuk juga buku teks RBT Tahun 5 muka surat 7.
3. Buat nota alat tangan yang telah anda pelajari. Tuliskan nama alatan, kegunaannya dan lukis atau tampal gambar alatan tangan tersebut. Gunakan buku tulis RBT yang lalu untuk membuat nota ini.
4. Gunakan kreativiti anda untuk menyiapkan nota ini.
5. Setelah selesai membuat nota, anda boleh menguji minda melalui link kuiz di bawah;
https://wordwall.net/ms/resource/1807619/quiz-alatan-jahitan
SELAMAT BELAJAR
PdPr 2.2.2021
RBT TAHUN 6
UNIT 1 : PENGHASILAN PROJEK
TAJUK : ALATAN TANGAN
LANGKAH PEMBELAJARAN:
A. Tonton video pembelajaran melalui link di bawah;
https://www.youtube.com/watch?v=GJJ3QN70zl8
B. Rujuk, baca dan fahami juga buku teks RBT mukasurat 4,5 dan 6.
C. Buat nota berkenaan alatan tangan yang telah anda pelajari di dalam buku tulis. Buku-buku lebihan tahun lepas boleh digunakan. Tuliskan nama alatan tangan, kegunaannya dan lukis atau tampal gambar alatan tangan tersebut.
Tajuk : Alatan Tangan
1. Gergaji Tangan :
Kegunaan :2. Gergaji Lengkung Halus
3. Gergaji Kerawang :
Kegunaan :4. Pahat
Kegunaan :
5. Pisau Pemotong Perspeks
6. Pistol Pengokot :
Kegunaan :7. Pistol Perekat Panas
Kegunaan :
PdPr 2.2.2021
TAJUK : AYAT TANYA
KEMAHIRAN : Membina ayat tanya menggunakan kata tanya dan tanpa menggunakan kata tanya.
LANGKAH PEMBELAJARAN :
A) Baca dan fahami nota di bawah.
1. Ayat tanya merupakan ayat yang bertujuan untuk menanyakan sesuatu. Ada ayat tanya yang menggunakan kata tanya dan ada pula ayat tanya yang tidak menggunakan kata tanya.
2. Kata tanya
adalah seperti berikut;
Kata Tanya |
Tujuan Pertanyaan |
|
1 |
Siapa
(kah) |
Orang |
2 |
Apa
(kah) |
Benda,
perkara, hal, binatang, tumbuhan |
3 |
Mana
(kah) |
Tempat |
4 |
Bagaimana
(kah) |
Cara |
5 |
Bila
(kah) |
Masa
atau tempoh masa |
6 |
Berapa
(kah) |
Bilangan |
7 |
Ada
(kah) |
Setuju
atau tidak |
3. Lazimnya kata tanya disertai bentuk penegas –kah jika digunakan pada permulaan ayat. Jika kata tanya digunakan di hujung ayat maka penggunaan penegas -kah tidak perlu digunakan.
4. Ayat tanya mestilah dibubuh tanda soal (?) diakhir ayat.
5. Terdapat juga ayat tanya yang
tidak memerlukan kata tanya. Lihat contoh di bawah;
|
AYAT TANYA
DENGAN KATA TANYA |
AYAT TANYA
TANPA KATA TANYA |
1 |
Siapakah nama
awak? |
Kamu sudah
makan? |
2 |
Di manakah
kamu tinggal? |
Kerja rumah
awak belum siap? |
3 |
Berapakah harga
buku rujukan ini? |
Nasi ini
basi? |
4 |
Bagaimanakah cara membuat kek ini? |
Meja itu
rosak? |
5 |
Kenapakah muka awak
bengkak? |
Pagi tadi
hujan? |
6 |
Mengapakah kamu
tidak datang ke rumah? |
Awak
menangis? |