PdP RBT Tahun 4
Langkah pembelajaran:
1. Baca dan fahami kandungan buku teks m/s 8 seperti di bawah.
2. Terangkan setiap warna dan simbol keselamatan. Anda boleh ajukan soalan kepada guru anda.
3. Catat semua maklumat di atas ke dalam buku tulis RBT anda.
4. Aktiviti Pengayaan:
Jawab kuiz melalui pautan di bawah di bawah.
PdP BM Tahun 6
Buku Teks ms 9
LANGKAH PEMBELAJARAN
1. Baca risalah di bawah
2. Bincangkan isi bersama guru matapelajaran BM anda. Berikan pendapat secara kritis dan kretif.
3. Tuliskan pendapat tentang pakej yang anda pilih untuk melancong ke Pulau Mabul dalam bentuk perenggan.
CONTOH HASIL KERJA MURID
PdP BM Tahun 6
LANGKAH PEMBELAJARAN:
1. Baca dan fahami dialog di bawah ( daripada buku Teks BM ms 7 )
2. Berikan respon yang sesuai pada kotak dialog (👄) di atas. Anda boleh berbincang dengan rakan anda secara kumpulan atau berpasangan. Bentangkan hasil perbincangan anda kepada rakan-rakan di dalam kelas anda.
PdP BM TAHUN 6
LANGKAH PEMBELAJARAN:
1. Tonton video melalui pautan di bawah.
https://www.youtube.com/watch?v=uUTrH1dSu6k
2. Isikan maklumat dalam buku PKJR anda ms 1.
3. Baca petikan berita di bawah ( buku PKJR ms 2)
4. Isikan maklumat berpandukan petikan yang telah anda baca ke dalam jadual di bawah.
CONTOH HASIL KERJA MURID
PdP Bahasa Melayu Tahun 6
MEMBUAT ULASAN
LANGKAH PEMBELAJARAN:
1. Tonton dan fahami video pengajaran berpandukan pautan di bawah
https://www.youtube.com/watch?v=Zd4wSKBD4Dg
2. Teliti dan fahami poster di bawah. Salin poster tersebut dalam bentuk peta minda mengikut kreativiti anda.
3. Tuliskan ulasan berpandukan peta minda yang telah anda hasilkan itu.
Latihan Pengayaan:
Jawab kuiz melalui pautan di bawah.
https://wordwall.net/ms/resource/9223016/kuiz-bina-ulasan-tahun-4-6
PdP RBT Tahun 4
LANGKAH PEMBELAJARAN
1. Baca dan fahami nota daripada Buku Teks RBT ms 4 ,5 dan 6.
2. Bincangkan nota bersama guru anda.
3. Salin nota tersebut ke dalam buku tulis RBT anda.
PdP BM Tahun 6
LANGKAH PEMBELAJARAN:
1. Baca dan fahami petikan di bawah ( Buku teks m/s 6)
2. Kenal pasti kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama diri yang terdapat dalam petikan di atas. Senaraikan perkataan-perkataan tersebut.
Anda boleh gunakan nota di bawah sebagai rujukan.
3. Bina dan tuliskan ayat daripada perkataan tersebut berdasarkan konteks dalam petikan.
PdP BM Tahun 6
LANGKAH PEMBELAJARAN:
1. Baca petikan gurindam berpandukan Buku Teks BM Tahun 6 m/s 4
2. Salin petikan di atas menggunakan tulisan berangkai dengan kemas
PdP BM TAHUN 6
BUKU TEKS MS 5
LANGKAH PEMBELAJARAN:
1. Baca dan fahami petikan dialog berpandukan paparan buku teks ms 5 di bawah.
2.Lakonkan diolag di atas dengan gaya dan intonasi yang betul
3.Kenalpasti peribahasa yang terdapat dalam dialog yang telah anda baca. Sebutkan peribahasa tersebut
4. Mari kenali peribahasa.
4. Salin semua peribahasa yang telah anda kenalpasti dan tuliskan maksud setiap peribahasa tersebut di dalam buku BM 1 (Tatabahasa) anda.
BM Tahun 6
LANGKAH PEMBELAJARAN
1. Baca dan fahami peta minda di bawah.
2. Bina karangan berpandukan peta minda di atas. Anda juga boleh gunakan panduan di bawah untuk menuliskan karangan tersebut.
i) Pendahuluan:
~ banyak jasanya - patut membalas jasa - pelbagai cara untuk membalas jasa
ii) Isi:
a) belajar bersungguh-sungguh - memberikan tumpuan ketika guru sedang mengajar - gembira dan bangga apabila mendapat kejayaan
b) menjaga maruah keluarga - sentiasa melakukan perkara yang baik - tidak melakukan perkara yang boleh memalukan
c) mendengar nasihat dan teguran - cuba untuk memperbaiki diri - berjanji menjadi anak yang baik
d) beri hadiah - hari jadi atau ulang tahun perkahwinan - tanda menyayangi mereka
e) ibu bapa telah tua atau uzur - menjaga keperluan seperti makan dan minumnya - tidak menghantar ke pusat penjagaan orang-orang tua
Penutup:
kesimpulan - mesti membalas jasa ibu bapa.
Contoh Hasil Kerja Murid
LANGKAH PEMBELAJARAN
1. Baca dan fahami nota di bawah
PdP 22/3/2022
Bahasa Melayu Tahun 6
Unit 1 : Saling Menyayangi
Tajuk : Jasa Ibu Tidak Terbalas
Langkah Pembelajaran:
1) Baca dan fahami bahan ( Buku Teks BM Th 6 ms 2)
2) Ujarkan ayat yang sesuai berpandukan ayat tanya dalam bahan bergambar di atas.
Irfan : …....….............……..…......................................................
Irdina ……........................................................................…........
3 Tuliskan ayat yang telah anda ujarkan berpandukan dialog diatas ke dalam buku latihan BM 2.
4. Aktiviti Pengayaan:
Baca peta minda di bawah. Salin peta minda tersebut mengikut kreativiti anda. Anda juga boleh cetak dan tampalkan peta minda tersebut ke dalam buku latihan anda.