CARA MENGHARGAI MASA ( CONTOH 1 )
Masa itu ibarat emas. Kita haruslah menghargai masa
dengan sebaik yang boleh. Masa tidah boleh dijual beli.
Terdapat
pelbagai cara untuk menghargai masa. Antaranya ialah, meluangkan masa dengan
perkara yang berfaedah seperti membaca buku, memancing ikan, melayari internet
dan sebagainya.
Kita
haruslah membaca buku kerana ia adalah salah satu cara untuk meluangkan masa
dengan perkara yang berfaedah. Terdapat pelbagai jenis bacaaan yang boleh kita
baca antaranya ialah membaca surat khabar, membaca buku mengenai sains dan
membaca buku yang berfiksyen. Dengan membaca, kita dapat mengetahui kejadian
bencana yang melanda di dalam negara dan di luar negara dan bagaimana wujudnya
siang dan malam.
Memancing
ikan dapat menenangkan fikiran kita yang berserabut. Memancing juga dapat
menguntungkan kita kerana hasil tangkapan yang telah kita tangkap dapat
dijual.Memancing dapat mengajar kita untuk bersabar.
Selain
daripada itu, melayari internet juga mempunyai kebaikannya.Melayari internet
dapat kita mengetahui isu semasa di luar negara. Kita juga dapat berkenalan
dengan pelbagai bangsa melalui internet.? Selain daripada itu, melalui internet
kita dapat mempelajari sesuatu yang baru.
Oleh
yang demikian, kita haruslah bijak menggunakan masa.Hal ini demikian kerana
masa yang telah pergi tidak akan kembali. Kita juga tidak harus menyesal atas
perkara yang telah kita lakukan. Bak kata perpatah melayu “nasi sudah menjadi
bubur".
CARA MENGHARGAI MASA ( CONTOH 2 )
Kata
orang tua-tua masa itu sangat penting kerana masa yang berlalu tidak boleh
ditarik semula terutama jika masa itu tidak digunakan untuk melakukan sesuatu
yang bernilai. Manusia yang bijak ialah individu yang memahami kepentingan masa
lalu menggunakannya dengan sebaik mungkin. Jadi, bagaimanakah cara-cara yang
positif untuk membuktikan seseorang itu menghargai masa?
Sikap
menghargai masa bermula dengan keazaman kuat yang ditanamkan dalam jiwa
seseorang itu. Rasa keazaman ini mengingatkan kita bahawa masa perlu dihargai
tanpa wujud sebarang alasan untuk menolaknya. Maka, mereka yang mempunyai
keazaman itu sudah memulakan usaha untuk menghargai masa dengan baik.
Selain
itu, menghargai masa juga boleh dibuktikan menerusi sikap membuat perancangan
masa yang sistematik. Dalam aspek ini jiwa seseorang yang menghargai masa akan
membuat satu jadual lalu mematuhi perancangan masa itu dengan sebaik mungkin.
Jelaslah, sikap membuat jadual dan mematuhinya membuktikan betapa seseorang itu
menghargai masanya.
Malah, sikap tidak suka melakukan
perkara-perkara yang sia-sia turut memberikan satu persepsi bahawa seseorang
itu menghargai masanya. Masa seseorang perlulah dipenuhi dengan aktiviti yang
berfaedah untuk masa depan kita seperti membaca buku dan membantu ibu bapa di
rumah. Sesungguhnya, mereka yang melakukan perkara-perkara positif dalam
hidupnya tahu kepentingan masa kepada manusia itu.
CARA MENGHARGAI MASA ( CONTOH 3 )
Pelbagai istilah
tentang masa yang kita dengar atau lihat. Antaranya ialah "Masa itu Emas",
"Masa ialah Kehidupan" dan sebagainya. Ini menunjukkan masa sangat
penting dalam kehidupan kita kerana masa yang berlalu tidak dapat diganti. Oleh
itu, kita harus bijak mengurus masa supaya tidak membazir begitu sahaja.
Masa
dapat digunakan dengan berfaedah apabila kita memenuhinya dengan melakukan
hobi yang bermanfaat. Contohnya, bersukan, melancong,
berekreasi, mengumpul setem dan sebagainya. Jika kita gunakan masa dengan hobi
yang bermanfaat akan dapat memberikan kepuasan kepada kita.
Selain
itu, kita dapat gunakan masa yang terluang dengan menziarahi
sanak saudara, datuk dan nenek serta teman-teman. Selain dapat bersiar-siar, kita akan dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan dan persahabatan.
Aktiviti
yang paling bermanfaat untuk mengisi masa lapang ialah
membaca. Pelbagai bahan bacaan dapat dibaca seperti buku rujukan, surat khabar,
novel, majalah, jurnal dan sebagainya. Kita
dapat mencedok ilmu dan maklumat sebanyak mungkin daripada bahan bacaan ini.
Di samping itu, kita dapat menggunakan
masa yang terluang dengan membantu ibu bapa
membuat kerja-kerja rumah. Kita perlu faham
situasi ibu bapa kita yang seharian penat bekerja. Oleh itu, jika kita membantu
mereka mengemas rumah, menyapu sampah dan sebagainya, kita secara tidak langsung
dapat meringankan beban mereka. Kita juga akan dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan.
Kesimpulannya,
kita sebagai manusia sewajarnya mendisiplinkan diri supaya tidak membuang masa
begitu sahaja kerana masa sangat berharga. Oleh itu, uruslah masa dengan bijak.
thx for helping
Terima....
tq bro
Thx.bnde ni byk mmbntu aku
Aku terpegun
Tq sbb saya boleh gunakan fakta ini untuk karangan saya
Bagus!
Thanks! Helping
Good!
Tq.cikgu saya ckp,krgn ni bagus☺
Tq saya dh faham dh tq banyak-banyak ye ☺☺☺☺☺😊😊😊😊😊
Wow this esay is really exxelent thx cikgu internet...🥰
Thanks~✌
Banyak sangat perenggan ini 😡🤬
Tq 😊😊😊
😠😠😠
Tq