Ucapan Ketua Pengawas yang baru dilantik.
CONTOH 1
Salam sejahtera
saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, guru-guru, dan rakan
seperjuangan. Hari ini ialah pelantikan pengawas. Oleh itu, saya ingin
mengucapkan tahniah kepada para pengawas yang dipilih oleh pihak
sekolah.
Guru-guru dan
rakan-rakan yang dihormati,
Saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi peluang kepada saya
untuk menyampaikan ucapan.Saya amat terharu dengan pelantikan sebagai ketua
pengawas sekolah. Saya akan memikul tenggungjawab ini mulai hari
ini.
Sebagai ketua
pengawas, saya akan menjalankan tugas dengan sebaik-baik mungkin. Setiap arahan
pihak sekolah dan guru disiplin tidak akan saya pandang ringan. Hal ini penting
demi meningkatkan tahap disiplin sekolah.
Oleh hal yang
demikian, saya memohon kerjasama daripada semua pihak dalam menjadikan sekolah
kita lebih selamat dan ceria. Setiap pelajar diminta melaporkan masalah disiplin
pelajar kepada pengawas. Hal ini penting agar pelaksanaan denda dapat dijalankan
oleh pihak pentadbiran dengan tujuan untuk memberi pengajaran dan
pendidikan.
Sebagai ketua
pengawas dan pengawas yang baru dilantik, saya dan rakan-rakan pengawas masih
belajar. Saya berharap pihak sekolah akan menegur kami jika melakukan kesalahan.
Dengan ini, saya akan mengambil iktibar daripadanya untuk memperkasakan lembaga
pengawas sekolah.
Hadirin yang
saya hormati,
Saya berharap
sekolah kita akan terus mencapai kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Dengan
mendisiplinkan diri, kita dapat berjaya dalam setiap bidang yang diceburi. Saya
ingin menyampaikan serangkap pantun sebagai penghias bicara hari ini.
Buah cempedak
di luar pagar,
Ambil galah
tolong jolokkan;
Kami pengawas
baru belajar,
Kalau salah
tolong tunjukkan.
Sekian, terima
kasih.
CONTOH 2
CONTOH 2
Yang Dihormati Pengerusi Majlis, yang
berusaha, Guru Besar SK Taman Perling, guru-guru Penolong Kanan, guru-guru,
dan rakan-rakan yang dikasihi. Salam sejahtera saya ucapkan.
Saya mengucapkan terima kasih kerana
diberi peluang berucap dalam majlis yang penuh bersejarah ini. Pelantikan saya
sebagai Ketua Pengawas pada tahun ini merupakan satu amanah yang harus dipikul
dengan penuh tanggungjawab.
Hadirin yang dikasihi,
Saya dan rakan-rakan yang baru dilantik
berjanji untuk melaksanakan tugas menguatkuasakan undang-undang dan disiplin di
sekolah. Sebagai polis kecil di sekolah, kami akan memastikan agar semua murid
mematuhi segala peraturan yang sedia ada.
Di samping itu, saya mengharapkan
kerjasama daripada guru-guru dan semua murid supaya kita dapat melaksanakan
tugas masing-masing. Tanpa kerjasama anda semua, saya yakin sekolah kita akan
dipandang serong oleh orang lain. Saya seru kepada anda semua, marilah kita
bersatu hati.
Guru-guru dan rakan yang disayangi,
Sekiranya kita mahu berjaya dalam kurikulum dan
kokurikulum, aspek disiplin mesti diutamakan. Hanya mereka yang berdisiplin
sahaja akan berjaya dengan cemerlang. Sesuatu perkara jika dilakukan dengan
sambil lewa, hasilnya kurang berjaya. Jadi, kita tingkatkanlah tahap disiplin
masing-masing.
Sebagai insan yang bergelar manusia, kita
pasti melakukan kesilapan. Tegur dan bantulah jika kami tidak dapat menjalankan
tugas dengan sempurna. Bimbingan kalian akan dijadikan panduan buat saya dan
rakan-rakan pengawas.
Sebelum mengundur diri, saya memohon ampun
dan maaf jika ucapan tadi menyinggung mana-mana pihak. Terimalah serangkap
pantun daripada saya,
Waktu pagi makan keria,
Minumannya
pula air soya;
Tugas ini
tugas mulia,
Apa yang
dikata akan dikota.
Selamat sejahtera,cikgu.Nama saya Sathya.Saya ingin meminta pertolongan cikgu untuk menyemak serta menanda karangan yang telah saya tulis.Saya juga ingin meminta pertolongan cikgu dalam penulisan karangan dan ulasan secara online dengan menggunakan aplikasi Googke Doc.Jika boleh,saya akan menghantar karangan saya dengan segera.Harap cikgu dapat menolong saya.Jika boleh,saya meminta cikgu untuk memberi markah kepada karangan saya.Terima kasih cikgu.
O
pendeknya......
terima kasih
Terima kasih cikgu