TAJUK
1 : ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA
Integrasi Nasional
- Merupakan proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza latar
belakang, status sosial dan budaya untuk membentuk entiti yang mempunyai norma,
sistem nilai dan mengamalkannya bersama.
- Integrasi nasional merujuk kepada satu proses dinamik untuk merapatkan
masyarakat berbilang kaum di Malaysia
Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi
nasional:
1.
Tindakan kerajaan yang
dilihat sebagai diskriminasi oleh kaum-kaum lain.
2.
Kurangnya sensitiviti dan
toleransi terhadap agama-agama lain.
3.
Kurangnya semangat
patriotisme dalam kalangan masyarakat.
4.
Peningkatan kes gelaja sosial
5.
Pembangunan ekonomi yang
tidak seimbang.
6.
Peranan media massa yang mensensasikan
isu perpaduan
Sekolah Wawasan
-
menggabungkan tiga buah
sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks iaitu pelajarnya berkongsi
kemudahan.
-
Tujuan : mengeratkan perpaduan
dalam kalangan murid.
-
Penyatuan murid menggunakan
satu bahasa yang sama iaitu bahasa kebangsaan
-
Dalam masa yang sama, murid
dapat memahami budaya, bahasa dan pemikiran kaum lain.
Peranan Guru Menangani Isu Integriti
Nasional
1.
Memperkasa bahasa kebangsaan.
-
Guru galakkan penggunaan
bahasa kebangsaan dan jadikan bahasa sebagai bahasa perpaduan.
-
Guru berusaha tanam rasa
cinta BM dalam diri murid2
-
Guru mengadakan program
Wacana Ilmu, Minggu Bahasa Kebangsaan, Pertandingan Pidato dll.
2.
Memantapkan perpaduan negara
dan integrasi nasional.
-
KPM perkenalkan RIMUP
bertujuan menggalakkan penyertaan masyarakat setempat guru, murid dan warga
sekolah dalam aktiviti sekolah.
-
RIMUP dapat mewujudkan
suasana muhibbah, kerjasama, toleransi antara murid pelbagai kaum dan berkongsi
kemudahan untuk menjayakan kegiatan khas bersama-sama.
3.
Memupuk kecintaan kerhadap
seni, warisan, budaya dan bangsa.
-
Guru galakkan murid libat
diri dalam aktiviti koku seperti Kempen Cintakan Warisan Seni, Kempen Kibar
Jalur Gemilang dll.
-
Guru beri peluang semua murid
pelbagai kaum berinteraksi dalam pelbagai aktiviti di sekolah.
Konsep 1Malaysia
-
8 nilai murni yang terkandung
dalam konsep 1 Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah diri,
penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti yang diharap dapat
menyatupadukan rakyat Malaysia.
-
Dengan perlaksanaan 1
Malaysia, semua rakyat harus mendasari prinsip-prinsip utama iaitu kebersamaan
(togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi mencapai konsep ini.
Pendemokrasian Pendidikan
-
Merujuk kepada penyediaan
peluang yang terbuka untuk setiap orang bagi memperoleh kejayaan dalam
pendidikan dan menjadikan pendidikan sebagai ejen bagi meningkatkan kejayaan
dan kualiti hidup.
-
Ahmad Fauzi (1997),
pendemokrasian pendidikan yang dimaksudkan bukanlah sekadar pendemokrasian
sahaja tetapi persamaan hak yang sama rata dari segi peluang mendapat
pendidikan yang bermutu (democratization of access to quality education).
-
Dalam konsep pendemokrasian pendidikan, dasar-dasar
penting telah dibentuk.
Dasar-dasar pendemokrasian pendidikan di
Malaysia:
1.
Perlaksanaan pendidikan wajib
pada peringkat asas.
2.
Perlaksanaan sekolah
vernakular (sekolah Tamil dan Cina).
3.
Pendidikan selama 13 tahun.
4.
Sekolah teknikal, asrama
penuh, pendidikan khas, swasta dan sek agama.
5.
Peluang Pendidikan Jarak Jauh
(PJJ) peringkat tinggi.
6.
Pendidikan sepanjang hayat.
Dalam melaksanakan pendemokrasian
pendidikan, terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi:
-
Penyediaan infrastruktur yang
lengkap dan mencakupi untuk semua pelajar.
-
Kemudahan asas sekolah dari
segi bilangan bilik darjah, buku teks, pusat sumber dan sebagainya.
-
Sumber tenaga kerja (bilangan guru siswazah dan bukan
siswazah).
a.
Cabaran pendemokrasian pendidikan dapat dicapai jika
sekolah dapat menikmati peluang untuk meningkatkan mutu pengajaran bilik
darjah.
b.
Hal ini boleh diperoleh dengan penubuhan PKG yang
membolehkan guru berinteraksi dan mengenal pasti kelemahan dalam pnp
c.
Guru perlu memupuk ekuiti gender untuk wujudkan
suasana seimbang untuk kedua-dua jantina.
d.
Guru perlu bersikap adil dan tidak memilih kasih
terhadap jantina tertentu.
Tonggak Pendidikan UNESCO
•
Organisasi Pendidikan,
Keilmuan, dan Kebudayaan PBB (bahasa Inggeris: United Nations Educational,
Scientific and Cultural Organization, disingkat UNESCO)
•
Ditubuhkan pada tahun
1945
•
Dianggotai 191 buah
negara
Tujuan UNESCO
•
Mendukung perdamaian dan
keamanan dengan menjalinkan kerjasama antara negara-negara ahli melalui
pendidikan, ilmu pengetahuan, dan budaya dalam usaha meningkatkan rasa saling
menghormati yang berlandaskan kepada keadilan, peraturan hukum, hak asasi
manusia, dan kebebasan hakiki.
Program UNESCO
•
Pendidikan
•
Ilmu Alam (Natural
Science)
•
Ilmu sosial &
manusia (Human Science)
•
Budaya,
•
Komunikasi &
informasi
Tonggak Pendidikan
UNESCO
•
Belajar untuk menguasai (learning
to know),
•
Belajar untuk menguasai
ilmu (learning to do)
•
Belajar untuk menjadi
insan berguna (learning to be)
•
Belajar untuk harmoni
dan kerjasama (learning to live together).
Belajar untuk menguasai
ilmu (learning to know)
•
Memahami dunia sekeliling
untuk memperkembangkan kemahiran kerjayanya serta komunikasi dengan orang lain.
•
Belajar untuk
memperkembangkan tumpuan, kemahiran ingatan dan kebolehan berfikir seseorang.
•
Murid perlu bijak untuk
belajar dan guru perlu tahu untuk mengajar.
Belajar untuk menguasai
kemahiran (learning to do)
•
Maksud - pendidikan
dapat melengkapkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran untuk diaplikasikan dalam
bidang pekerjaan kelak.
•
Cabaran -
1.
Bagaimana memahirkan
pelajar dalam kompetensi peribadi agar mereka dapat memberikan perkhidmatan
terbaik?
2.
Bagaimana untuk
mewujudkan kemahiran interpersonal sebagai satu kriteria dalam permohonan
kerja?
Belajar untuk menjadi
insan berguna ( learning to be)
•
Maksud - Pendidikan
harus menyumbang kepada pembentukan insan menyeluruh dari segi fizikal,
intelek, rohani, emosi, kepekaan dan penghargaan kendiri.
•
Cabaran -
1.
Bagaimana untuk
menyediakan barisan pendidik yang bersedia untuk menghadapi transformasi
pendidikan?
Belajar untuk harmoni
dan bekerjasama (learning to live together)
•
Pendidikan sebagai wadah
untuk menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain.
Globalisasi Dalam Pendidikan
•
Merujuk kepada proses menyingkirkan batasan /
sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu
ekonomi dunia yang terbuka dan tanpa
sempadan. (Scholte, 2000 : 16)
Impak Globalisasi
Penggunaan bahasa Inggeris
•
Bahasa ilmu dan bahasa pengantarabangsaan
•
Digunakan sebagai bahasa komunikasi untuk
berkongsi ilmu
•
Perubahan peranan guru sebagai fasilitator dan
bukan penyampai ilmu sepenuhnya.
Persaingan sihat dalam institusi pengajian
•
Meningkatkan mutu pendidikan
•
Menghasilkan reka cipta inovatif.
•
Mewujudkan mata pelajaran baharu - Reka bentuk
Menyediakan peluang-peluang pendidikan
•
Pendidikan jarak jauh
•
Memperkembang bidang ilmu
Kesan
•
Aliran tenaga buruh atau sumber manusia
•
Meningkatkan pelajar yang berkemahiran tinggi.
•
Mampu bersaing dari segi akademik dan kemahiran
Penguasaan pelbagai bahasa
•
Mampu memberikan peluang kepada murid menguasai
pelbagai bahasa
•
Memberikan peluang untuk bersaing di negara luar
•
Penemuan penyelidikan
•
Perkongsian secara global
•
Dapat ditambah baik dan diteliti oleh pakar untuk
meningkatkan mutu pendidikan
Transformasi kurikulum
•
Mengikut acuan negara
•
Menyediakan murid yang bersedia menghadapi masa
hadapan.
Usaha yang boleh dilaksanakan untuk menjayakan
globalisasi dalam pendidikan
Guru :
•
Meningkatkan profesionalisme
•
Memperkaya idea baharu
•
Merangsang murid ke arah berfikir minda kelas
pertama
Murid :
•
Sentiasa menjana idea
•
Melaksanakan reka cipta dan inovatif
•
Cuba mencari ruang dan peluang untuk maju ke
hadapan
Kepelbagaian Budaya
• Cara
hidup manusia dari segi pemikiran, kepercayaan dan perlakuan dalam sesuatu
masyarakat yang diterima oleh ahli atau anggotanya serta diwarisi secara
turun-temurun.
• Contohnya
: kaum Melayu, Cina, India dan etnik lain.
Cabaran Kepelbagaian
Budaya
• Sekolah
kebangsaan yang mempunyai banyak etnik
• Maklumat
tentang perubahan harus dijelaskan kepada semua agar tiada salah faham oleh
masyarakat.
Langkah
• Penghayatan
Rukun Negara
• Pendedahan
tentang aspek-aspek kewarganegaraan dalam Pendidikan Moral
• Pengajaran
subjek Kajian Tempatan dan Sejarah.
Cara Menangani
• Guru
perlu fahami budaya muridnya.
• Guru
perlu wujudkan peluang dalam kalangan murid untuk mengumpul maklumat tentang
budaya yang berlainan.
• Guru
menjalankan aktiviti yang positif tentang kaum dan etnik di Malaysia.
Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Pengenalan
-
TMK digunakan sebagai alat
untuk menyebarkan maklumat melalui audio, video dan dokumen daripada internet,
bahan rujukan dan sebagainya.
-
Tmk mewujudkan situasi untuk
pelajar mengalami kehidupan sebenar dalam bentuk simulasi secara maya.
-
Tmk
digunakan untuk memanipulasi dan menganalisis data dan mewujudkan komunikasi
tanpa sempadan dan masa.
Faedah TMK
-
Membolehkan
pembentukan resos digital sepertii perpustakan digital iaitu guru dan pelajar
dapat akses bahan penyelidikan dan bahan pengajaran tanpa mengira masa dan
tempat.
-
Galakkan
perkongsian bahan akademik.
-
Memperkembangkan
kemahiran aras tinggi seperti kolaborasi di mana-mana sahaja serta penyelesaian
masalah.
-
Menyediakan
sumber tenaga kerja untuk masyarakat bermaklumat dan ekonomi global kini.
Pengaruh TMK
-
Sumber
maklumat menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran.
-
Permudah
urusan perniagaan, pendidikan dan urusan harian.
-
Media
pertukaran dan perkongsian idea atau pendapat.
-
Penggunaan
internet sebagai media mengajar dalam kalangan guru melahirkan murid celik IT.
(perpustakaan maya)
Cabaran
i.
Guru – berkebolehan,
ketinggalan zaman
ii.
Murid – luar bandar,
bandar
iii.
Media – pengaruh
negatif, penyebaran maklumat palsu/fitnah
iv.
Sekolah – fasiliti,
pantauan, kos selenggara
v.
Ibu bapa – luar
bandar, bandar
vi.
Masyarakat
– golongan elit, pendapatan sederhana, miskin
Cara atasi
-
Peranan
ibu bapa awasi anak2 melayari internet.
-
Guru
memberi pendidikan kebaikan dan keburukan internet.
-
Wujudkan budaya
internet yang sihat.
Gejala Sosial
-
Merokok, lari rumah
-
Mencuri, menagih dadah
-
Menonton video lucah, rogol
-
Putus cinta, zina
Faktor wujud gejala sosial
-
Peranan ibu bapa
Terlalu manjakan anak2, cara didikan tidak betul, pengasuh yang
ambil alih t/jwb, masalah kewangan
-
Sikap pelajar itu sendiri
Pengaruh rakan sebaya,
-
Pengaruh media massa
-
Iklim bilik darjah
Pengajaran guru bosan
Cara atasi masalah gejala sosial
-
Peranan guru sebagai
pembimbing
-
Guru mengukuhkan nilai2 murni
membentuk modal insan. Penerapan nilai melalui program kem motivasi, aktiviti
amal jariah, unit beruniform dll.
-
Peranan kaunseling (kelompok, individu atau PRS)
-
Penguatkuasaan undang2
(kerjasama dengan pihak polis)
-
Guru guna pelbagai strategi
pnp untuk menarik minat murid untuk datang sekolah.
-
Guru peka, prihatian dan
menunjukkan kasih sayang terhadap pelajar
TAJUK
2 : GURU DAN PERUNDANGAN
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
Matlamat
·
Supaya pegawai awam
melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah & bertanggungjawab.
·
Supaya pegawai awam
meletakkan kepentingan awam lebih drpd kepentingan mereka sendiri.
·
Supaya pegawai awam menjaga
imej perkhidmatan awam.
·
Menghukum pegawai yg
melakukan kesalahan atau melanggar peraturan.
Secara umum, Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (pindaan 2002) mengandungi
peraturan-peraturan seperti berikut:
·
Peraturan mengenai
tatakelakuan serta larangan / kesalahan khusus.
·
Tanggungjawab serta tugas
kawalan & pengawasan tatatertib.
·
Prosedur &tindakan
tatatertib.
·
Hukuman tatatertib.
·
Peruntukan pelbagai yg
berkaitan.
Peraturan-peraturan Tatakelakuan dan
Tatatertib Secara Umum :
·
Peraturan 4(1)
ü Sentiasa memberikan kesetiaan kpd Yang di-Pertuan Agong, negara &
kerajaan.
ü Ditegah bersubahat dgn musuh Negara.
ü Ditegah membocorkan rahsia Negara.
ü Ditegah memperkecil dasar serta tindakan kerajaan.
ü Ditegah berlakon dlm filem yg memburukkan Negara.
·
Peraturan 4(2)
ü Tidak boleh membelakangkan tugas demi kepentingan peribadi.
ü Tidak boleh berkelakuan kepentingan peribadi bercanggah dgn kepentingan
awam.
ü Tidak boleh menggunakan kedudukan utk kepentingan peribadi.
ü Menjaga nama baik profesion.
ü Perlu cekap & sentiasa berusaha menyelesaikan tugas.
ü Jujur, amanah & bertanggungjawab.
ü Tidak boleh menggunakan pengaruh untuk memberi tekanan dlm menyokong
sebarang tuntutan untuk diri sendiri /orang lain.
ü Melaksanakan apa yg disuruh & tidak cuai dlm melaksanakan tugas.
Tatakelakuan yang Ditegah Sama Sekali atau Boleh Dibuat dengan Kebenaran
·
Peraturan 4A (Gangguan Seksual)
Tidak boleh melakukan
gangguan seksual terhadap orang lain.
Gangguan seksual adalah:
ü Segala keadaan yang akan menyebabkan seseorang yg waras tersinggung,
terhina atau tergugat.
ü Tidak terhad kpd perlakuan di tempat kerja atau dlm waktu kerja.
ü Termasuk kpd perbuatan menyatakan sesuatu pernyataan yg bersifat seksual
kepada atau di hadapan orang.
ü Tidak kira sama ada lisan, bertulis / apa jua perbuatan yg bersifat seksual
kpd orang lain.
·
Peraturan 5 (Pekerjaan Luar)
·
Tertakluk kepada tatakelakuan
yang berkaitan dengan pekerjaan luar. Tidak boleh mengambil bahagian dalam apa
jua urusan berkaitan dgn kerja luar. (dibolehkan dengan kebenaran ketua
jabatan). Ketua jabatan boleh tidak membenarkan jika:
ü Dlm waktu pejabat / semasa menjalankan tugas rasmi
ü Tidak menjejaskan kebergunaan sbg pegawai awam.
ü Tidak bercanggah dgn kepentingan perkhidmatan awam.
·
Peraturan 23 (Ketidakhadiran Tanpa Cuti)
ü Bermaksud seorang pegawai tidak hadir untuk apa-apa tempoh masa dan di
tempat sepatutnya beliau hadir untuk tugas rasmi. Dlm erti kata lain, guru
dilarang tidak hadir ke sekolah tanpa cuti.
ü Boleh dikenakan tindakan tatatertib.
ü Contoh : pegawai tidak berada di tempat kerja selepas mengetip kad perakam
dan muncul semula pada waktu petang.
·
Peraturan 23 (Peraturan-peraturan Lain Yang Berkaitan)
Antara peraturan yang ditetapkan:
ü Perlu mematuhi etika pakaian.
ü Dilarang menggunakan apa2 jenis dadah kecuali yg dipreskripsikan oleh
pengamal perubatan.
ü Tidak boleh menerima apa2 hadiah daripada individu atau kumpulan yg
mempunyai kepentingan peribadi.
ü Membuat pengisytiharan harta setiap 5 tahun sekali.
ü Dilarang terlibat dgn perhutangan yg serius & tidak boleh meminjamkan
wang kpd pihak lain dgn mengenakan faedah atau cagaran lain.
ü Dilarang membuat pernyataan awam secara lisan / bertulis berhubung dgn
dasar, rancangan & keputusan kerajaan.
ü Tidak dibenarkan terlibat dgn kegiatan politik. Perlu mendapat kebenaran daripada
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran.
Tindakan
Tatatertib
Sebagai
penjawat awam, guru hendaklah mematuhi peraturan yg termaktub dlm undang2 dan
perlanggaran akan menyebabkan tindakan tatatertib dikenakan. Satu jawatankuasa
akan dibentuk tidak kurang daripada 2 anggota & anggota jawatankuasa
penyiasat adalah mereka yg menjawat jawatan lebih tinggi drpd mereka yang disiasat. Hukuman yg dikenakan
termasuklah:
·
Amaran (diberi secara lisan
& bertulis oleh ketua jabatan).
·
Denda atau lucut hak
emolumen1(denda yang dikenakan tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak dgn
emolumen bagi tujuh hari pegawai berkaitan. Denda atau lucut hak emolumen
dipotong daripada emolumen bulanan pegawai &dimasukkan dalam hasil kerajaan.
·
Tangguh pergerakan gaji
(tiada pergerakan gaji dalam tempoh hukuman).
·
Turun Gaji (gaji turun secara
mendatar, tidak melebihi tiga pergerakan gaji, tempoh hukuman tidak kurang
daripada dua belas bulan dan tidak lebih tiga puluh enam bulan).
·
Turun pangkat (dijalankan
oleh pihak berkuasa tatatertib).
Akta Pendidikan 1996
Peraturan-peraturan baru
mulai 1 Januari 1998 :
ü Peraturan2 Pendidikan (Kurikulum Prasekolah) 1997;
ü Peraturan2 Pendidikan (Peperiksaan n Penganugerahan
ü Sijil/Diploma Politeknik) 1997;
ü P’aturan2 Pendidikan (Peperiksaan, Penilaian n Persijilan)
ü (Maktab Pendidikan Guru) 1997;
ü Peraturan Pendidikan (Kursus Pengajian n Program Lat.)
(Maktab Pendidikan Guru)
1997;
ü P’aturan2 Pend (Kurikulum Kursus Pengajian Program
Latihan Di Politeknik)
1997;
ü Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997;
ü Peraturan2 Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997;
ü Peraturan Pendidikan (Penilaian Peperiksaan) 1997;
ü Peraturan2 Pendidikan (Penilaian Peperiksaan) (Pindaan)1998;
ü P’aturan2 Pendidikan (Pendaftaran Institusi Pendidikan) 1997.
Konsep :
Ø Sebagai
persediaan menghadapi perubahan pendidikan abad ke-21.
Ø Suatu
Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang
berkaitan dengannya. [31hb Disember
1997]
Ø Perundangan
pendidikan yang lengkap, dikemas kini dan bersifat futuristik.
Ø Memenuhi
aspirasi wawasan 2020.
Ø Dilaksanakan
melalui Sistem Pendidikan Kebangsaan :
Ø Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
Ø Misi
untuk menghasilkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia.
Ø Menegaskan
ilmu penentu utama arah tujuan Negara dan penyelamat bangsa.
Ø Berperanan
penting dalam menjayakan wawasan Negara dan mencapai taraf Negara maju.
Ø Selaras
dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berlandaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Ø Matlamat
pendidikan Negara :membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran
dan nilai murni.
Ø Selaras
dengan Kurikulum Kebangsaan dan prinsip Rukun Negara.
Ø Ambil
kira prinsip am : murid harus dididik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing.
Sistem Pendidikan Kebangsaan
:
§ Pendidikan
rendah
§ Pendidikan
menengah – rendah & tinggi
§ Pendidikan
lepas menengah
§ Pendidikan
tinggi – diploma & ijazah
§ Pendidikan
lain – teknik & politeknik
§ Pendidikan
guru
Sekolah :
a) Sekolah Bantuan Kerajaan
- Terima
sumbangan modal dan sumbangan bantuan penuh.
b) Sekolah Jenis Kebangsaan
-
Bahasa pengantar utama – (Bahasa Cina atau Bahasa
Tamil)
-
Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris – mata pelajaran
wajib.
c)
Sekolah Kebangsaan
-
Bahasa pengantar utama – Bahasa kebangsaan.
-
Bahasa Inggeris – mata pelajaran wajib.
-
Pengajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil disediakan.
d)
Sekolah swasta
-
Pembiayaan sepenuhnya dilakukan oleh pihak
persendirian.
e)
Sekolah Kerajaan
-
Ditubuhkan dan diselenggarakan sepenuhnya oleh
kerajaan.
Pendidikan Khas :
Tempohnya tidak boleh kurang daripada tempoh minimum
pendidikan rendah dan menengah.
Kurikulum yang ditetapkan perlu patuhi kurikulum
kebangsaan.
Kurikulumnya hendaklah munasabah dari segi praktiknya.
Pengajaran Agama Selain
Agama Islam :
Murid tidak boleh ikuti pengajaran agama selain agama
dianutinya.
Sekolah boleh laksanakan pengajaran agama selain A.
Islam.
Pengajaran agama lain boleh diikuti dengan keizinan
ibu bapanya secara bertulis.
Peruntukan tidak boleh dibiayai oleh kerajaan.
Akta OKU 2008
BAHAGIAN
IV
Penggalakan
Dan Pembangunan Kualiti Hidup Dan Kesejahteraan Orang Kurang Upaya
Bab 1 : Kebolehaksesan
Bab 2 : Habilitasi Dan Rehabilitasi
Bab 3 : Kesihatan
Bab 4 : Perlindungan Orang Dengan Ketidakupayaan
Yang Teruk
Bab 5 : Keadaan Berisiko Dan Kecemasan
Kemanusiaan
Bab 6 : Am
Bab 1 :
Kebolehaksesan
•
Akses
kpd rekreasi, sukan & santai
•
Akses
kemudahan, ameriti (keselesaan), perkhidmatan & bangunan awam
•
Akses
kemudahan pengangkutan awam
•
Akses
pendidikan – boleh lanjutkan pelajaran
•
Akses
pekerjaan – majikan layan sama rata
•
Akses
maklumat, komunikasi & teknologi
•
Akses
kpd kehidupan berbudaya – tv, teater
Bab 2 :
Habilitasi Dan Rehabilitasi
•
Habilitasi
& rehabilitasi (pemulihan)
•
Perkhidmatan
di rumah, kediaman & sokongan komuniti lain – elakkan pengasingan OKU
•
Habilitasi
& rehabilitasi – supaya dapat berdikari secara maksimum
Bab 3 :
Kesihatan
•
Akses
kesihatan
•
Pencegahan
drpd berlakunya ketidakupayaan selanjutnya
•
Pengadaan
personel kesihatan – khidmat jurupulih
Bab 4 :
Perlindungan Orang Dengan Keupayaan Yang Teruk
•
Perlindungan
sepanjang hayat & sistem sokongan sosial
•
Pengertian
‘org dgn ketidakupayaan teruk’ – bergantung sepenuhnya pada org lain utk
kehidupan asas
Bab 5 :
Keadaan Berisiko Dan Kecemasan
•
Akses
kepada bantuan – dapatkan bantuan sama rata cth kemalangan
Bab 6 : Am
•
Pencegahan
anamoli – hapuskan kesulitan yg disebabkan akta terdahulu
•
Kekecualian
& peralihan
•
Kuasa
membuat peraturan - menteri
•
Akta
Pihak berkuasa Awam 1948
•
Perlindungan
thdp tindakan guaman & prosiding undang2
•
Perkara
yang dilakukan dlm menjangkakan akta ini diperbuat
Fokus Akta
Dalam Bidang Pendidikan
Kebolehaksesan
Pendidikan Oku
1)
OKU
tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas asas ketidakupayaaan
2)
kanak2
OKU tidak boleh dikecualikan daripada pendidikan pra sekolah, rendah, menengah
& tinggi atas asas kesetaraan dengan orang / kanak-kanak upaya termasuk latihan vokasional &
pembelajaran sepanjang hayat.
3)
Kerajaan
& penyedia pend swasta hendaklah membolehkan
-
orang
& kanak2 kurang upaya melanjutkan pelajaran, sedia penyesuaian munasabah dengan
keperluan orang & kanak2 oku dari segi antara lain, prasarana, kelengkapan
& bahan pengajaran, kaedah pengajaran, kurikulum & bentuk sokongan lain
yang memenuhi pelbagai keperluan oku
4)
Kerajaan
dan penyedia pendidikan swasta hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk
membolehkan orang @ kanak2 oku pelajari kemahiran hidup & pembangunan
sosial bagi memudahkan penyertaan penuh & setara mereka dalam pendidikan
termasuk :
- Utk mudahkan
pembelajaran Braille, skrip alternatif, kaedah agumentatif &
alternatif, cara & format komunikasi & kemahiran orientasi &
mobiliti & mudahkan sokongan rakan sebaya & pementoran.
- Mudahkan pembelajaran bahasa isyarat Malaysii
& penggalakan identiti linguistik komuniti org pekak
- pastikan pend org & khususnya kanak2 yg
buta, pekak atau pekak-buta disampaikan dalam bahasa, kaedah dan cara
komunikasi yang paling sesuai bagi individu & dalam persekitaran yang
memaksimumkan pembangunan akademik & sosial
Peraturan-peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 1997
Murid Bekeperluan khas – murid yg diperakui ahli perubatan, ahli optik,
audiologi/psikologi sama ada kerajaan atau tidak
•
Ketidakupayaan
penglihatan
•
Ketidakupayaan
pendengaran
•
Ketidakupayaaan
pertuturan
•
Ketidakupayaan
fizikal
•
Masalah
pembelajaran
•
Mana-mana
kombinasi ketidakupayaan di atas
Pendidikan
Khas
Pendidikan
khas - pendidikan bagi murid berkeperluan khas di suatu sekolah khas, di
sekolah yg melaksanakan program pend khas integrasi / program pendidikan
inklusif pada peringkat :
•
pra
sekolah
•
rendah
•
menengah
•
lepas
menengah
Program
Pendidikan Inklusif
•
Program
pendidikan murid berkeperluan khas dihadiri murid berkeperluan khas bersama-sama murid lain dalam kelas sama di
sekolah kerajaan / bantuan kerajaan
Program
Pendidikan Khas Integrasi
•
Program
pendidikan murid berkeperluan khas yg hanya dihadiri oleh murid berkeperluan
khas di sekolah kerajaan/ bantuan kerajaan
Rancangan
Pendidikan Individu
•
Rekod
butiran sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar yg menyatakan tentang
rancangan pendidikan bagi setiap murid berkeperluan khas
Pelaksanaan Pendidikan
Khas
•
Mana-mana
org yg terlibat dlm pelaksanaan PK hendaklah gunakan Kurikulum Pend. Kha
•
Guru
hendaklah guna Rancangan Pend Individu
•
Guru
boleh buat pengubahsuaian kpd (ikut kurikulum PK):
•
Kaedah/
teknik pengajaran
•
Masa
setiap aktiviti
•
Susunan
aktiviti
•
Bahan
bantu mengajar
TAJUK
3 : TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID
Tanda-tanda Awal Gangguan Emosi
Definisi
ü Satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih karasteristik oleh
murid-murid.
ü Kamus Dewan : akibat konflik yang
tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui
pertuturan atau perlakuan tertentu.
Tanda-tanda masalah emosi
• Tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab munasabah
• Selalu mengantuk atau tertidur di dalam kelas
• Sentiasa kelihatan letih
• Kerap sakit perut
• Mudah diserang penyakit
• Duduk dalam keadaan yang tidak selesa
• Pencapaian akademik yang semakin merosot
• Sering berasa cemas, takut dan benci
• Konsep kendiri yang lemah
• Bertindak tidak wajar disebabkan tekanan perasaan
• Suka bergaduh
• Kerap berbohong
• Bertindak liar untuk menarik perhatian
• Tindak balas kurang matang
• Berperawakan ganjil
• Membela diri secara tidak menentu
• Menunjukkan perasaan dengki\Mengkritik secara keterlaluan
• Suka termenung atau berkhayal
v Kebiasaannya seseorang yang merasa emosinya terganggu adalah kerana:
ü Kecemasan dan marah
ü Sukar tunjukkan emosi tertentu
ü Alami kesulitan
ü Konflik
2 Jenis;
Positif
Negatif
Gangguan emosi
boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan iaitu;
1.
Gangguan emosi ringan
Tidak terlalu kelihatan
pada ciri-ciri dari luarannya. Murid dapat mengawal dirinya.
2.
Gangguan emosi sederhana
Akan lebih kelihatan.
Kebiasaannya perasaaan
marah, takut atau sedih menjadi perkara normal pada murid. Contoh : murid pergi
tandas seorang diri, berasa takut sehingga menangis, marah pada guru. Kesannya
sanggup tahan sehingga terkencing.
3.
Gangguan emosi berat
Jelas kelihatan dari luar.
Janggal dari tingkah laku asal/ kebiasaan. Contoh : ketika murid sedang marah,
dia akan mengamuk, menjerit atau menyakiti dirinya sendiri.
Punca Gangguan Emosi
·
Persekitaran sekolah
·
Gaya pengajaran guru
·
Peristiwa dalam keluarga
·
Pengaruh keluarga
·
Pengaruh rakan sebaya
·
Tindakan guru
Langkah-langkah Menangani Gangguan
Emosi
Ø Peranan ibu bapa
Ø Tindakan guru
Ø Gaya pengajaran
Ø Kepimpinan guru
Ø Kefahaman terhadap minat dan sikap pelajar
Ø Kerjasama
Ø Penerapan nilai
Ø Suasana ceria
Ø Penerangan jelas
Peranan ibu bapa
-
Ibu bapa mengambil tahu
masalah yang dihadapi oleh anak di sekolah. Perbincangan antara ibu bapa dan
guru berkaitan anak yang mempunyai masalah dilakukan dari masa ke masa bagi
menangani masalah anak secara bersama-sama.
Tindakan guru
-
Mengesan murid yang dikenal
pasti mengalami gangguan emosi. Merujuk ke ahli psikologi, kaunselor, atau
personel bertauliah bagi mendapatkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling
serta khidmat bimbingan yang diperlukan murid.
Kepimpinan guru
-
Guru perlu mahir dalam
menguruskan bilik darjah. Guru perlu memastikan murid jelas dengan peraturan
yang ditetapkan serta memahami dan bersetuju dengan peraturan tersebut.
Penganjuran Program
-
Program berbentuk
pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam pembentukan tingkah laku. Bertujuan
membantu murid yang mempunyai masalah gangguan emosi bagi meningkatkan
pencapaian akademik, kemahiran sosial dan mengawal tingkah laku serta untuk
meningkatkan konsep kendiri.
Penerapan Nilai
-
Guru menggunakan
modifikasi tingkah laku yang sesuai dengan murid. Peneguhan positif diberi
kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang diingini serta menetapkan
hukuman yang adil dan bersesuaian bagi murid yang melakukan kesalahan.
Gaya pengajaran
-
Murid diberi peluang
mengenal pasti kesalahan atau tingkah laku yang tidak diingini. Murid diberi
ruang oleh guru dan rakan sekelas yang lain untuk memperbaiki tingkah laku.
Hak Asasi Kanak-kanak
·
Menurut Hak Asasi Manusia,
setiap warganegara layak mendapat peluang pendidikan;
·
Semua kanak-kanak berhak
untuk belajar bersama-sama. Kanak-kanak tidak seharusnya diperkecil atau
didiskriminasi
·
Orang dewasa yang kurang upaya,
menggambarkan diri mereka sendiri sebagai orang-orang yang terselamat di
sekolah khas, mendesak untuk mengakhirkan pengasingan. Tiada sebab-sebab
perundangan untuk memisahkan kanak-kanak daripada pendidikan mereka.
Antara Hak Setiap
Kanak-Kanak adalah seperti yang berikut;
·
untuk dilahirkan, untuk
mempunyai nama dan kewarganegaraan;
·
untuk mempunyai keluarga
yang akan menjaga dan menyayangi;
·
untuk tinggal di dalam
komuniti dan persekitaran yang aman dan damai;
·
untuk mempunyai makanan
yang mencukupi dan tubuh badan yang aktif dan sihat;
·
untuk mendapatkan
pendidikan yang baik dan membentuk potensi diri;
·
untuk diberi peluang untuk
bermain dan beriadah;
·
untuk dilindungi daripada
penderaan, eksploitasi, kecuaian, keganasan dan bahaya;
·
untuk dipertahankan dan
diberi bantuan oleh kerajaan;
TAJUK
5 : INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN
Strategi Pengajaran Inovatif
Definisi
Inovasi
1.
Ronger E miller (1971)-
idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang.
2.
Spencer (1994)- sesuatu
yang dianggap baru dan lebih baik dari yang lama oleh seseorang individu.
Jenis Strategi p&p yang Inovatif
·
Pembelajaran
Berasaskan Projek (PBL)
Definisi
Ø Pengajaran
sistematik yang melibatkan pelajar melalui proses inkuiri lanjutan yang dibina
berdasarkan soalan yang kompleks. :- 2
bentuk - Projek ringkas dan Projek jangka masa panjang. (Introduction
to Project based Learning laman sesawang )
Ø Strategi
pengajaran yang melibatkan pelajar membuat aplikasi isi pelajaran berdasarkan
masalah dengan pemikiran kritis. Masalah ditangani melalui perlaksanaan
projek.(Project Based Learning: Laman sesawang)
Ø Model
P&P yang memberi penekanan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar
Ø Definisi
khusus:
Fokus isi pelajaran
Pengalaman + situasi sebenar = kemahiran + pengetahuan
Aplikasi pelbagai sumber maklumat
(Project based learning : Edutech Wiki )
Ciri-ciri PBL
(Synteta,2001)
Ø Pentaksiran
asas prestasi
Ø Guna
alat kognitif
Ø Impak
dalam tingkah laku pelajar
Ø Hasil
yang positif
Ø Isu
sebenar di samping amalan sebenar
Ø Koperatif
& kolaboratif
Ø Berpusatkan
pelajar
Ø Bermula
dengan soalan yang mencabar
Ø Gabungan
beberapa MP
Ø Jangka
masa panjang
Ø Berpusatkan
kurikulum
Langkah
Pelaksanaan PBL
Peranan
Guru
Ø Bantu
pelajar kenal strategi pembelajaran
Ø Guna
soalan untuk bantu murid berfikir
Ø Pastikan
pelajar ada pengetahuan sebelum beri tugasan
Ø Guna
alat pengukuran informal untuk pentaksiran
Ø Belajar
teknik pengurusan yang terkini
Ø Wujud
suasana pembelajaran dan penerokaan. Bukan pertandingan/jawapan yang betul.
·
Pembelajaran
Berasaskan Masalah (PBM)
Ciri-ciri PBM
Ø Pentaksiran
berasaskan prestasi
Ø Masalah
realistik
Ø Masalah
mencabar
Ø Perlu
cari maklumat baharu untuk selesai masalah
Ø Pelajar
bertanggungjawab untuk belajar
Ø Peranan
Guru – bantu,bimbing, ikut keperluan
Ø Pencarian
maklumat - pelbagai sumber
Ø Proses
kenal pasti isu PENTING untuk selesai masalah
Ø Koperatif
dan kolaboratif
Ø Sintesis
maklumat
Ø Refleksi
Pembelajaran Elektronik (e-learning)
Definisi
Ø
Merujuk
kepada pembelajaran yang berlaku
dengan menggunakan komputer dan internet.
Ø Merujuk kepada semua jenis pembelajaran yang dicapai
melalui internet, jaringan komputer,
CD-ROM, televisyen interaktif atau sinaran melalui satelit.
Ø Dikenali
dengan pelbagai pendekatan nama:-
o Online learning
o Technology based learning
o Web
based training
o Computer based learning
o Computer based training
o Technology enhanced learning
o Computer supported collaborative learning
Ciri-ciri
e-learnin
Ø Perlu
kemahiran guna komputer
Ø Ikut
kadar kendiri pelajar
Ø Ikut
kehendak dan keperluan pelajar
Ø Reka
bentuk ikut keperluan pelajar dan penuhi gaya pembelajaran
Ø Perlu
ada capaian internet tanpa kira sempadan
Ø Boleh
capai lebih ramai pelajar
Jenis komunikasi
dalam e-learning
Ø Synchronous
(Serentak)
-
Pertukaran idea, maklumat/perbincangan berlaku antara 2/lebih peserta secara serentak pada masa yang sama.
- chat, video konferensi, telekonferensi
Ø Asynchronous
(Tidak serentak)
- Pertukaran idea atau maklumat berlaku
pada masa tertangguh. Tindak balas pada
masa berbeza.
- e-mel, SMS, MMS, forum maya, web
Bentuk Penyampaian
Ø Cetak
– petikan, jurnal, rencana, e-text, majalah(e-majalah), buku (text book)
Ø Video
– klip, rakaman, siaran satelit
Ø Audio
Reka Bentuk Resos
• Suatu proses sistematik untuk mereka bentuk,
membangun, melaksana dan menilai bahan pengajaran.
• Sains untuk mencipta spesifikasi resos pengajaran
dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian, penyelenggaraan.
• Memudahkan satu unit pembelajaran yang kecil/besar
dalam p&p berasaskan bahan yang digunakan.
Model
·
Berorientasikan bilik
darjah
ü Model ini tidak
menggalakkan guru membina bahan.
ü Guru hanya memilih
media yang bersesuaian dengan objektif pengajaran.
ü Contoh-contoh model
bilik darjah : model Gelach dan Ely (1980), model Assure (1996), model
Kemp (1985) dan model Dick dan Reiser (1989).
·
Berorientasikan produk
ü Model Van Patten (1989)
ü Model Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990)
ü Model Bergman dan Moore (1990)
·
Berorientasikan sistem
ü Model IDI (1973)
ü Model IPISD (1975)
ü Model Dick dan
Carey (1979)
ü Model Diamond (1989)
ü Model Seels dan Glasgow (1990)
Peringkat
·
Analisis murid
ü umur
ü tahap
/ tingkatan
ü latar
belakang sosioekonomi
·
Nyatakan objektif
ü Beri
gambaran awal tentang bahan yang akan digunakan
ü penyediaan
bahan
ü sediakan
murid menerusi set induksi
ü sediakan
pengalaman pembelajaran
·
Penglibatan murid
ü Libatkan
murid dalam kaedah berkumpulan
ü buat
aktiviti seperti latih tubi, latihan
·
Penilaian
ü meliputi
pencapaian murid berdasarkan kemahiran, sikap dan objektif
ü dapat
melihat keberkesanan pembelajaran
Ciri-Ciri
·
Kos yang berpatutan
·
Hiasan berpada
·
Bersesuaian dengan
pencapaian murid
·
Menepati arahan dan
kurikulum
·
Mempunyai identiti
kebangsaan
Jenis-Jenis
·
Berasaskan teknologi ICT
ü e-buku
ü e-majalah
ü e-portfolio
ü blog
dan forum
·
Selain teknologi ICT
ü bahan
2D
ü bahan
3D
Kelebihan
·
Pembelajaran
menyeronokkan
·
Lebih sistematik
·
Jimat masa
·
Pelbagai kaedah dan
teknik
·
Boleh mengakses maklumat
Reka Bentuk Pentaksiran dan
Penilaian
·
Merupakan satu proses
menghasilkan nilai kuantitatif untuk tentukan peringkat pencapaian dan
kedudukan dalam pembelajaran.
·
Merangkumi aspek
pengujian dan pengukuran
·
Proses mengenal pasti, memperoleh
dan menyediakan maklumat berguna bagi mempertimbangkan pilihan yang ada.
Tujuan
·
Buat perbandingan
pencapaian pelajar antara subjek dengan subjek yang lain
·
bantu guru mengetahui
keupayaan penguasaan pelajar
·
Buat perbandingan antara
seseorang pelajar dan pelajar yang lain
·
Untuk menentukan
aktiviti pemulihan dan pengayaan
·
Dapat memperbaiki segera
kelemahan dalam sesuatu kemahiran
Prosedur Penilaian
·
persediaan ujian –
pentadbiran ujian (pemilihan lokasi) – pemeriksaan dan pengukuran ujian – buat
analisis – interpretasi/ dapatan/ tindakan
Reka Bentuk Penilaian
Pendidikan Malaysia
·
Penilaian KBSR
ü Penilaian
berdasarkan ujian bulanan, akhir tahun, peperiksaan awam= UPSR, PTS
ü Pencapaian
diukur berdasarkan gred, peratus bagi mengenal pasti kedudukan di dalam kelas
·
Penilaian KSSR
ü Penilaian
berdasarkan ujian aptitud, PAJSK, psikometrik, portfolio dan berkomputer
ü Pencapaian
diukur berdasarkan rujukan Standard Band 1 – 6
Jenis-Jenis Penilaian
·
Sumatif
ü tentukan
penguasaan murid dalam keseluruhan kursus
ü contoh
= ujian akhir tahun, SPM, PMR. UPSR
·
Formatif
ü mendapat
gambaran secara holistik dan tepat mengenai prestasi murid
ü dapat
kesan punca kelemahan
ü tentukan
kesediaan murid untuk mengikuti pembelajaran seterusnya
ü tingkatkan
motivasi murid untuk belajar
Kaedah Reka Bentuk
·
Pemerhatian
ü sikap,
perlakuan, proses atau hasil kerja amali, lukisan, kraf tangan
·
Lisan
ü Penguasaan
pengetahuan, kefahaman, konsep, kemahiran, perlakuan amalan sikap murid
ü melalui
aktiviti soal jawab, perbincangan, kuiz, bercerita
·
Bertulis
ü aktiviti
menyemak dan memeriksa hasil tugasan murid
ü melalui
lembaran kerja bertulis, laporan projek, karangan, graf, peta, jadual dan
carta.
TAJUK
6 : PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN
Strategi Pengurusan Inovasi dan
Perubahan
STRATEGI PENGURUSAN
• Pengurusan perubahan merupakan aktiviti utama dalam
memastikan matlamat organisasi berjaya dicapai
• Perubahan merupakan beberapa pendekatan dan model
perubahan
• Perubahan dilakukan untuk memastikan pembangunan negara
• Antara dasar kerajaan untuk mengubah rakyat mencapai
kejayaan – Dasar Pandang ke Timur
STRAEGI PERUBAHAN:
1.
Strategi
Kekuasaan
2.
Strategi
Pujukan
3.
Strategi
Pendidikan Semula
4.
Strategi
Memudah Cara
1.
Strategi Kekuasaan
•
Pihak
atasan berkuasa menggunakan autoriti formal dan kawalan untuk memaksa
kumpulannya berubah seperti yang dirancang
•
Menggunakan
peneguhan positif dan negatif
•
Contoh
: kerajaan memperkenalkan kad perakam
waktu
2.
Strategi Pujukan
•
Strategi
yang memerlukan kemahiran interpersonal yang mantap
•
Memerlukan
logik dan kebijaksanaan bagi meyakinkan kumpulan sasaran tentang kepentingan
dan kebaikan perubahan.
•
Contoh:
dalam membudayakan penggunaan TMK dalam
kalangan guru dan murid, agen perubahan perlu mempengaruhi kumpulan
sasaran.
3.
Strategi Pendidikan Semula
•
Strategi
penggunaan maklumat baharu yang disediakan oleh agen perubahan dan menyerahkan
maklumat tersebut kepada kumpulan sasaran untuk menentukan rancangan mereka sendiri.
•
Agen
perubahan sebagai pendorong kepada
kumpulan untuk memikir, membuat refleksi, mengenal pasti kebaikan dan kelemahan
tindakan
•
Contoh:
semakan semula kurikulum
4.
Strategi Memudah Cara
•
Kumpulan
sasaran menentukan rancangan yang dipilih oleh mereka dan agen perubahan akan
menghantar sumber yang diperlukan kepada kumpulan sasaran.
•
Tindakan
untuk memastikan tiada halangan untuk membuat perubahan yang telah dirancang
•
Contoh:
pihak sekolah membekalkan kemudahan komputer untuk menjayakan pembelajaran
berasaskan web
PEMBINAAN NEGARA BANGSA
ü
Proses
pembinaan atau pembentukan sebuah negara bangsa menggunakan kuasa yang ada pada
pemerintah
ü
Proses
bertujuan untuk menyatupadukan rakyat tanpa mengira kaum dan lokasi sehingga
wujud suatu persekutuan yang menjamin kestabilan politik dan mampu
dipertahankan
ü
Antara
hasrat PNB ialah pembinaan rakyat yang mempunyai jati diri dan imej Malaysia,
modal insan yang lengkap,
ü
Modal
insan kelas pertama yang glokal dan sumber manusia yang berkualiti dan mampu
mencorakkan hala tuju negara ke arah Wawasan 2020
PENGURUSAN PENDIDIKAN
§
Pendidikan
merupakan asas dalam pembinaan modal insan bagi sesebuah Negara
§
Kecemerlangan
negara bergantung kepada pendidikan
§
Pendidikan
berjaya menjadi alat dalam membina kemajuan sesebuah negara melalui 3 aspek
pendidikan
§
3
aspek :
o
Kepimpinan
o
Pengurusan
bilik darjah yang kondusif
o
Landskap
maklumat
Kepemimpinan:
•
Kepimpinan
menentukan perubahan dan kejayaan perubahan
•
Ciri-ciri
kepimpinan terpimpin
•
Pemimpin
memimpin
•
Visi
yang jelas dalam pengurusan perubahan
•
Menubuhkan
jawatankuasa pelaksana dan
pasukan
bertindak
•
Menumpulkan
perhatian khusus pada setiap
perubahan
yang dibuat
•
Utamakan
elemen kemanusiaan
Pengurusan Bilik Darjah Yang Kondusif:
•
Elemen
penting dalam perubahan pengurusan bilik darjah:
Pendekatan
berpusatkan murid
Kemudahan
pengajaran dan pembelajaran
Landskap
Maklumat:
•
Perkembangan
TMK menjadi satu hambatan kepada pihak sekolah mengemas kini sistem maklumat
dan komunikasi pada peringkat sekolah dalam memastikan warga sekolah memperoleh
maklumat terkini.
•
Perkara
yang perlu diberi penekanan ialah pusat sumber dan peranan guru
TRANSFORMASI DALAM KURIKULUM
•
Satu
bentuk perubahan yang perlu dilakukan memandangkan asas bentuk perubahan yang
hendak dibawa bermula di sekolah.
•
Memerlukan
pengetahuan dan pemahaman yang mendalam tentang hubung kait antara semua
bahagian dalam pendidikan
•
Perubahan
pendidikan sekolah rendah daripada KBSR kepada KSSR
Sekolah Bestari:
Pendemokrasian
pendidikan yang membuka peluang belajar kepada semua murid tanpa mengira status
dan aras pencapaian dalam mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling
sesuai dengan gaya pembelajaran murid.
Ciri-ciri Sekolah Bestari:
1.
Semua
murid berupaya belajar mengikut keperluan dan gaya pembelajaran
2.
Penaksiran
secara berterusan
3.
Guru
besar bertindak sebagai pemimpin pendidikan dan disokong oleh tenaga pengajar
4.
Ibu
bapa memainkan peranan dalam menyokong pendidikan bestari
5.
Persekitaran
sekolah yang kondusif
6.
Guru
adaptasi kurikulum kebangsaan dengan mengambil kira keperluan dan kebolehan
murid
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
Ø
Gagasan
yang diperkenalkan oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak yang menjadi
piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran dan penjawat awam.
Ø
NKRA
yang ketiga ialah meluaskan akses kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan
Ø
Empat
sub -NKRA
o
Memperluas
dan memantapkan pendidikan prasekolah
o
Meningkatkan
kadar literasi dan numerasi
o
Mewujudkan
sekolah berprestasi tinggi
o
Mengiktiraf
pengetua dan guru besar yang berprestasi cemerlang
Adaptasi Pelbagai
Inovasi dan Perubahan
1.
Latihan
Perguruan
2.
Program
Pensiswazahan Guru
3.
Kurikulum
Transformasi
4.
Sekolah
Berprestasi Tinggi (SBT)
Perubahan Pendidikan
A.
LATIHAN
PERGURUAN
1.
Naik
Taraf Maktab Perguruan ke Institut Pendidikan Guru
Ø
Peringkat Sijil dan Diploma dinaik taraf kepada
Ijazah
Ø
Bermula tahun 2006
Ø
Melatih juga KPLI
2.
Kurikulum Latihan Perguruan
a. .Pendidikan Awal Kanak-kanak
b.
.Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
c.
Literasi dan Numerasi
d.
Kemahiran Insaniah
e.
Kompetensi Berbahasa Inggeris
f.
Pendekatan Terkini dalam Pengajaran dan Pembelajaran
1.
Pendidikan
Awal Kanak-kanak:
Komponen
Program Permata:
ü
Kurikulum
Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan
ü
Kemudahan
fizikal
ü
Tenaga
pendidik
ü
Penglibatan
ibu bapa
Pendidikan
Prasekolah:
v
Kanak-kanak berusia 4-6 tahun
v
Kepentingan: menyediakan alam persekolahan kepada
kanak-kanak
v
Konsep: Belajar Sambil Bermain dan Pembelajaran
Bertema
v
Meletakkan pembelajaran melalui TMK sebagai satu
elemn penting
2.
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Kepentingan TMK:
1.
Elemen
yang diserap dalam komponen TMK:
§
Literasi Maklumat
§
Literasi Digital
§
Literasi Baharu
§
Literasi Komputer
§
Literasi Kritikal
§
Literasi Media
2.
Pembudayaan
Penggunaan TMK di sekolah:
o
Sistem Maklumat Murid (SMM) dan Sistem Salah Laku
dan Disiplin Murid (SSDM) (HEM)
o
Urusan penaziran (e-pantau)
o
e-nilam
o
Urusan perkhidmatan semua bahagian di BPG (e-perjawatan dan e-pergerakan)
o
Urusan akademik (Program MOODLE)
3.
Literasi dan Numerasi
Ø
Proses
Saringan
Ø
Modul
pengajaran dan pembelajaran
Ø
Latihan
Guru (Program IPG)
Ø
Meningkatkan
komitmen pihak berkepentingan
Ø
Pemantauan
dan penyeliaan
Ø
Penggunaan
TMK ditekankan
4.
Kemahiran Insaniah
1)
Kemahiran
Berkomunikasi
2)
Pemikiran
Kritis dan Penyelesaian Masalah
3)
Pembelajaran
berterusan dan pengurusan maklumat
4)
Kemahiran
kerja berpasukan
5)
Kemahiran
keusahawanan
6)
Etika
dan moral profesional
7)
Kemahiran
kepimpinan
5.
Kompetensi Berbahasa Inggeris
v
Bahasa
pengantara pada peringkat antarabangsa
v
Penggunaan
bahasa Inggeris menjadi antara kursus wajib dan satu keperluan
v
Dasar
PPSMI diberhentikan dan KPM tidak berhasrat berpatah balik ke belakang
v
KPM
menetapkan dasar pelaksanaan pendidikan prasekolah sebanyak 50% BM 50% BI
6.
Pendekatan terkini dalam P&P
ü
Kes
metodologi
ü
Pengurusan
portfolio
ü
Pembelajaran
Berasaskan Projek (PBP/PBL)
ü
Pembelajaran
Berasaskan Masalah
ü
Perubahan
bilik darjah tradsional kepada moden
B.
PROGRAM
PENSISWAZAHAN GURU
PPG:
o
KPM
mengambil langkah mensiswazahkan guru-uru
o
KPM
mensasarkan 100% guru SM dan 50% guru SR
o
KPM
telah mengadakan pelbagai program pensiswazahan:
ü
Program
Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)
ü
Pensiswazahan
Guru Sekolah Rendah (PGSR)
ü
Program
Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB)
C.
KURIKULUM
TRANSFORMASI
• Satu tindakan yang diambil demi memastikan pendidikan
yang relevan dalam menghadapi pelbagai perubahan dan cabaran dunia pada masa kini.
• Dimulakan dengan melaksanakan KSPK (2010) dan KSSR (2011)
selaras dengan FPK yang berhasrat memperkembangkan potensi individu yang
seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek berlandaskan
prinsip-prinsip KBSR.
• Transformasi membawa maksud proses melakukan satu bentuk
perubahan yang holistik berlandaskan kurikulum persekolahan sedia ada dengan
mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum yang
mencakupi elemen:
ü
Struktur kandungan
ü
Pedagogi
ü
Peruntukan masa
ü
Kaedah pentaksiran
ü
Bahan kurikulum
ü
Pengurusan sekolah
Tunjang Kurikulum Transformasi:
v
Komunikasi
v
Kerohanian,
sikap dan nilai
v
Kemanusiaan
v
Keterampilan
diri
v
Fizikal
dan estetika
v
Literasi
sains dan teknologi
Kurikulum Transformasi:
Ø
Komunikasi: Penggabung jalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi secara verbal
dan non verbal dalam BM, BI, BC dan BT.
Ø
Kerohanian, sikap dan nilai: Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai.
Ø
Kemanusiaan: Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan
alam sekitar setempat, negara dan global serta penghayatan semangat patriotisme
dan perpaduan.
Ø
Keterampilan diri: Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti
kurikulum dan kokurikulum.
Ø
Fizikal dan estetika: Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan
diri, pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apreasiasi.
Ø
Literasi sains dan teknologi: Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap
saintifik.
o
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran
matematik.
o
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran
berasaskan teknologi.
D.
SEKOLAH
BERPRESTASI TINGGI (SBT)
·
Sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti
tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini
mempunyai tradisi budaya kerja yang cemerlang yang mampu melahirkan modal insan
cemerlang berpersonaliti unggul.
SBT:
ü
Suasana
P&P yang kondusif
ü
Menjadi
suri teladan kepada sekolah-sekolah yang lain
ü
Memperoleh
autonomi dan akauntabiliti dalam pengurusan pencapaian murid
ü
Menempatkan
murid cemerlang yang mampu bersaing
ü
Program
peningkatan profesional dalam kalangan pemimpin sekolah
ü
Layak
menerima insentif kewangan
Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia
·
Adaptasi inovasi
·
Pembangunan dalam sistem pendidikan negara
·
Diperakui / diiktiraf sebagai Piawai Pendidikan Kebangsaan (Sekolah
·
Dibangunkan oleh Jemaah Nazir Jaminan Kualiti (JNJK) pada tahun 2003
Tujuan
•
Kecekapan pengurusan sekolah (peningkatan tahap pencapaian murid
•
Sukatan aras tahap kecemerlangan kepada sekolah.
•
Dasar besar negara
•
-Pembangunan modal insan
•
-Wawasan 2020
•
Fokus pemantapan profesionalisme tenaga pendidik.
•
Mencetuskan kesedaran memelihara kualiti pendidikan di sekolah.
•
Memperkasa sekolah (globalisasi)
•
Pengaplikasian sendiri sistem pemastian standard kualiti oleh sekolah
tanpa nazir.
•
Gagasan profesional lebih daripada gagasan administratif.
•
- JNJK hubungan terus dengan sekolah. (memantau
status perlaksanaan PKS secara lebih rapi).
•
-Pakatan strategik peringkat JPN dan PPD (Promosi dan pengumpulan
keputusan PKS).
•
Kecekapan pengurusan sekolah (peningkatan tahap pencapaian murid)
•
Motivasi dan komitmen sekolah dalam penjagaan kualiti pendidikan.
•
-Budaya mementingkan kualiti (pengurusan pendidikan di sekolah)
•
-Sekolah yakin pemastian kualiti (tindakan
diuruskan sendiri)
•
Dokumen SKPM
•
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) menyediakan dokumen-dokumen ;
v SKPM 1, SKPM 2 dan SKPM 3
•
SKPM yang dibangunkan oleh JNJK adalah suatu usaha penambahbaikan untuk
memastikan kualiti sekolah sentiasa berada pada tahap kecemerlangan untuk
menjadikan hasrat kerajaan suatu realiti
Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia
Objektif PPPM
•
Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia
berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan,meningkatkan standard
(kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan
•
Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid
bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025;
•
Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan,
termasuk perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, yang
membolehkan Sistem ini memenuhi
permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat
serta menyokong transformasi perkhidmatan awam
VISI DAN ASPIRASI PPPM
Aspirasi Sistem Pendidikan
v Akses kepada kejayaan
v Kualiti standard
antarabangsa yang tinggi
v Ekuiti untuk semua murid
v Memupuk perpaduan dalam
kalangan murid
v Pelaksanaan berkecekapan
tinggi
Aspirasi Untuk Setiap Murid
•
Pengetahuan
•
Kemahiran Berfikir
•
Kemahiran Memimpin
•
Kemahiran Dwibahasa
•
Etika dan Kerohanian
•
Identiti Nasional
Post a Comment