1.KAEDAH STRUKTURAL
1.
Tujuan faham
aspek kesusasteraan, sturktur & binaannya
2.
Tidak pentingkan pghayatan/
3.
Analisis dari sudut pmbinaan/strukturnya
4.
Guna kaedah
induktif bagi mgkaji elemen struktur
5.
Sesuatu itu wujud scr bebas bersendirian
CIRI KAEDAH STRUKTURAL :
§ Perhubungan antara
struktur kesusasteraan seperti tema, plot, watak perwatakan, latar, teknik,
gaya bahasa, sudut pandangan yang akan bentuk kesuluruhannya.
§ Guna pendekatan induktif
§ Dibimbing cari objektif
tertentu elemen struktur
§ Unsur struktur dikenal
dulu sebelum pengajaran dimulakan
§ Banyak dipandukn olh guru
§ Bahan bantu mengajar tidak
dipentingkn
§ Kaedah yang sesuai di
peringkat tinggi
2.KAEDAH MENGALAMI MENGHAYATI
1.
Tekankan apa yg dialami oleh pmbaca
2.
Sejauh mana pmbaca dpt mghayati rakaman penulis melalui bhs yg
disampaikn
3.
Tekankan penikmatan
4.
Aspek sasatera yg dikaji perlu dirasai & dihayat
5.
Guna semua pgalaman murid bg mdpat sesuatu pgalaman baharu.
6.
Bbm penting utk suburkan imaginasi
7.
Buat simulasi agr wujud kefahaman mdlm
8.
Boleh beri kepuasan & tinggalkn kesan yg mdlm di jiwa murid.
9.
Guna pgalaman utk buat tanggapan karya
CIRI KAEDAH MENGALAMI MENGHAYATI
§ Pengalaman murid
diutamakan
§ Bimbing murid &
dapatkn emosi & pgalaman drpd karya
§ Objektif terakhir ialah
penikmatan & pghayatan.
§ Bbm & teknik pyoalan
mambantu guru capai objektif
§ Murid diberi peluang bca
karya dahulu dlm masa ttntu utk dptkan kesan pghayatan
§ Elemen struktur akn
disentuh scr x lgsung
§ Dilatih guna fikiran dgn
kritis & kreatif
§ Aktvt murid bersama
bimbingan guru amat penting – murid melakonkn sendiri & bncng persoalan tertentu
yg wujud dlm fikiran tnpa ditetapkn olh guru.
§ Bbm amat penting.
§ Dpt wujudkn sebuah kelas
yg aktif
3.KAEDAH BERFOKUS
§ Fokus pd kandungan &
isi pelajaran
§ 2 tumpuan :
§ Tumpuan Utama : FOKUS
UTAMA
§ Tumpuan Kedua : Fokus
Sampingan (lbh drpd 1 & utk bantu & kuatkn fokus utama)
§ FOKUS UTAMA : Pkara paling
menonjol dlm karya yg mahu diberi penekanan
§ FU & FS boleh bertukar
ganti
4. KAEDAH GLOBAL
1.
kaedah mudah spt simulasi khasnya bdrama.
2.
Mesti bsesuaian dgn thp keupayaan murid & situasi murid krn
meliputi kesesuaian tatacara kehidupan (permainan) kanak2.
3.
kaedah ini dilakukan secara bebas.
PELAKSANAAN KAEDAH GLOBAL
- Murid membaca dan menghayati
karya sastera yang diberikan oleh guru.
- Guru meminta murid mencari
persoalan yg menarik dalam karya sastera.
- Dalam suasana informal guru
meminta murid berlakon dan melakukan gaya aktiviti di atas untuk lakonkan
watak.
- Guru boleh mengadakan aktiviti
seperti:-
§ lakonan berasaskan gambar
§ lakonan berasaskan skrip
§ lakonan guna topeng
§ lakonan guna cerita
berlagu
KRITERIA MENILAI KARYA
GUNA KAEDAH GLOBAL
§ Meneliti sesuatu aspek
karya secara menyeluruh, bukannya terpisah-pisah.
§ Melihat hubungan elemen
atau komponen yang membina karya
§ Elemen atau komponen karya
dinilai secara impression, am dan spontan.
§ Penilaiannya adalah bersifat
subjektif
§ Kajian atau penilaian
boleh dilakukan secara separuh global sebelum menjurus kepada aspek khusus yang
hendak dikaji.
PENDEKATAN
1) Pendekatan
Struktural
Pendekatan Struktural
melihat sesuatu berdasarkan struktur dan fungsi.
Pendekatan ini cenderung
membicarakan elemen-elemen yang membina objek.
Contoh: Jika melihat
rumah, pendekatan ini akan melihat unsur-unsur yang membangun rumah seperti
bahan binaan yang mungkin terdiri daripada jenis kayu, simen, gred batu bata,
jenis atap, jendela, pintu dan fungsi ruang-ruang atau bahagian rumah tersebut.
Karya sastera pula
dinilai berdasarkan unsur
fizikal seperti watak, latar, teknik dan sebagainya yang membangun karya
sastera itu dan fungsi-fungsi unsur tadi untuk menyampaikan isi (tema dan persoalan)
karya sastera.
KAEDAH
1) Kaedah Struktural
·
Pengajaran sastera melalui kaedah ini bermaksud mengajarkan
elemen-elemen yang membangun karya sastera.
·
Karya sastera seperti novel, drama,
hikayat, cerita rakyat dan cerpen diajarkan melalui pembicaraan tentang
elemen-elemen seperti
·
watak dan perwatakan yang sering dibahagikan
kepada watak protagonis, antagonis, neutral, watak pipih, watak bulat dan
sebagainya;
·
latar cerita seperti latar tempat,
latar peralatan, latar budaya, dan latar waktu;
·
jenis sudut pandangan pencerita yang
terbahagi kepada sudut pandangan pencerita,
·
sudut pandangan watak, sudut pandangan kamera
dan sudut pandangan bawah sedar; sifat sudut pandangan seperti maha tahu, tahu
terhad, dan jahil;
·
jenis perbualan seperti dialog, monolog,
multilog; teknik penceritaan seperti imbas muka, imbas kembali;
·
jenis plot seperti kronologi,
antikronologi, plot mudah, plot kompleks dan tanpa plot; dan
·
isi karya sastera, iaitu
persoalan, tema, pengajaran dan nilai.
·
Kaedah ini melihat
semua unsur yang terdapat dalam karya sastera namun tidak terlalu mendalam dari
segi jangkauan penjelasannya.
·
Jika ingin melihat sesuatu unsur dengan lebih mendalam, maka
kaedah berfokus digunakan.
2) KAEDAH MENGALAMI
DAN MENGHAYATI
·
Kaedah ini lebih mengutamakan kemampuan untuk menikmati karya sastera.
·
Mengajarkan karya sastera menggunakan kaedah ini lebih mementingkan kebolehan
pelajar-pelajar untuk mengalami dan menghayati unsur-unsur yang
terkandung dalam karya sastera.
Melalui kaedah
ini, karya puisi atau sajak dinikmati dengan cara mendeklamasinya. Perwatakan
watak difahami lalu dilakonkan melalui aktiviti lakonan, drama atau
improvisasi. Karya sastera seperti pantun pula boleh digunakan dalam aktiviti
berbalas pantun atau dinyanyikan mengikut irama-irama tertentu seperti joget,
japin, dangdut dan yang bersesuaian.
3 Pendekatan Pemahaman Teks
• Kaedah Berfokus
Kaedah ini cenderung
membicarakan karya sastera secara terperinci. Untuk memenuhi keperluan ini,
kaedah ini memilih aspek atau unsur tertentu untuk dijadikan fokus pengajaran
dan pembelajaran. Sebagai contoh, aspek penggunaan bahasa dalam dialog boleh
dijadikan sebagai fokus utama manakala aspek watak dan perwatakan pula boleh
dijadikan fokus sampingan. Melalui kaedah ini, pengajaran boleh terdiri daripada
satu fokus utama; satu fokus utama dan satu fokus sampingan; atau satu fokus
utama dan pelbagai fokus sampingan.
SASTERA BANDINGAN
·
Disiplin ini tercetus kesan daripada reaksi pengkaji sastera
yang ekstrem terhadap perubahan semangat kebangsaan pada abad ke-18.
·
Kajian merangkumi pelbagai bentuk sastera sesuatu bangsa dan
membandingkannya dengan sastera bangsa yang lain.
·
Kajian merangkumi dua aspek iaitu vertikal iaitu tentang aspek masa dan horizontal iaitu tentang aspek ruang.
·
Ada 2 mod kajian bandingan;
1.
Merentas negara/bangsa
2.
Merentas disiplin
Merentas negara
·
Tematik
1.
Bandingan tema antara karya sastera.
2.
Contohnya; Pulang Si Tenggang (Muhammah Haji
Salleh) dengan The Bamboo Dancers (Gonzalez).
Kedua-dua karya ini bertemakan pengembaraan mencari identiti.
·
Genetik
1.
Kajian mengenai bandingan asal usul, untung nasib,
penerimaan, pengaruh, terjemahan.
2.
Terjemahan bertujuan untuk melihat sejauh
mana hubungan bahasa asal dan bahasa sasaran serta ketepatan dan keindahan yang
digarap orang pengarangnya. Contoh; Orang
Asing (Ainon Muhammad) dengan The
Outsider (Albert Camus).
3.
Pengaruh yang boleh melibatkan bandingan karya mengikut zaman.
Contoh, novel Perlumbaan Kedua
(Marwilis Haji Yusof) yang terpengaruh dengan cerita asal Perlumbaan Arnab dengan Kura-kura.
·
Generik
1.
Berkaitan dgn ciri-ciri khusus yg dimiliki dalam sesuatu
genre seperti epik, novel, cerpen, sajak, drama dll.
2.
Contoh; banding ciri-ciri puisi Penerimaan (Chairil Anwar) dengan Kusangka (Amir Hamzah).
3.
Dalam Penerimaan,
‘Aku’ masih boleh menerima dan menanti gadis yang dicintai walau sudah tidak
suci lagi, namun dalam Kusangka,
‘Aku’ sudah tidak mahu menerima lagi gadis yang dicintainya setelah tidak suci
lagi.
·
Keselarian
1.
Misalnya, unsur yang melahirkan karya iaitu diri pengarang
dan persekitarannya.
2.
Contohnya; Shahnon Ahmad dan Kamala Markandaya dibesarkan
dan dibudayai oleh kehidupan masyarakat tani. Dapat dilihat melalui persamaan
novel mereka yang berlatar belakangkan masyarakat tani iaitu Ranjau Sepanjang
Jalan (SA) dan Madu Dalam Saringan (KM)
3.
Contoh; novel Daerah
Zeni (A.Samad Said, Malaysia) dengan novel Jalan Flander (C.Simon, Perancis) merupkan karya sastera antara
negara berlainan namun dikatakan C.Simon merupakan pengikut neuveau roman yang tidak begitu setia
dan A.Samad Said juga terpengaruh dengan aliran neuveau roman dan juga tidak setia.
·
Konsentrik
Merentas disiplin
·
Sastera dengan seni lain
1.
Bandingan sastera dengan seni tampak, muzik dll)
2.
Contoh; Bandingan subplot yang serupa atau hampir serupa
yang berulang-ulang dalam sesebuah karya sastera dengan refrain atau leitmotive
dalam muzik.
3.
Bandingan citra (gambaran atau imej) bagi aliran romantisme
dalam seni sastera (karya sastera) dan seni lukis.
·
Sastera dan disiplin lain
-
Konsep dan aspek tertentu dalam karya sastera dengan konsep
dan aspek tertentu dalam seni atau ilmu lain atau kepercayaan.
-
Contoh; Perbandingan antara aspek penceraian dalam novel Di Bawah Lindungan Kaabah (Hamka) dengan
sesebuah buku syariah tentang penceraian.
·
Sastera dan kepercayaan
Interteks
1.
Tiap-tiap karya wujud dalam hubungannya dengan karya-karya
lain yang mendahuluinya.
2.
Setiap teks merupakan penyerapan (transformasi) teks-teks
lain.
3.
Kajian intertekstual dimaksudkan sebagai kajian terhadap
sejumlah teks yang diduga mempunyai bentuk-bentuk hubungan tertentu. Misalnya,
untuk menemukan adanya hubungan unsur-unsur intrinsik seperti idea, gagasan,
peristiwa, plot, penokohan, dan gaya bahasa di antara teks-teks yang dikaji.
4.
Secara lebih khusus dapat dikatakan bahwa kajian interteks
berusaha menemukan aspek-aspek tertentu yang telah ada pada karya-karya
sebelumnya dan pada karya yang muncul kemudian.
5.
Maksudnya, setiap teks, mengambil hal-hal yang baik lalu
diolah kembali dalam sebuah karya baru atau karya baru itu ditulis setelah
melihat, mencerapi, menyerap hal yang menarik sama ada secara sedar maupun
tidak sedar.
6.
Teks yang menjadi latar penciptaan karya baru disebut hipogram, dan teks baru yang menyerap
dan mentransformasikan hipogram
disebut teks transformasi (Riffaterre,
1978).
7.
Contoh; Teeuw (1983) membandingkan antara sajak Berdiri Aku karya Amir Hamzah dengan Senja di Pelabuhan Kecil karya Chairil
Anwar.
8.
Contoh; novel Layla
Majnun (Nizami) dengan Romeo and
Juliet (William Shakespeare).
PARODI
1.
Hutchinson (1983), parodi ialah satu menifestasi pengaruh
yang diperlihatkan oleh pengarang dalam sesebuah karya sama ada karya sastera,
lukisan ataupun teater dan, pengaruh itu dimanifestasikan secara luar biasa
daripada karya asal.
2.
Karya sastera, seni, dsb yg meniru gaya pengarang atau
pencipta lain dgn cara yg melucukan atau menyindir.
3.
Parodi yang dihasilkan oleh seseorang pengarang boleh
bensifat mengkritik, menyindir ataupun melucukan ke atas model ataupun karya
asal; dan ia dihasilkan dengan mempunyai mesej tertentu.
4.
Untuk sesebuah karya parodi itu “hidup”, ataupun dihayati
oleh pembaca, maka ia terpaksa bersandar pada sebuah karya yang sudah dikenali
umum, dan pertalian itu begitu jelas.
5. Parodi bukan bermakna
pengarang itu ketandusan idea untuk berkarya sehingga terpaksa meniru karya
lain. Sebenarnya,
6. untuk menghasilkan
sesebuah kanya panodi memerlukan kreativiti tententu seperti yang lazim
diperlukan oleh seseorang pengarang untuk benkarya.
7.
Contoh; Perlumbaan
Kedua (Manwilis Haji Yusof) dan Wan Empuk Kakak Wan Malani (Shahnon
Ahmad)
Perlumbaan Kedua (Manwilis Haji Yusof)
1.
mendapat kesan pengaruh daripada tipa yang terdahulu iaitu “Perlumbaan Kura-kura dengan Amab”
2.
menggubah sebuah cerita baru berdasarkan kisah tersebut.
3.
Bertujuan untuk menyindir gaya penulisan pengarang rakyat
yang tidak dikenali namanya.
4.
mungkin suatu kritikan secara langsung atau sebaliknya.
5.
mungkin menyindir dan mempersenda secara bersahaja; atau
mungkin bertujuan mengkritik secara bijaksana terhadap karya
(cerita)
asal.
6.
Contohnya; tiba-tiba Sang Kancil yang pada suatu ketika
dahulu (cerita asal) dikenali sebagai haiwan bijaksana dan arif — pernah
beberapa kali berjaya menipu, menjadi hakim, dan pernah juga tertipu, muncul
mencabar Arnab yang tangkas agar berlumba lagi dengan kura-kura dalam
Perlumbaan Kedua.
Wan Empuk Kakak Wan Malani (Shahnon Ahmad)
1. Membaca cerpen ini
akan membuatkan pembaca mengimbas kembali Sejarah
Melayu. Perhubungan cerpen ni dengan Sejarah
Melayu adalah suatu perhubungan yang bersifat parasitic, kerana WEKWM “hidup” bensardar pada sebuah karya yang
lebih besar dan sudah dikenali umum.
2.
Parodi dilakukan terhadap peristiwa kemunculan ketiga-tiga
anak Raja Suran yang berbeza.
3.
Dalam WEKWM, Shahnon Ahmad menggambarkan bahawa Raja Suran
dan ketiga-tiga anaknya itu bukan berasal dari laut seperti yang dipaparkan
dalam Sejarah Melayu, tetapi dari
Tanah Keling.
4.
Kemunculan ketiga-tiga anak Raja Suran di Bukit Siguntang
pula tidak mengubah keadaan tempat Wan Empuk dan Wan Malini berhuma.
5.
Kelebihan Sastera Bandingan
1.
Sastera di Malaysia akan diangkat tahap nasionalnya ke tahap
internasional. Tidak lagi dianggap kelompok marginal
yang ketinggalan dan berada pada tahap yang lama.
2.
Karya sastera Melayu akan disegani apabila
3.
Pengkaji dapat menghayati dan memahami karya sastera
walaupun dari luar lingkungan atau budaya sendiri.
4.
Menemukan unsur nilai atau unsur kesejagatan dalam sastera
yang dapat memupuk rasa kefahaman dan kehormatan dalam kalangan manusia.
5.
Membolehkan pengkaji mengatahui adanya unsur peniruan,
penciplakan dan pengaruh apabila mengkaji dua atau lebih karya.
TEKNIK
Teknik dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
• Mestamu
1.
Mestamu bermaksud mendeklamasikan puisi dan
melagukannya tanpa muzik.
2.
Hal ini bermakna terdapat dua aktiviti berjalan serentak; iaitu
mendeklamasi dan melagukan puisi tersebut, sama ada baris demi baris atau
rangkap demi rangkap.
3.
Jika teknik ini dibuat secara berpasangan, seorang pelajar akan
mendeklamasi dan seorang lagi akan melagukannya.
• Deklamasi
1.
Deklamasi bermaksud membaca puisi dengan nada, intonasi suara,
dan gaya yang sesuai.
2.
Untuk menjadikan deklamasi lebih menarik, pelajar perlu memahami
dan seterusnya menghayati puisi yang akan dideklamasikannya.
Langkah pengajaran
menggunakan teknik deklamasi
•
Video deklamasi sajak dipertonton kepada murid.
• Guru berbincang dengan
murid tentang video yang telah ditunjukkan.
• Beberapa orang murid
dipilih secara rawak untuk mendeklamasikan sajak di hadapan kelas.
• Sekiranya terdapat
kesalahan dari aspek sebutan dan intonasi, guru segera membetulkan kesilapan
tersebut dengan memberi bimbingan mendeklamasikan sajak dengan betul.
• Pemaduan seni
1.
Pemaduan seni bermaksud penggunaan beberapa unsur seni seperti,
seni lukis, seni suara, seni lakon, dan sebagainya untuk menghidupkan petikan
atau babak dalam karya sastera.
2.
Untuk tujuan pemaduan seni ini, seni-seni yang dipilih itu digunakan
secara serentak pada masa yang sama. Sebagai contoh, pengajaran aspek
perwatakan dalam sesebuah novel boleh dibuat dengan cara melakonkan aksi watak
tersebut, dan pada masa yang sama pelajar lain melukiskan gambaran watak, dan
mungkin sekumpulan pelajar lain menyanyikan fakta mengenai watak
tersebut.
• Adaptasi,
1.
Adaptasi ialah suatu teknik yang boleh digunakan dalam
pengajaran kesusasteraan Melayu.
2.
Adaptasi bermaksud mengubah atau mereka bentuk sesuatu genre
sastera kepada bentuk lain yang difikirkan lebih menarik.
3.
Untuk memudahkan pelajar memahami isi sesebuah sajak, guru boleh
mengadaptasi sajak tersebut kepada bentuk drama, cerpen atau nyanyian.
Kerusi panas
1.
Teknik kerusi panas boleh digunakan untuk pengajaran aspek watak
dan perwatakan dalam sesebuah karya sastera.
2.
Dalam teknik ini, seorang pelajar akan diminta menghayati dan
mendalami watak dalam sesebuah cerita, kemudian pelajar ini ditempatkan di
kerusi yang diletakkan di hadapan kelas.
3.
Seterusnya, pelajar-pelajar lain diminta menanyakan
soalan-soalan yang berkaitan dengan watak yang dipegang oleh pelajar di kerusi
panas dan pelajar ini akan menjawabnya berdasarkan cerita atau peristiwa dalam
karya sastera tersebut.
4. Kerusi Panas atau Hot Sitting adalah satu
teknik latihan asas penghayatan watak dan perwatakan.
5. Teknik ini sering digunakan dalam latihan asas
teater.
6. Biasanya, pelakon akan diberi satu peranan dan akan
cuba mengimaginasikan gaya atau aksi watak dalam semua aspek.
7. Kerusi panas adalah kerusi yang diletakkan di
hadapan kelas.
8. Seorang pelajar duduk di kerusi itu dan bersedia
menjawab setiap soalan yang dikemukakan.
9. Soalan-soalan yang dikemukakan berkaitan dengan
watak yang dilakonkan dalam cerita daripada teks.
LANGKAH PELAKSANAAN
i. Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan.
ii. Setiap kumpulan diberikan tugas untuk membincangkan watak
dan perwatakan yang telah ditetapkan iaitu watak dan perwatakan si Ketua Semut
untuk kumpulan 1, watak dan perwatakan Raja Sulaiman untuk kumpulan 2 dan watak
dan perwatakan Semut hitam untuk kumpulan 3.
iii. Setiap kumpulan diminta membina soalan untuk diajukan kepada
wakil kumpulan yang memegang watak yang telah ditetapkan .
iv. Setelah soalan disiapkan, seorang wakil diminta duduk di
kerusi dihadapan kelas. Manakala ahli kumpulan yang lain akan mengajukan soalan
kepadanya tentang watak dan perwatakan dan dia akan menjawabnya secara
spontan. Disamping itu, ahli kumpulanlain dibenarkan untuk menyoal.
v. Jika pemegang watak tidak dapat menjawab, rakan-rakan dalam
kumpulan tersebut boleh membantu. Ketika ini, rakan yang menonton akan
mencatat watak dan perwatakan dalam lembaran grafik.
• Boneka
- Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat, boneka ialah anak patung, anak-anakan. Patung yang dimaksudkan
ialah patung yang boleh digerakkan dengan tali atau dengan memasukkan
tangan ke dalam dan menggerakkannya.
- Menurut ensiklopedia bebas,
boneka berasal daripada perkataan Portugis iaitu boneca yang
bermaksud sejenis mainan yang berbentuk pelbagai terutamanya manusia atau
haiwan serta tokoh-tokoh fiksi.
- Boneka merupakan sebarang objek
yang digerakkan lakonan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan
yang bertujuan menyampaikan mesej.
JENIS-JENIS BONEKA
- Boneka Sarung Tangan
- Boneka lidi
- Wayang kulit
- Boneka bertali
- Boneka jari
- Boneka penuh
TUJUAN BONEKA DALAM P DAN P
- Sebagai
alat bantuan dalam proses P dan P
untuk menyampaikan cerita atau maklumat dengan lebih berkesan.
- Mendedahkan
murid untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan serta melahirkan idea
kreatif dalam penciptaan cerita, dan merangsang imaginasi.
- Mendedahkan
murid untuk bekerjasama secara berkumpulan.
Langkah Pelaksanaan
i. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
ii. Setiap murid berbincang dalam kumpulan masing-masing bagi
pembahagian watak dalam masa yang ditetapkan.
iii. Guru akan meminta murid-murid untuk menjayakan aktiviti di
hadapan kelas.
iv. Murid-murid akan diberikan latar, skrip mengikut watak
mereka.
• Teater Pembaca, Teater
Bercerita
Teater pembaca
1. Teater pembaca ialah
suatu teknik apabila pengajaran bacaan dijalankan secara bercerita sambil
melakonkan aksi-aksi yang terdapat dalam bahan bacaan itu.
2. Dalam teknik ini pelajar
kan membaca dengan intonasi dan gaya seperti watak yang terdapat bahan bacaan
tersebut.
3. Teater bercerita ialah satu bentuk drama naratif yang berbentuk cerita yang
dilakonkan secara spontan. Teater bercerita menggabungkan pelakon dan pencerita
pada masa yang sama.
4. Tegasnya, pencerita akan
bercerita, manakala pelakon akan melakonkan aksi atau perkara yang diceritakan
oleh pencerita itu.
5. Walau bagaimanapun, guru
perlu menyediakan skrip yang diolah daripada cerita atau isi bahan-bahan sastera
yang dipilih. Secara umumnya, teknik ini boleh digunakan untuk mengajarkan
genre-genre sastera yang berbentuk naratif seperti cerpen, novel dan prosa
klasik.
• Improvisasi
Improvisasi ialah
lakonan spontan yang terdiri daripada kumpulan kecil, yang skripnya diolah
daripada isi atau peristiwa yang terdapat dalam genre sastera yang diajarkan.
Dalam pengajaran cepern misalnya, para pelajar boleh diminta menyediakan skrip
secara berkumpulan bagi menceritakan peristiwa yang berlaku dalam permulaan
cerpen, konflik, dan peleraian dalam cerpen berkenaan.
NYANYIAN
- Suara merupakan satu alat muzik semula
jadi yang berkesan dan dimiliki oleh semua orang.
- Kanak-kanak menggunakan suara sebagai
alat untuk melahirkan perasaan gembira, sayang, sedih, takut dan seronok.
- Cara yang baik bagi kanak-kanak untuk
menimba pengalaman muzikal.
- Nyanyian merupakan aktiviti yang penting
dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dan asas yang terbaik dalam
perkembangan dan kemahiran muzik.
- Nyanyian lagu kanak-kanak boleh dibahagikan
kepada beberapa tema contohnya tema
haiwan, tumbuhan, konsep masa, nombor dan sebagainya
- Mempelajari nilai kerjasama dalam
kumpulan, sikap positif dan semangat ingin mencuba
- Murid dapat mengamalkan nilai-nilai murni
melalui lagu yang dinyanyikan
- Keyakinan diri kanak-kanak bertambah
LAKONAN
•
Definisi Teknik Lakonan
•
Lakonan ialah meniru watak-watak tertentu sebagai mencerminkan keadaan sebenar atau meniru
cara dan bentuk kegiatan-kegiatan yang berlaku dalam hidup masyarakat.
Kelebihan Lakonan
Individu
•
Melatih murid menggunakan unsur bahasa
seperti jeda, intonasi dan nada.
•
Melatih murid menggunakan mimik muka,
gerakan tangan, kepala dan sebagainya.
•
Menimbulkan keseronokan dan
keberkesanan pembelajaran.
•
Mendidik sifat berani untuk ke hadapan
dan melontarkan suara.
Sosial
•
Mengalakkan interaksi antara murid.
•
Melahirkan kerjasama dalam kumpulan
Langkah Pengajaran
•
Murid diberikan teks yang mengandungi
skrip lakonan.
•
Murid diminta membaca secara mentalis
terlebih dahulu.
•
Guru menunjukkan cara bacaan skrip
dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.
•
Murid dibahagikan kepada beberapa
kumpulan dan diminta berbincang.
•
Murid diminta mempersembahkan lakonan.
DEKON
(deklamasi dan lakonan)
Definisi
Dekon
•
Dekon ialah sajak yang dideklamasikan
oleh penyajak dengan disertai beberapa orang murid yang akan melakonkan aksi
yang sesuai dengan maksud sajak tanpa suara.
•
Singkatan dari deklamasi dan lakonan
•
Menekankan pergerakan sewaktu
mendeklamasikan sajak.
KELEBIHAN Dekon
Individu
•
Melatih murid untuk menggunakan mimik
muka, pergerakan badan.
•
Melatih murid untuk mendeklamasikan
sajak.
•
Lebih mudah untuk murid mengingati
sajak.
•
Melahirkan kreativiti murid dalam
pergerakan lakonan.
•
Meningkatkan kemahiran mendengar.
•
Memberi kefahaman dan gambaran yang
lebih tentang maksud sajak.
Sosial
•
Menggalakan kerjasama antara penyajak
dan pelakon.
•
Meningkatkan teknik komunikasi antara
satu sama lain.
Langkah Pengajaran
•
Murid diedarkan teks sajak.
•
Murid diminta membaca sajak secara
senyap.
•
Guru menunjukkan cara bacaan sajak dan
murid diminta mengikut bacaan guru.
•
Guru menerangkan mengenai teknik
dekon.
•
Murid membaca sajak dan guru
melakonkannya sebagai tunjuk cara.
SASTERA KANAK-KANAK
DEFINISI
dihasilkan
dalam bentuk buku yang boleh dibaca oleh kanak-kanak dan mampu menimbulkan
keseronokan
· dalam
bentuk tulisan dan ilustrasi.
MANFAAT
· berupaya
mlengkapkan pkembangan seseorang kanak-kanak.
· mampu
memberikan keseronokan
· dapat
merangsang imaginasi
· dapat
membantu mengenal dan memahami diri sendiri
· dapat
memahami bhs secara semula jadi
· dapat
membantu mendapatkan maklumat
· dapat
memupuk nilai-nilai murni
ASPEK
PENTING PENULISAN KANAK-KANAK
· Sesuai
dgn usia, tahap berfikir dan pencapaian bhs kanak2
· Bentuk,
isi & tujuannya perlulah segera dpt menarik minat mbaca kanak2
· Berdasarkan
tujuan pendidikan tertentu.
cth
:banyak menyelitkan unsur yg berkait rapat dgn PnP formal.
· tema,
pemikiran dan persoalan harus sesuai utk mencapai matlamat pendidikan
prasekolah.
cth
:bersifat didaktik dan menghiburkan, bknnya membawa pemikiran berat ttg
kehidupan
· Kesulitan
yg bakal dihadapi oleh kanak2 perlu diambil kira sms pengarang mencipta
cerpen.
· Penggunaan
bhs dalam cerpen kanak2 haruslah sesuai dgn thp pencapaian mrka.
cth :Bhs
yg digunakan haruslah terjamin kesopanan & mutunya. Mudah difahami oleh
kanak2, ada tanda bacaan yg betul &teratur, ayat yg pendek &
perkataan yg tegas.
· Perlu
memaparkan gambar dan ilustrasi berdasarkan fungsi yang sebenar.
cth :
bahan bacaan yang banyak gambar dan berwarna-warni ilustrasinya. Buku bergambar
ada nilai sastera & ilustrasi yang memancarkan mutu seninya
KEBAIKAN
SASTERA KANAK2
· Bantu
pkbgn bhs & komunikasi kanak2
· Didedahkn
dgn fungsi literasi yg bermakna & menarik
· Tgkatkn
perbendaharaan kata
· Dpt
buat penilaian ttg perasaan org lain
· Tingkat
sifat kerohanian
· Tingkat
kmhrn bsosial (peniruan)
· Tahu
perbezaan individu
· Tahu
cara atasi mslh emosi
· Ilutrasi
– tgkat pkbgn emosi
· Tgkat
kreativiti & imaginasi
CARA
GABUNGJALIN SASTERA DLM PNP
· Guna
bhn bacaan asas – bacaan bersiri yg diperingkatkn drpd mudah ke susah. (bntu
guru kawal prgram bacaan scr sistematik)
· Guna
buku bg tema tertentu
· Sedia
sudut literasi
· Sedia
koleksi buku kanak2
FUNGSI
SASTERA KANAK2 & REMAJA
1. utk membiasakan
mrk dgn bhs sastera.
2. utk
mpertingkatkn thp keintelektualan, daya imaginasi & kreativiti kanak2 dan
remaja
3. Sbg
medium hiburan
4. utk
menyampaikan pengajaran & didikan moral kpd msyrkt tradisi.
5. utk
menerapkan nilai murni kpd pembaca
6. sbg keperluan
material / kebendaan. Kperluan material ini mggambarkan keadaan kehidupan
fizikal yg serba lengkap.
SASTERA REMAJA
1.
bahan bacaan sastera kreatif
yang tercetus daripada pengamatan, pengalaman dan kreativiti pengarang yang
relevan dgn pertumbuhan dan perkembangan psikologi remaja yang berusia sekitar
12-20 tahun
CIRI-CIRI SASTERA REMAJA
1. Relevan dgn pertumbuhan &
pkmbangan psikologi & psikososial remaja
2. Tgkatkan pgalaman &
pgetahuan remaja.
3. Mengajak remaja berfikir scr
rasional & kritis
4. Rangsang minat & berupaya
mghidupkan daya imaginasi & daya cipta.
5. Dpt tampilkan watak2 teladan
yg boleh mpkayakan kesedaran org ramai thadap lingkungan kehidupan, kesihatan
& mbina wawasan terhadap ramaja.
6. Ada nilai murni yg dpt
menyumbang kpd pglahiran insan yg seimbang dr rohani, jasmani & intelek.
7. Meneroka kpd isu multicultural
ttp x mjdi streotaip yg teroka dunia remaja yg ada budaya yg
berlainan ttp dpt diaplikasi ke dalam budaya lokal & mbangunkan dalam
konteks kehidupan msyrakt Melayu.
Unsur2 yg lbh mcabar, ada kelompok yg
ttindas, bincang ttg suara bisu yg patut diperdengarkan, ada perspektif yg
tepat & x bias.
Guna bhs yg sederhana & mudah difahamu
tp arasnya lbh tinggi drpd sastera kanak-kanak.
Diselitkan dgn adegan romantis dan cinta.
Konsep realiti kehidupan spt ada bidang
politik, falsafah, pembangunan diri remaja.
Konsep Puisi
1.
Puisi sering dianggap objek yang kabur dan menakutkan. Banyak orang yang
cuba menjelajahinya tersesat dalam rimba puisi yang gelap dan misteri itu.
2.
Seserang pujangga yang mencipta puisi mengikut T.S. Eliot (1993) ialah “arkitek
yang membina keindahan pengalaman dengan kecantikan bahasa secara bijaksana”.
3.
Za’ba (1962:218)
yang mendefinisikan puisi sebagai
karangan berangkap, dilihat memberikan tafsiran yang agak umum dan kabur
walaupun terdapat penegasan tentang konsep kecantikan puisi tersebut.
Katanya:
“Karangan berangkap itu khas dipakai untuk melafazkan fikiran.”
4.
Struktur karangan berangkap yang dimaksudkan Za’ba merangkumi aspek
susunan kata, rentak bunyi dan isi.
5.
Dalam perbahasan pengarang-pengarag cara baharu sekarang, karangan demikian
disebut “puisi” (berlawanan dengan “prosa” iaitu karangan lurus sahaja).
6. Sebait puisi juga merupakan alunan rasa dalam kilasan imaginasi si
penyajak seperti yang dikonsepkan oleh William Worsdworth (1988:4) iaitu “suatu
pengucapan tentang perasaan ghairah yang imaginatif, biasanya berentak dan
berlaku secara spontan dalam suasana tenang”.
7.
Sungguhpun demikian, tidak dapat dinafikan bahawa puisi ialah ciptaan
yang indah daripada aspek bentuk dan isi sehingga mendorong Samuel Taylor
Coleridge (1988:4) menganggap puisi sebagai “the best words in their best order”.
CIRI-CIRI PUISI
Pada
umumnya, puisi mempunyai ciri berikut:
1.
Memperlihatkan penggunaan bahasa yang lebih baik, ekspresif, kental,
mengandungi nilai keindahan serta menimbulkan rangsangan dan kesan kepada
pengalaman dan perasaan.
2.
Mempunyai bentuk tertentu,
berkerat-kerat atau berurutan dalam baris yang sejajar, sama ada berbentuk
konvensional, berpola (bagi puisi tradisional) atau berbentuk bebas (bagi
sajak).
3.
Ungkapan kata dan bahasa
dipengaruhi unsur muzik, lagu, intonasi, kadensa, rentak, irama dan keharmonian bunyi.
4.
Baris, rima dan irama disusun membentuk pola atau ikatan tertentu
(bagi puisi tradisional) atau tanpa ikatan pola tertentu (bagi sajak) yang
dipengaruhi jumlah baris, jumlah perkataan, perseimbangan bunyi dan panjang-pendek perkataan.
5.
Bagi puisi tradisional, wujud
pembahagian unit dalam penyataan idea, misalnya dua baris serangkap atau beberapa
baris seuntai.
6.
Digunakan dalam kehidupan masyarakat seharian untuk hiburan, keramaian,
ritual, keagamaan, pengajaraan dan sebagainya. Puisi berfungsi juga sebagai
pancaran pemikiran masyarakat zamannya.
7.
Ada puisi tradisional yang dianggap suci dan berhubung rapat dengan
system kepercayaan dan menjadi taboo bagi masyarakat tertentu, misalnya
ungkapan Adat Pepatih.
8.
Bahasa yang padat, kental
mengandungi unsur perlambangan, imajan, kiasan dan perbandingan sama ada bersifat tradisional atau
moden untuk menyatakan sesuatu dan melahirkan perasaan.
JENIS PUISI
1.
Puisi, sebagai satu genre kesusasteraan, terbahagi kepada dua jenis
utama iaitu puisi tradisional dan puisi moden iaitu sajak.
2.
Dalam teks Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (Komsas), puisi
tradisional mempunyai beberapa sub-jenis lagi. Sub-sub puisi tradisional adalah
seperti yang berikut:
-
Pantun
-
Syair
-
Gurindam
-
Seloka
Mengenal Aspek Dasar Puisi
(i)
Medan Makna
Medan
makna merujuk kepada perkara-perkara yang membantu menjelaskan gambaran idea
penyair atau isi sesebuah puisi.
(ii)
Medan Kata
Medan
kata merujuk kepada unsur-unsur serta gaya pemakaian bahasa sesebuah puisi
(iii)
Medan Rasa
Aspek-aspek yang berkaitan dengan teknik penciptaan puisi yang
mempengaruhi pengucapan dan perasaan penyair atau pembaca.
SELOKA
1.
Istilah ‘seloka’ berasal daripada perkataan Sanskrit shloka
bermaksud berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka dipercayai
mula dikenali di alam Melayu semasa perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara.
2.
Dipercayai bahawa teks Mahabharata (100,000 rangkap) dan Ramayana
(24,000 rangkap) merupakan naskhah terawal yang tertulis dalam bentuk seloka
(Harun Mat Piah, 1989, hlm. 334).
CIRI
DAN BENTUK
Seloka mempunyai beberapa ciri seperti berikut :
i)
Karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi rima hujung yang
bebas.
ii)
Terbahagi kepada unit pembayang (induk kalimat) dan unit maksud (anak
kalimat)
iii)
Perkataan sindiran atau ejekan disampaikan dalam bentuk berangkap.
iv)
Mengandungi unsur jenaka atau gurau senda
Digunakan
untuk menyindir sambil mengajar.
SYAIR
1.
Istilah syair berasal
daripada perkataan Arab shi’r (puisi / sajak) dan sha’ir (penulis puisi /
penyajak). Syair mula diperkenalkan oleh Hamzah Fansuri dan berkembang selepas
kematiannya pada 1630.
2.
Dipercayai bentuk
prototaip syair tertulis pada 1380 di batu nesan Minye Tujuh, Acheh.
CIRI SYAIR
1.
Empat baris serangkap.
2.
Jumlah perkataan ialah 3
– 4 perkataan sebaris dengan bilangan suku
kata antara 8 – 12.
3.
Skima rima hujung ialah a,a,a,a dan rima tengah
tidak dipentingkan.
4.
Wujud hentian sebentar
(pause) di pertengahan baris dan jeda (caesura) di hujung baris – pertukaran
lengguk suara dan melodi.
5.
Keseluruhan baris ialah
satu kesatuan idea.
6.
Syair tidak boleh berdiri
sendiri sebagai satu rangkap. Sebaliknya, keseluruhan rangkap ialah satu
kesatuan idea.
7.
Isinya bercorak cerita
atau huraian panjang tentang sesuatu subjek. Bahasanya puitis.
8.
Sesebuah syair ialah satu
cerita yang lengkap (mengandungi watak, urutan peristiwa, plot seperti cereka).
Cara Mendendangkan Syair
Lagu Selendang Delima :Lagu syair ini digunakan secara meluas oleh pelajar dan guru di sekolah
serta masyarakat umum untuk mendendangkan syair.
Lagu Siti Zubaidah :Lagu ini popular di Pahang dan Terengganu.
Lagu Rakis : (teks Syair Rakis –
karangan Almarhum Pangeran Shahbandar Pangeran Mohamad Salleh).Popular di
Brunei dan Sarawak.
Lagu Narasi :Popular di Johor, Melaka
dan Negeri Sembilan
GURINDAM
1.
Gurindam sebagai
satu bentuk puisi Melayu tradisional seperti mana dikenali sekarang
diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui “Gurindam Dua Belas” yang dikarang pada tahun 1846.
2.
Bentuk gurindam
adalah terikat, yakni terdiri daripada dua baris serangkap mengandungi tiga
hingga enam patah perkataan dengan skima rima a;a. Seuntai gurindam memerlukan
beberapa rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea.
3.
Bahasanya bernas
dan serius. Isinya mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran serta pernyataan perasaan cinta.
CIRI-CIRI GURINDAM
1.
Dua baris serangkap
2.
Empat hingga enam patah perkataan / 8 – 12 suku kata sebaris.
Contoh :
Apabila
terpelihara mata,Sedikit cita-cita.
Bersungguh-sungguh
engkau memelihara tangan,Daripada segala berat dan ringan. (Kerusi, hlm. 8)
3.
Jumlah rangkap dalam seuntai gurindam tidak ditentukan.
4.
Skima rima hujung bercorak serima iaitu a;a.
5.
Ada kalanya wujud unsur asonansi dan aliterasi pada
perkataan dalam baris.
6.
Rangkapnya terbahagi kepada unit syarat atau induk
kalimat (baris pertama ) dan jawab atau
anak kalimat (baris kedua)
7.
Umumnya mengandungi pernyataan yang serius terutama untuk
memberi pengajaran atau menyatakan perasaan cinta.
TRADISI LISAN:
·
Prosa – lipur lara, mitos, lagenda, cerita rakyat
·
Puisi – pantun, syair,
gurindam, seloka
·
Lagu Rakyat (LR) merupakan satu daripada
genre puisi klasik yang merdu apabila dipersembahkan secara berlagu.
·
LR terhasil daripada gabungan
gubahan seni kata dan melodi dengan /
tanpa iringan muzik.
·
LR mencerminkan pemikiran, sikap, nilai dan kelakuan rakyat dalam
sesuatu masyarakat.
Jenis Lagu Rakyat:
·
2 Jenis / golongan
·
Lagu Rakyat Tanpa
Mementingkan Lirik Proto folksongs (worldless folksongs): muzik lebih
dipentingkan daripada lirik lagu. Mengiringi muzik tarian.
·
Lagu Rakyat Mementingkan
Lirik (Near folksongs) : lirik lebih dipentingkan daripada muzik. Alat bunyi-bunyian yang
digunakan lebih mudah / ringkas seperti rebana, serunai, gendang, biola
atau gamelan.
Ciri-Ciri Lagu Rakyat:
1. Lahir secara
spontan, tidak bertulis dan pelbagai bentuk seperti pantun, syair, pepatah
petitih, bidalan dan sebagainya.
2. Lirik lagu
mengandungi nilai dan falsafah yang dipersembahkan dalam pelbagai bentuk persembahan
seperti mak yong, dikir barat, dondang sayang dan lain-lain.
3. Bahasa yang
digunakan dalam lagu rakyat mengikut dialek tempat asal.
4. Gaya
persembahan memaparkan bentuk tradisi walaupun ada yang mengalami perubahan.
5. Peralatan muzik
untuk persembahan Lagu Rakyat pada asasnya menggunakan alatan yang ringkas dan
mudah seperti gendang, gong, rebana dan kompang sahaja.
6. Fungsi Lagu
Rakyat:
7. Dalam tradisi
kolektif masyarakat lisan, lagu rakyat
berperanan:
8. -
sebagai alat hiburan (escapisme) diri dari kemelut hidup dan persekitaran
9. yang merungsingkan, untuk kedamaian
jiwa.
10. - meningkatkan semangat bekerja dalam suasana
yang lebih ceria dan bertanggungjawab.
11.
- menceritakan salasilah
keluarga atau keturunan (masyarakat Jawa).
12. -
wahana protes sosial dan protes ketidakadilan dalam masyarakat.
13. - alat
untuk pendidikan dan pengajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung -
pendidikan moral / akhlak dan tauhid / iman.
Post a Comment