3.2 Bahan Bantu Mengajar Multi Media Interaktif
Menurut Dr. Khairuddin
Mohamad (2011) bahan pengajaran ialah satu instrumen yang digunakan sebagai
sumber untuk memantapkan teknik pengajaran guru dan pembelajaran murid. Membangunkan
bahan pengajaran multimedia memerlukan kepada penekanan terhadap beberapa
aspek. Antara aspek yang amat dipertekankan ialah apakah panduan yang perlu
digunakan atau diikuti bagi memastikan segala proses mereka bentuk dan
pembangunan berjalan dan menepati apa yang dikehendaki (Jamaluddin Harun &
Zaidatun Tasir, 2007).
Media
merujuk kepada alat perantara komunikasi yang menghubungkan sesuatu sumber
kepada sasarannya. Media juga dapat membantu manusia untuk menerima, menafsir
atau dan menikmati kejadian di dalam persekitaran dengan lebih jelas. Multimedia
pula adalah integrasi, gabungan dan persembahan secara teratur yang diasaskan
pada platform sistem komputer peribadi. Sistem komputer peribadi inilah yang
mengawal pelbagai jenis data media. Data media ini adalah merupakan
elemen-elemen teks, grafik, audio, imej kaku, video dan animasidi dalam satu
atau lebih kombinasi. Menurut Ismail (2002),
multimedia merupakan pemudahcara bagi proses pengajaran dan pembelajaran.
·
Interaktif merupakan
aplikasi yang membenarkan pengguna untuk berinteraksi dengan media yang
disampaikan secara aktif. Menurut Saridah binti Hussein (2006), Multimedia interaktif mewujudkan
situasi pembelajaran berkesan dan menyeronokkan kerana pelajar akan mengingati
20% daripada apa yang dilihat, 30% daripada apa yang dilihat dan didengar dan
60% - 70% adalah daripada apa yang mereka interaksi.
Rozinah (2002)
menyatakan bahawa perisian multimedia memberi motivasi kepada pelajar dengan
menjadikan pembelajaran lebih menarik apabila pelajar memahami apa yang
dipelajari dalam konteks yang sebenar. Perisian multimedia yang berkualiti akan
mempengaruhi penggunaannya di dalam kelas. Yusup (2007) berpendapat satu
perisian yang baik mestilah bersesuaian dengan objektif pengajaran dan
pembelajaran.
|
3.3 Pengalaman Menyediakan Bahan Bantu Mengajar Multi Media Interaktif
Sebagai seorang guru sememangnya tidak lari daripada melaksanakan proses
pengajaran dan pembelaran (p&p) samada di dalam atau di luar bilik darjah.
Proses pengajaran berkesan terhasil daripada adanya sokongan alatan atau
bahan-bahan pengajaran yang digunakan oleh guru. Oleh sebab itulah guru-guru
perlu melengkapkan diri dalam menghasilkan segala bahan-bahan sokongan bagi
memastikan matlamat dan objektif pengajaran dapat dicapai.
Sebagai
seorang guru, saya juga tidak mahu ketinggalan dalam menghasilkan bahan
pengajaran multimedia secara interaktif. Walaupun saya lahir daripada kalangan
guru yang tidak dilengkapi dengan kemudaham ICT, namun sebagai seorang guru
saya berpendapat kita perlu mengikuti perkembangan teknologi pendidikan semasa.
Kalau di peringkat guru tidak menguasai bidang ini, maka tidak hairanlah jika
ada murid yang buta IT. Melalui ruangan ini saya kongsikan pengalaman dalam
menghasilkan bahan-bahan pengajaran berbentuk ICT termasuklah bahan multi media
intreraktif.
Bahan
multimedia interaktif yang pernah saya hasilakan ialah pakej pembelajaran mata
pelajaran Bahasa Melayu. Antaranya termasuklah Pakej Pembelajaran Kata
Bilangan, Pakej Pembelajaran Kata Adjektif, Perayaan Di Malaysia dan banyak
lagi. Semua pakej pembelajaran tersebut saya hasilkan menggunakan perisian MS
Power Point. Saya dapati bahan-bahan pengajaran secara interaktif yang saya
gunakan itu dapat menarik minat murid-murid saya untuk mengikuti pelajaran. Bahan-bahan
tersebut juga saya kongsikan dengan rakan-rakan guru di sekolah saya melalui
aktiviti Panitia dan Kelab Bahasa Melayu.
1
|
Saya
juga tidak ketinggalan dalam menyokong usaha pihak Kementerian Pendidikan untuk
menjadikan ICT sebahagian daripada kandungan pembelajaran murid. Sebagai
contohnya, kemudahan yang disediakan oleh syarikat multimedia 1bestarinet telah
saya gunakan dengan memuatkan bahan-bahan pengajaran saya melalui laman frog
vle. Saya juga menamakan laman saya 'Laman Cikgu Bahri' pada laman frog vle
tersebut dan boleh diakses melalui url https://jba1064.1bestarinet.net/app/os.
Bahan-bahan tersebut saya kongsikan kepada semua murid dan guru-guru di seluruh
negara ini yang terlibat secara langsung dengan penggunaan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran.
Melalui
program e-pembelajaran eksklusif seperti Zoom-A yang dilanggan oleh pihak
sekolah dan murid-murid juga telah saya gunakan sebagai salah satu bahan
pengajaran secara interaktif. Zoom-A yang menjadi ruang simpanan bagi
soalan-soalan mengikut aras kesukaran dan topikal boleh diakses oleh murid di mana-mana sahaja dalam melaksanakan
latihan menjawab soalan-soalan bagi semua subjek. Saya dan ibu bapa murid juga
dapat memantau perkembangan mereka. Tidak secara langsung saya dapat membuat
perkongsian pendapat dengan ibu bapa murid berkaitan prestasi pelajaran mereka.
Dalam
menyediakan semua bahan pembelajaran secara interaktif tersebut, saya telah
mempelajarinya daripada kursus-kursus dan bengkel-bengkel Teknologi Maklumat
dan Komunikasi dalam ICT anjuran pihak sekolah, pejabat pelajaran daerah,
jabatan pelajaran atau pihak kementerian pendidikan. Selain itu pembelajaran
secara kendiri dengan merujuk buku-buku di pasaran dan laman-laman sesawang
banyak membantu saya dalam menghasilkan bahan-bahan pengajaran terebut.
Beberapa
aspek perlu saya ambil kira dalam
membina bahan pengajaran itu. Antaranya saya perlu memastikan bahan tersebut
bersesuaian dengan isi pelajaran yang saya akan sampaikan kepada murid-murid.
Bahan-bahan multimedia interaktif yang saya gunakan pastinya dapat membantu
saya dalam mencapai objektif pengajaran saya. Selain itu saya perlu memastikah
bahan tersebut dapat menarik minat murid untuk belajar. Kesannya murid akan
mudah menguasai satu-satu topik yang saya ajarkan kepada mereka. Bahan
multimedia interaktif yang digunakan juga seharusnya bersesuaian dengan tahap
pencapaian murid. Untuk itu, saya sering menentukan sasaran murid terlebih
dahulu sebelum menghasilkan bahan pengajaran saya. Hal ini membolehkan saya
membina bahan mengikut kemampuan dan keupayaan murid.
Kesimpulannya,
bahan multimedia interaktif yang saya bina dan guna telah membuktikan bahawa
saya adalah seorang guru yang inovatif. Seseorang guru yang berinovatif perlu
sentiasa mempelbagaikan bahan-bahan pengajaran demi menimbulkan suasana
pengajaran yang menyeronokkan. Perkongsian ilmu yang saya lakukan dengan
pelbagai pihak juga menunjukkan saya mempunyai ciri-ciri seorang guru yang
inovatif. Guru yang berinovatif adalah guru yang sentiasa menjadi pemudah cara
dan sentiasa menjalinkan kerjasama dengan rakan sekerja dan sesiapa sahaja
dalam mengembangkan ilmu yang mereka ada.
3.4 Pengalaman Dalam
Melaksanakan Strategi Pengajaran Yang Inovatif
Seseorang guru hendaklah mempelbagaikan strategi
dan kaedah pengajaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran ( P&P).
Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru
menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran
yang akan dicapai oleh murid (Mohamad Johdi, 2007).
Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, saya juga telah menggunakan pelbagai kaedah
supaya objektif pengajaran saya tercapai. Saya sering menjalankan kaedah koperatif
dan kolaboratif dalam pengajaran saya. Saya aplikasikan kaedah pengajaran
tersebut melalui aktiviti-aktiviti kumpulan di mana murid-murid saya dapat
berkomunikasi dan berkolaborasi antara satu sama lain. Murid-murid akan saya
pecahkan kepada beberapa kumpulan setiap kali saya menjalankan aktiviti
pengajaran bagi memberi peluang kepada mereka untuk menjalinkan semangat
kerjasama di samping menanamkan sifat persefahaman dan perpaduan antara satu
sama lain.
Saya
juga menjalankan pengajaran sama ada berpusatkan kepada murid, guru, bahan atau
tugasan. Kaedah pengajaran yang berpusatkan guru di mana guru sebagai ketua jika
sering dijalankan mungkin akan menjadikan murid bosan kerana mereka tiada
peluang untuk memberikan pendapat atau kurang mencabar mereka. Walaubagaimanapun,
ada kalanya guru perlu berfungsi sebagai ketua khususnya dalam menerangkan
satu-satu konsep itu. Kaedah pengajaran berpusatkan murid pula dapat memberikan
peluang murid membuat keputusan dan melatih mereka dalam membuat keputusan.
Bagi kaedah berpusatkan bahan dan tugasan boleh memberikan peluang murid lebih
kreatif selain menimbulkan keseronokan. Untuk itu, saya mempelbagaikan
kaedah-kaedah itu atau tidak terhad kepada satu kaedah sahaja mengikut
kesesuaian aktiviti pembelajaran yang saya akan jalankan.
Program
ithink yang dijadikan salah satu kaedah pengajaran alaf 21 di mana ianya menitikberatkan
pembinaan peta pemikiran atau peta minda juga saya aplikasikan dalam pengajaran
saya. Lapan peta pemikiran yang diperkenalkan kepada murid saya gunakan dalam
aktiviti pengajaran saya. Murid-murid bukan sahaja didedahkan untuk memahami
peta pemikiran tersebut malah mereka dapat membina dan mengaplikasikannya dalam
menghuraikan isi kandungan sesuatu topik yang disampaikan itu. Hal ini
memudahkan saya dalam menyampaikan satu-satu isi pelajaran itu kepada murid di
samping menjimatkan masa. Saya lihat murid-murid saya telah mula
mengaplikasikan kemahiran dalam membina peta pemikiran ini bukan sahaja dalam
mata pelajaran yang saya ajar malah dalam mata pelajaran yang lain juga.Ini
menunjukkan saya telah berjaya membentuk murid supaya berfikiran kreatif dan
berfikiran kritis.
Kaedah
ganjaran merupakan kaedah yang sering saya gunakan. Murid-murid akan menjadi
lebih aktif sekiranya diberikan ganjaran setelah mereka menunjukkan
perkembangan atau perubahan tingkah laku yang positif. Saya melihat perkara ini
sebagai satu yang amat perlu diberikan perhatian. Untuk itu saya akan
memberikan ganjaran berbentuk kata-kata semangat atau bentuk barangan seperti
gula-gula,coklat atau apa-apa sahaja barang yang saya mampu dan diminati oleh
murid. Kata-kata manis seperti 'pandai', 'bagus' dan sebagainya juga sudah memadai
untuk membuatkan mereka rasa dihargai.
Kesannya dapat dilihat apabila mereka sering tertunggu-tunggu kehadiran
saya untuk masuk ke bilik darjah dan tertanya-tanya apabila saya tidak hadir ke
sekolah.
Kaedah pengajaran yang berteraskan penggunaan kemudahan
ICT juga dilihat dapat memberikan kesan yang baik kepada proses pengajaran dan
pembelajaran murid. Untuk itu saya sering menggunakan kaedah pembelajaran ini
di mana murid diberikan peluang belajar secara hands on. Mereka juga saya berikan peluang untuk menggunakan
aplikasi media yang diperolehi melalui capaian internet sama ada di sekolah
atau di rumah mereka. Tidak secara langsung saya dapat membuatkan proses
pembelajaran itu satu yang ada kesinambungannya iaitu pembelajaran di sekolah
dan pembelajaran di rumah.
Berpandukan kaedah-kaedah pembelajaran yang saya amalkan
itu telah menunjukkan saya seorang guru yang inovatif. Kesimpulannya, seseorang
guru itu dapat menilai dirinya sendiri samada mereka itu guru yang inovatif
atau sebaliknya setelah mengetahui apakah ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh
seseorang guru inovatif.
Tahniah Cikgu Bahri, banyak ilmu bermanfaat dlm blog cikgu ini berdasarkan senarai di belah kanan, mohon izin membaca, terima kasih.