1.0
Analisis Item Ujian
Proses
analisis item bagi soalan objektif dilaksanakan dengan menganalisis indeks
kesukaran dan indeks diskriminasi bagi setiap item yang dibina oleh Panitia Matematik
SK Taman Damai Jaya. Analisis item akan dibuat melibatkan 40 item objektif.
Analisis ini juga melibatkan kumpulan tinggi dan kumpulan rendah. Oleh itu
daripada 37 orang murid, kami memilih 12
orang murid sebagai kumpulan tinggi dan 12 orang murid sebagai kumpulan rendah.
Dalam bahagian yang akan datang, kami akan mengirakan indeks kesukaran dan
indeks diskriminasi untuk setiap item ujian dan rumuskan tahap kesukaran soalan
atau item tersebut.
Dalam
proses pengiraan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi, kumpulan kami telah
membina satu program dengan menggunakan Perisian Hamparan Elektronik (MS
EXCEL). Dengan program yang dibina, kami dapat memudahkan proses pengiraan
indeks kesukaran dan indeks diskriminasi tanpa penggunaan kalkulator. Oleh yang
demikian, kumpulan kami tidak mengalami masalah untuk mengira indeks kesukaran
dan indeks diskriminasi untuk 40 item soalan.
2.0
Indeks Kesukaran (I.K)
Indeks
kesukaran (IK) menunjukkan aras kesukaran sesuatu item, iaitu sama ada sesuatu
item itu mudah dijawab atau sukar dijawab.
Pengukuran IK adalah bertujuan untuk mengenal pasti konsep yang perlu
diajar semula, iaitu apabila guru mendapati item yang dibina tidak dapat
dijawab oleh sebahagian besar pelajar.
Selain itu, IK juga mampu mengenal pasti dan melaporkan kekuatan dan
kelemahan bahagian-bahagian kurikulum, iaitu sama ada murid dapat menguasai
sesuatu sukatan itu. IK turut memberi
maklum balas kepada murid tentang kekuatan dan kelemahan mereka bagi setiap
tajuk pengajaran yang diuji.
Bagi soalan berbentuk objektif, IK ini dikira dengan
menggunakan nisbah murid yang menjawab dengan betul daripada jumlah keseluruhan
pelajar. Nilai IK adalah berada dalam julat 0.0 hingga 1.0. Semakin tinggi
bilangan murid menjawab sesuatu item itu dengan betul, maka semakin mudah item
tersebut (Wood, 1960). Nilai dalam julat
ini menunjukkan tahap kesukaran item yang semakin berkurang dari nilai 0.0
hingga 1.0. Julat kesukaran item yang
ideal adalah item yang nilai IK berada dalam lingkungan 0.3 hingga 0.8. Jika nilai IK ialah kurang dari 0.3, maka ini
bermakna item itu merupakan item yang sangar sukar. Julat IK yang lebih dari 0.8 sehingga 1.00
pula merupakan item yang mudah dan item ini perlu diubah agar tahap
kesukarannya dapat ditingkatkan. Julat IK dan tahap kesukaran item dapat
ditunjukkan dengan lebih jelas dalam Rajah 5.0(a) dan Rajah 5.0(b) Nitko (2004)
berpendapat bahawa IK bagi item-item ujian yang mengukur satu jenis keupayaan.
Misalnya item dalam julat IK nya dalam lingkungan 0.3 hingga 0.8 merupakan item
sederhana dan item ini mengukur mengikut dua jenis keupayaan misalnya keupayaan
membaca dan menulis.
Indeks Kesukaran
|
Pentafsiran
|
Keputusan
|
IK < 0.3
|
Terlalu sukar
|
Ubahsuai
|
0.3 ≤ IK≤ 0.08
|
Sederhana
|
Terima
|
IK > 0.8
|
Terlalu mudah
|
Ubahsuai
|
Jadual
5.0
2.1
Analisis Indeks Kesukaran
Jumlah calon cuba
Jadual
2.1.1 : Analisis IK Item 1
Item
Ujian 1
|
Pilihan
|
|||
A
|
B
|
C*
|
D
|
|
12
pelajar kumpulan Tinggi
|
1
|
0
|
11
|
0
|
12
pelajar kumpulan Rendah
|
4
|
2
|
6
|
0
|
T + R
|
24
|
|||
Indeks
Kesukaran (IK)
|
0.71
|
*
Kunci
ialah: C
Jadual 2.1.1 merupakan ringkasan bagi
hasil analisis indeks kesukaran item objektif 1. Analisis yang dapat dibuat
berdasarkan jadual tersebut didapati bahawa item 1 dalam kategori sederhana
iaitu dalam lingkungan indeks 0.3 ≤ IK ≤ 0.8.
Maka tindakannya, item ini diterima dan dikekalkan dalam bank soalan.
Jadual 2.1.2 : Analisis
Keseluruhan Indeks Kesukaran Item Objektif
Item
|
Bil
Murid yang Betul
|
Indeks
Kesukaran
|
Tafsiran
|
Keputusan
|
1
|
26
|
0.70
|
Sederhana
|
Terima
|
2
|
23
|
0.62
|
Sederhana
|
Terima
|
3
|
26
|
0.70
|
Sederhana
|
Terima
|
4
|
35
|
0.95
|
Terlalu mudah
|
Ubahsuai
|
5
|
33
|
0.89
|
Terlalu mudah
|
Ubahsuai
|
6
|
8
|
0.22
|
Terlalu sukar
|
Ubahsuai
|
7
|
16
|
0.43
|
Sederhana
|
Terima
|
8
|
12
|
0.35
|
Sederhana
|
Terima
|
9
|
8
|
0.22
|
Terlalu sukar
|
Ubahsuai
|
10
|
11
|
0.30
|
Terlalu sukar
|
Ubahsuai
|
11
|
16
|
0.43
|
Sederhana
|
Terima
|
12
|
20
|
0.54
|
Sederhana
|
Terima
|
13
|
26
|
0.70
|
Sederhana
|
Terima
|
14
|
12
|
0.35
|
Sederhana
|
Terima
|
15
|
21
|
0.57
|
Sederhana
|
Terima
|
16
|
23
|
0.62
|
Sederhana
|
Terima
|
17
|
35
|
0.95
|
Terlalu mudah
|
Ubahsuai
|
18
|
24
|
0.65
|
Sederhana
|
Terima
|
19
|
28
|
0.76
|
Sederhana
|
Terima
|
20
|
26
|
0.70
|
Sederhana
|
Terima
|
21
|
21
|
0.57
|
Sederhana
|
Terima
|
22
|
16
|
0.43
|
Sederhana
|
Terima
|
23
|
26
|
0.70
|
Sederhana
|
Terima
|
24
|
17
|
0.46
|
Sederhana
|
Terima
|
25
|
12
|
0.35
|
Sederhana
|
Terima
|
26
|
6
|
0.16
|
Terlalu sukar
|
Ubahsuai
|
27
|
11
|
0.30
|
Terlalu sukar
|
Ubahsuai
|
28
|
14
|
0.38
|
Sederhana
|
Terima
|
29
|
8
|
0.22
|
Terlalu sukar
|
Ubahsuai
|
30
|
9
|
0.24
|
Terlalu sukar
|
Ubahsuai
|
31
|
6
|
0.16
|
Terlalu sukar
|
Ubahsuai
|
32
|
28
|
0.76
|
Sederhana
|
Terima
|
33
|
12
|
0.35
|
Sederhana
|
Terima
|
34
|
28
|
0.76
|
Sederhana
|
Terima
|
35
|
20
|
0.54
|
Sederhana
|
Terima
|
36
|
16
|
0.43
|
Sederhana
|
Terima
|
37
|
8
|
0.22
|
Terlalu sukar
|
Ubahsuai
|
38
|
9
|
0.24
|
Terlalu sukar
|
Ubahsuai
|
39
|
9
|
0.24
|
Terlalu sukar
|
Ubahsuai
|
40
|
26
|
0.70
|
Sederhana
|
Terima
|
Jadual 2.1.2 merupakan analisis
keseluruhan indeks kesukaran item objektif. Jadual tersebut boleh dirujuk pada jawapan
yang diberi oleh murid. Berdasarkan jadual tersebut didapati bahawa sebanyak 26
item dalam kategori sederhana iaitu dalam lingkungan indeks kesukaran 0.3 ≤ IK ≤ 0.8.
Di samping itu, hanya 3 item objektif dalam lingkungan indeks
kesukaran IK > 0.8 iaitu item
terlalu mudah dan perlu diubahsuai. Manakala
terdapat 11 item yang mempunyai indeks dalam lingkungan IK
0.3 yang
ditafsirkan sebagai item yang terlalu sukar dan perlu diubahsuai
2.2 Pentaksiran
item berdasarkan Indeks Kesukaran (I.K)
Graf bar (rajah 2.2.1) dan graf pie (rajah
2.2.2) menunjukkan analisis keseluruhan indeks kesukaran item objektif iaitu
sebanyak 40 soalan. Soalannya terdiri daripada soalan yang mudah, sederhana dan
juga sukar. Hal ini menyebabkan terdapat perbezaan markah pada setiap murid.
Murid menjawab soalan-soalan tersebut dengan kemampunan yang mereka perolehi.
Kami mendapati bahawa sebanyak 26 item iaitu 65% daripada keseluruhan soalan
adalah dalam kategori sederhana iaitu dalam lingkungan indeks kesukaran 0.3 ≤ IK ≤ 0.8. Secara
keseluruhannya, semua murid dapat menjawab 26 soalan ini dengan baik dan ianya
sesuai untuk murid-murid tersebut.
Di samping itu, hanya
3 item objektif adalah 7.5% daripada keseluruhan soalan dalam lingkungan indeks
kesukaran IK > 0.8 iaitu item terlalu
mudah dan perlu diubahsuai. Dua item soalan (item soalan 4 dan 17) mempunya
indeks kesukaran yang bernilai 0.96. Hal ini menunjukkan hampir semua murid
dapat menjawab soalan 4 dan soalan 17 dengan terlalu mudah. Oleh itu, soalan
ini tidak boleh disimpan dalam bank soalan dan perlu diubahsuai untuk menjadi
soalan berkategori sederhana.
Manakala terdapat soalan 6, 9, 10, 26,
27, 29, 30, 31, 37, 38 dan 39 sebanyak 11 item iaitu 27.5% daripada 40 soalan yang
mempunyai indeks dalam lingkungan IK
0.3 yang
ditafsirkan sebagai item yang terlalu sukar dan perlu diubahsuai.
Terdapat dua soalan mempunyai indeks kesukaran kurang daripada 0.20 iaitu boleh
ditafsir sebagai soalan yang amat sukar dan murid tidak dapat jawab. Hal ini
dapat dilihat pada analisis jawapan murid pada kedua-dua soalan tersebut. 11
item soalan ini perlu diubahsuai untuk menurunkan tahap kesukaran kepada tahap
sederhana supaya dapat dijawab oleh semua murid
3.0
Indeks Diskriminasi (I.D)
Indeks Diskriminasi (ID)
digunakan untuk membezakan pencapaian antara murid kumpulan tinggi dan murid
berkumpulan rendah. Mehrens dan Lehmann (1991) berpendapat bahawa item yang
baik akan dapat membezakan atau mendiskriminasikan antara murid yang
berkeupayaan rendah dan yang berkeupayaan tinggi. Julat ID boleh berada dalam lingkungan -1.00
hingga 1.00. Diskriminasi yang positif menunjukkan bahawa item tersebut boleh
dijawab oleh ramai murid kumpulan tinggi tetapi ramai murid kumpulan rendah
yang tidak dapat menjawabnya dengan betul.
Diskriminasi yang negatif pula menunjukkan bahawa item tersebut tidak boleh
dijawab oleh ramai murid kumpulan tinggi tetapi kumpulan rendah pula yang boleh
menjawabnya.
ID untuk item peperiksaan
di bilik darjah perlu melebihi 0.2, sekiranya pencapaian murid dibahagikan
kepada dua (separuh berpencapaian rendah, separuh berpencapaian tinggi). Indeks
ini sepatutnya lebih tinggi daripada 0.2 (Mehrens dan Lehmann, 1991). Namun
menurut Nitko (2004) pula, item yang boleh dipilih untuk sesuatu ujian hendaklah
mempunyai ID melebihi 0.3. ID sederhana
adalah dalam lingkungan 0.2 hingga 0.4.
Item yang mempunyai ID lebih dari 0.4 merupakan item yang baik.
Analisis ID sesuatu item
adalah penting bagi mengenal pasti konsep yang perlu diajar semula serta bagi
melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum yang tidak
dikuasai oleh murid kumpulan tinggi.
Selain itu, ID juga akan memberi maklum balas kepada murid kumpulan
tinggi tentang kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji. ID turut membantu untuk mengenal pasti soalan
yang berat sebelah kepada sesuatu kandungan, seperti kandungan yang tidak
ditekankan semasa pengajaran atau langsung tidak diajar.
Indeks Diskriminasi
|
Pentafsiran
|
Keputusan
|
ID > 0.4
|
Diskriminasi positif yang tinggi
|
Amat sesuai diterima
|
0.2 < ID ≤ 0.4
|
Diskriminasi positif yang sederhana
|
Ubahsuai item dan cuba sekali
|
0 ≤ ID ≤ 0.2
|
Diskriminasi positif yang rendah
|
Tulis item semula
|
ID < 0
|
Diskriminasi negatif, prestasi
kumpulan rendah lebih baik daripada kumpulan tinggi.
|
Item itu buruk dan harus dibuang
|
Jadual 3.0 (b) : Indeks Diskriminasi
3.1 Analisis
Indeks Diskriminasi (I.D)
½ Jumlah calon cuba
Jadual
3.1.1 : Analisis ID Item 1
Item
Ujian 1
|
Pilihan
|
|||
A
|
B
|
C*
|
D
|
|
12
pelajar kumpulan Tinggi
|
1
|
0
|
11
|
0
|
12
pelajar kumpulan Rendah
|
4
|
0
|
6
|
0
|
T – R
|
5
|
|||
Indeks
Diskriminasi (ID)
|
0.42
|
*
Kunci ialah: C
Jadual 3.1.1 merupakan
ringkasan bagi hasil analisis indeks diskriminasi item objektif 1. Analisis
yang dapat dibuat berdasarkan jadual tersebut didapati bahawa item 1 ditafsir
dalam kategori item yang mempunyai diskriminasi positif yang
tinggi dimana ID > 0.4. Ia merupakan
diskriminasi positif yang sederhana. Item ini perlu
diubahsuai dan cuba sekali.
Jadual 3.1.1 : Analisis
Keseluruhan Indeks Diskriminasi Item Objektif
Item
|
Kumpulan Tinggi Yang Betul
|
Kumplan Rendah Yang Betul
|
Indeks Diskriminasi
|
Tafsiran
|
Keputusan
|
1
|
11
|
6
|
0.42
|
Diskriminasi
positif yang tinggi
|
Amat sesuai
diterima
|
2
|
12
|
5
|
0.58
|
Diskriminasi
positif yang tinggi
|
Amat sesuai
diterima
|
3
|
12
|
7
|
0.42
|
Diskriminasi
positif yang tinggi
|
Amat sesuai
diterima
|
4
|
12
|
11
|
0.08
|
Diskriminasi
positif yang rendah
|
Tulis item
semula
|
5
|
11
|
10
|
0.08
|
Diskriminasi
positif yang rendah
|
Tulis item
semula
|
6
|
5
|
0
|
0.42
|
Diskriminasi
positif yang tinggi
|
Amat sesuai
diterima
|
7
|
9
|
3
|
0.5
|
Diskriminasi
positif yang tinggi
|
Amat sesuai
diterima
|
8
|
7
|
1
|
0.5
|
Diskriminasi
positif yang tinggi
|
Amat sesuai
diterima
|
9
|
6
|
1
|
0.42
|
Diskriminasi
positif yang tinggi
|
Amat sesuai
diterima
|
10
|
7
|
0
|
0.58
|
Diskriminasi
positif yang tinggi
|
Amat sesuai
diterima
|
11
|
8
|
2
|
0.5
|
Diskriminasi
positif yang tinggi
|
Amat sesuai
diterima
|
12
|
10
|
3
|
0.58
|
Diskriminasi
positif yang tinggi
|
Amat sesuai
diterima
|
13
|
12
|
5
|
0.58
|
Diskriminasi
positif yang tinggi
|
Amat sesuai
diterima
|
14
|
9
|
1
|
0.67
|
Diskriminasi
positif yang tinggi
|
Amat sesuai
diterima
|
15
|
12
|
3
|
0.67
|
.
Diskriminasi positif yang tinggi
|
Amat sesuai
diterima
|
16
|
13
|
4
|
0.75
|
Diskriminasi
positif yang tinggi
|
Amat sesuai
diterima
|
17
|
12
|
11
|
0.08
|
Diskriminasi
positif yang rendah
|
Tulis item
semula
|
18
|
12
|
4
|
0.67
|
Diskriminasi
positif yang tinggi
|
Amat sesuai
diterima
|
19
|
12
|
6
|
0.5
|
Diskriminasi
positif yang tinggi
|
Amat sesuai
diterima
|
20
|
8
|
9
|
-0.08
|
Diskriminasi
negatif, prestasi kumpulan rendah lebih baik daripada kumpulan tinggi
|
Item buruk
dan harus dibuang
|
21
|
10
|
2
|
0.67
|
Diskriminasi
positif yang tinggi
|
Amat sesuai
diterima
|
22
|
10
|
0
|
0.83
|
Diskriminasi
positif yang tinggi
|
Amat sesuai diterima
|
23
|
12
|
4
|
0.67
|
Diskriminasi
positif yang tinggi
|
Amat sesuai
diterima
|
24
|
11
|
1
|
0.83
|
Diskriminasi
positif yang tinggi
|
Amat sesuai
diterima
|
25
|
4
|
4
|
0
|
Diskriminasi
positif yang rendah
|
Tulis item
semula
|
26
|
4
|
0
|
0.33
|
Diskriminasi
positif yang sederhana
|
Ubahsuai
item dan cuba sekali
|
27
|
4
|
3
|
0.08
|
Diskriminasi
positif yang rendah
|
Tulis item
semula
|
28
|
5
|
4
|
0.08
|
Diskriminasi
positif yang rendah
|
Tulis item
semula
|
29
|
3
|
2
|
0.08
|
Diskriminasi
positif yang rendah
|
Tulis item
semula
|
30
|
3
|
3
|
0.5
|
Diskriminasi
positif yang tinggi
|
Amat sesuai
diterima
|
31
|
4
|
0
|
0.33
|
Diskriminasi
positif yang sederhana
|
Ubahsuai
item dan cuba sekali
|
32
|
9
|
10
|
-0.08
|
Diskriminasi
negatif, prestasi kumpulan rendah lebih baik daripada kumpulan tinggi
|
Item buruk
dan harus dibuang
|
33
|
4
|
3
|
0.08
|
Diskriminasi
positif yang rendah
|
Tulis item
semula
|
34
|
13
|
7
|
0.5
|
Diskriminasi
positif yang tinggi
|
Amat sesuai
diterima
|
35
|
6
|
7
|
-0.08
|
Diskriminasi
negatif, prestasi kumpulan rendah lebih baik daripada kumpulan tinggi
|
Item buruk
dan harus dibuang
|
36
|
8
|
2
|
0.5
|
Diskriminasi
positif yang tinggi
|
Amat sesuai
diterima
|
37
|
4
|
1
|
0.25
|
Diskriminasi
positif yang sederhana
|
Ubahsuai
item dan cuba sekali
|
38
|
2
|
2
|
0
|
Diskriminasi
positif yang rendah
|
Tulis item
semula
|
39
|
3
|
3
|
0
|
Diskriminasi
positif yang rendah
|
Tulis item
semula
|
40
|
12
|
7
|
0.42
|
Diskriminasi
positif yang tinggi
|
Amat sesuai
diterima
|
Petunjuk
-
Diskriminasi
positif yang tinggi
-
Diskriminasi
positif yang sederhana
-
Diskriminasi
positif yang rendah
-
Diskriminasi
negatif, prestasi kumpulan rendah lebih baik daripada kumpulan tinggi
|
3.2 Pentafsiran
Item Berdasarkan Indeks Diskriminasi (I.D)
Rajah 3.2.1 menunjukkan graf bar
analisis indeks diskriminasi
Rajah 3.2.2
menunjukkan graf pie peratus
Graf
bar (rujuk 3.2.1) dan graf pie (rajah 3.2.2) merupakan analisis keseluruhan
indeks diskriminasi item objektif. Keputusan tersebut didapati daripada jawapan
yang diberi oleh murid-murid 4 Aman. Kami dapati bahawa, 24 item iaitu 60%
daripada keseluruhan soalan ditafsir dalam kategori item yang mempunyai
diskriminasi positif yang tinggi I.D. > 0.4 dimana keputusannya amat sesuai
diterima. Terdapat 2 soalan yang mempunyai Indeks Diskriminasi yang lebih
daripada 0.70. Hal ini menunjukkan soalan-soalan ini mempunyai diskriminasi
positif yang tinggi. Soalan-soalan ini mampu membezakan murid yang cerdas dan
lemah dengan lebih berkesan. Oleh itu, item-item ini amat sesuai diterima dan
boleh dikekalkan dalam kertas ujian. Item-item tersebut juga boleh disimpan
dalam bank soalan untuk kegunaan masa hadapan.
Di samping itu, terdapat 3 item iaitu soalan
26, 31 dan 37 ditafsir dalam kategori item yang mempunyai diskriminasi positif yang
sederhana 0.2 ≤ I.D. ≤ 0.4 dimana keputusannya item tersebut perlu diubahsuai
dan cuba sekali. Ketiga – tiga item ini adalah menjadi 7.5% daripada
keseluruhan soalan. Soalan-soalan tersebut perlu diubahsuai untuk meningkatkan
diskriminasi positif untuk menjadikan soalan yang berkualiti dan boleh disimpan
dalam bank soalan untuk ujian pada masa hadapan.
Selain itu, berdasarkan rajah-rajah tersebut kami mendapati bahawa 10
item ditafsir dalam kategori item yang mempunyai diskriminasi positif yang
rendah 0 ≤ I.D. ≤ 0.2 iaitu 25% daripada keseluruhan soalan. Keputusannya item tersebut perlu ditulis
semula. Hal ini kerana soalan 4, 5, 17, 25, 27, 28, 29, 33, 38 dan 39 perlu
diubahsuai untuk meningkatkan diskriminasi positif yang tinggi. Dengan itu,
kesemua soalan ini dapat disimpan dalam bank soalan untuk menjamin ujian yang
kualiti dan juga adil kepada semua murid.
Selanjutnya, didapati bahawa soalan 20, 32 dan 35 iaitu sebanyak 3
item ditafsir dalam kategori item yang negatif, prestasi kumpulan rendah
lebih baik daripada kumpulan tinggi, I.D < 0 dimana keputusannya item
tersebut ialah item buruk dan harus dibuang. Tiga soalan ini adalah 7.5%
daripada keseluruhan soalan dalam kertas peperiksaan ini. Soalan sebegini tidak
boleh diberi kepada murid kerana ia menjejaskan minda murid. Murid akan berasa
tidak suka untuk menjawab soalan. Soalan ini perlu dibuang dan digantikan
dengan soalan yang diskriminasinya positif yang tinggi supaya semua murid dapat
menduduki ujian yang berkualiti dan adil.
4.0
Perbandingan Indeks
Perbandingan kedua-dua nilai IK dan ID bagi sesuatu item
merupakan aspek yang penting untuk menentukan keputusan sama ada sesuatu item
soalan itu dikekalkan, digugurkan atau perlu diperbaikkan. Apabila maklumat berkenaan kedua-dua IK dan
ID diperoleh untuk setiap item ujian, ia perlu dikumpulkan dan
dibandingkan. Tindakan seterusnya ialah
menentukan sama ada item tersebut boleh dikekalkan sekiranya item tersebut
berkualiti kerana mempunyai nilai IK dan ID dalam julat yang bersesuaian. Item soalan yang sangat sukar boleh
dipermudahkan manakala item yang sangat mudah perlu disukarkan. Tindakan ini penting bagi mengumpulkan item
yang berkualiti sahaja dalam bank soalan. Jadual 7.0 (a) menunjukkan
perbandingan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi serta tindakan yang perlu
diambil untuk menjamin kualiti kertas peperiksaan.
Jadual 4.0 (a): Perbandingan Indeks
Kesukaran dan Indeks Diskriminasi
serta Tindakan
Item
|
Indeks Kesukaran
|
Indeks Diskriminasi
|
Tindakan
|
1
|
0.70
|
0.42
|
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
|
2
|
0.62
|
0.58
|
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
|
3
|
0.70
|
0.42
|
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
|
4
|
0.95
|
0.08
|
Ubahsuai
dan sukarkan
|
5
|
0.89
|
0.08
|
Ubahsuai
dan sukarkan
|
6
|
0.222
|
0.42
|
Tulis
semula
|
7
|
0.43
|
0.5
|
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
|
8
|
0.35
|
0.5
|
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
|
9
|
0.22
|
0.42
|
Tulis
semula
|
10
|
0.30
|
0.58
|
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
|
11
|
0.43
|
0.5
|
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
|
12
|
0.54
|
0.58
|
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
|
13
|
0.70
|
0.58
|
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
|
14
|
0.35
|
0.67
|
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
|
15
|
0.57
|
0.67
|
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
|
16
|
0.62
|
0.75
|
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
|
17
|
0.95
|
0.08
|
Ubahsuai
dan sukarkan
|
18
|
0.65
|
0.67
|
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
|
19
|
0.76
|
0.5
|
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
|
20
|
0.70
|
-0.08
|
Buang
|
21
|
0.57
|
0.67
|
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
|
22
|
0.43
|
0.83
|
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
|
23
|
0.70
|
0.67
|
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
|
24
|
0.46
|
0.83
|
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
|
25
|
0.35
|
0
|
Tulis
semula
|
26
|
0.16
|
0.33
|
Tulis
semula
|
27
|
0.30
|
0.08
|
Tulis
semula
|
28
|
0.38
|
0.08
|
Tulis
semula
|
29
|
0.22
|
0.08
|
Tulis
semula
|
30
|
0.24
|
0.5
|
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
|
31
|
0.16
|
0.33
|
Tulis
semula
|
32
|
0.76
|
-0.08
|
Buang
|
33
|
0.35
|
0.08
|
Tulis
semula
|
34
|
0.76
|
0.5
|
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
|
35
|
0.54
|
-0.08
|
Buang
|
36
|
0.43
|
0.5
|
Terima, dikekalkan dan simpan Dalam bank soalan
|
37
|
0.22
|
0.25
|
Tulis
semula
|
38
|
0.24
|
0
|
Tulis
semula
|
39
|
0.24
|
0
|
Tulis
semula
|
40
|
0.70
|
0.42
|
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
|
5.0
Analisis, Interprestasi, Komen Dan
Cadangan Tentang Analisis Item
Tindakan
|
No.
Item
|
Jumlah
|
Peratus
(%)
|
Terima,
dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
|
1,
2, 3, 7, 8, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 18, 19, 21, 22, 23, 24, 30, 34, 36,
40
|
22
|
55
|
Ubahsuai dan sukarkan
|
4,
5, 17
|
3
|
7.5
|
Tulis semula
|
6,
9, 25, 26, 27, 28, 29, 31, 33, 37, 38, 39
|
12
|
30
|
Buang
|
20,
32, 35
|
3
|
7.5
|
Jadual 5.0 (a) menunjukkan tindakan susulan bagi
item-item soalan berdasarkan keputusan perbandingan IK dan ID.
Jadual
5.0 (a) yang ditunjukkan di atas mempamerkan kesesuaian item 1 hingga 40 indeks
kesukaran dan indeks diskriminasi dalam kertas Peperiksaan Pertengahan Tahun
Matematik Tahun 4. Daripada jadual 8.0 (a) di atas, kami dapat perhatikan
bahawa 55%, iaitu sebanyak 22 item sesuai diterima kerana item-item ini
mempunyai padanan nilai indeks kesukaran dan indeks diskriminasi yang sesuai.
Walaupun
jadual menyatakan item yang mempunyai indeks diskriminasi 0.2
I.D.
0.4 merupakan item yang perlu diubahsuaikan
bagi tetapi menurut Nittko (2004), item yang dipilih untuk sesuatu ujian
hendaklah memiliki indeks diskriminasi yang melebihi 0.3. Jadi kami berpendapat
bahawa item yang mempunyai indeks diskriminasi yang melebihi 0.3 adalah sesuai
diterima. Oleh itu, kami merumuskan bahawa dalam Jadual, item-item yang
mempunyai indeks kesukaran 0.3
dan
indeks diskriminasi yang melebihi 0.3 akan ditafsir sebagai item yang sesuai
diterima. 22 item tersebut boleh disimpankan dalam bank item item soalan untuk
kegunaan masa hadapan.
Di
samping itu, kami mendapati bahawa 30% daripada keseluruhan iaitu 12 item
adalah item yang tidak sesuai untuk diterima dalam kertas Peperiksaan
Pertengahan Tahun Matematik tahun 4. Sebahagian daripada 30% item tersebut
tidak dapat diterima disebabkan item-item tersebut mempunyai indeks kesukaran
yang terlalu tinggi ataupun terlalu rendah yang ditafsir sebagai item yang
terlalu mudah atau terlalu sukar. Item-item tersebut juga mempunyai indeks
diskriminasi yang rendah, di mana ia bermaksud item tersebut tidak mampu membezakan
murid-murid kumpulan cerdas dengan kumpulan lemah secara berkesan. Oleh itu,
item tersebut harus diubahsuaikan lagi dan tidak boleh diterima serta disimpan
dalam bank item.
Oleh itu, bagi item-item
tulis semula ini, boleh dikatakan mempunyai masalah dalam pokok soalan, stem
atau opsyen yang diberi. Jika kita melihat item soalan 6 boleh dikatakan opsyen
atau pilihan yang terdapat sukar untuk difahami oleh murid-murid. Maka, kami
telah menukarkan pilihan yang terdapat ke aras mudah.
mohon contoh yang boleh digunakan cikgu
terima kasih cikgu,ilmu yang bermanfaat.
TQ... MOHON GUNA
Salam. Bagamaimana formula untuk mengira Indeks Diskriminasi bagi soalan subjektif ya? Terima kasih tuan.
Saya pun nak tanya soalan ni. Apa ya jawapannya