1.1 Guru Cemerlang
Di Malaysia, guru atau pendidik merupakan penjawat
awam yang terpenting dalam bidang pendidikan. Perkhidmatan seseorang guru amat
penting bagi merealisasikan aspirasi negara. Guru memiliki ciri-ciri istimewa
sama ada terbina secara semulajadi atau dilatih Cabaran abad ke dua puluh satu
ini memerlukan guru-guru atau para pendidik memperlengkapkan diri dengan
cabaran baru yang sedang dihadapi oleh pelajar yang amat rencam dan kompleks..
Para guru perlu lebih memiliki
ketrampilan diri sebagai pendidik sempurna dengan memiliki pelbagai ilmu
tradisional dan moden, kefahaman dasar dan aspirasi negara dengan jelas dan
mantap, bersahsiah tinggi, beretika cemerlang, pelbagai kemahiran pengajaran
dan pembelajaran dan kaedah pengurusan terkini. Guru yang mengamalkan etika
perkhidmatan cemerlang sudah pasti menjamin organisasi sekolah dan negara
mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. Bagi
merealisasikan hasrat itu, pihak kementerian pendidikan telah memperkenalkan
pangkat guru cemerlang.
Tujuan
utama Kerajaan memperkenalkan laluan kenaikan pangkat sebagai guru cemerlang
adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru yang benar-benar cemerlang dan
menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam bidang pengkhususan
tanpa perlu menukarkan ke jawatan pentadbiran. Dengan cara ini, guru-guru yang
bermotivasi tinggi, mahir, berpengalaman dan pakar dalam sesuatu bidang
tertentu dapat terus dikekalkan untuk mengajar di sekolah bagi memperkasakan
lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
Pelaksanaan
konsep Guru Cemerlang juga bertujuan untuk menjadikan guru-guru yang dilantik
sebagai role model yang akan menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada guru
lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti
P&P di sekolah masing-masing. Kewujudan Guru Cemerlang diharapkan dapat
menjadi pemangkin bagi sesebuah sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik
yang lebih cemerlang dan gemilang.
Jadual 1 di bawah menunjukkan satu contoh hasil
temuramah dengan seorang Guru Cemerlang. Guru Cemerlang tersebut ialah Encik
Zainal bin Somingan seorang Guru Cemerlang Pra Sekolah dari SK Taman Perling,
Johor Bahru.
.
Jadual 1 :
Transkrip Temu Bual dengan Guru Cemerlang (GC)
Temu Bual
|
Refleksi Penulis
|
||
Penulis
GC
|
Assalamualaikum Cikgu. Saya pelajar Program Pensiswazahan Guru, Kampus
Temenggong Ibrahim Johor Bahru, ingin menemuramah cikgu yang merupakan
seorang guru cemerlang di sekolah ini.
Waalaikumussalam. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang ke sekolah
ini dan terima kasih juga kerana saudara sudi memilih saya untuk berkongsi
sedikit pengalaman dan kejayaan yang pernah saya capai.
|
- GC bersedia dan rela hati
untuk berkongsi
pengalaman & kejayaan
kepada semua
|
|
Penulis
GC
|
Sebagai pembuka kata, saya sungguh tertarik dengan penampilan cikgu
pada pagi ini. Bolehkah cikgu perkenalkan serba sedikit latar belakang cikgu
sehingga boleh memegang status guru cemerlang ini?
Terima kasih saudara. Saya Cikgu Zainal bin Somingan merupakan seorang
guru cemerlang Pra Sekolah di sekolah ini. Saya lahir dan dibesarkan di Sabak
Bernam, Selangor. Saya datang dari keluarga yang boleh dikatakan kais pagi
makan pagi, kais petang makan petang. Berkat kesusahan dan kegigihan menuntut
ilmu, saya telah diterima masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia dan
mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains dan Kemasyarakatan. Pada tahun 2001 saya
telah diterima menjawat jawatan guru pra sekolah setelah menamatkan KPLI di
Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia. Telah 8 tahun berada di sekolah
ini dan 3 tahun memegang status guru cemerlang.
|
- Penampilan GC sesuai
dengan status sebagai
seorang guru.
- Keperitan hidup masa lalu
GC menjadikan beliau
tabah dan ingin maju
dalam kehidupannya
|
|
Penulis
GC
|
Saya ingin tahu, bagaimanakah cikgu boleh dapat status guru cemerlang?
Semua guru boleh menjadi guru cemerlang asalkan guru itu memohon untuk
menjadi guru cemerlang. Penentuan samada layak atau tidak adalah bergantung
kepada kecemerlangan yang kita tunjukkan semasa proses pemantauan dan
penilaian oleh pihak kementerian. Antara faktor yang menyebabkan saya
terpilih sebagai guru cemerlang adalah kerana pihak penilai berpuas hati
dengan bukti-bukti kecemerlangan yang saya tunjukkan kepada mereka. Antaranya
melalui pelaksanaan inovasi pengajaran serta kajian-kajian tindakan yang
pernah saya cipta, laksanakan dan mendapat pengiktirafan daripada mana-mana
pihak seperti sekolah, pejabat pelajaran daerah, negeri atau peringkat
kebangsaan. Keberkesanan inovasi yang saya buat itu telah merubah prestasi
murid-murid saya menjadi lebih baik lagi.
|
- Guru perlu sentiasa
Mencari segala peluang
untuk memajukan diri.
- GC ada semangat
ingin mencuba suatu
yang baru.
- GC membuat inovasi
pengajaran menjadi
penyebab prestasi
pelajaran semua
muridnya meningkat.
|
|
Penulis
GC
|
Kalau tidak keberatan, bolehkah cikgu kongsikan inovasi pengajaran
yang pernah cikgu buat?
. |
- GC sentiasa menyahut
cabaran dan bertindak
pantas dalam
menyiapkan tugasnya.
- GC seorang yang kreatif
dan inovatif.
- Banyak
menghasilkan inovasi
dan sering menyertai
pertandingan inovasi di
pelbagai peringkat.
|
|
Penulis
GC
|
Saya lihat banyak hasil inovasi cikgu telah sampai ke peringkat yang
boleh dibanggakan. Bolehkah cikgu sebutkan kejayaan-kejayaan yang pernah
cikgu perolehi?
Bermula pada tahun 2007, saya telah mendapat tempat ke 2 dalam Negeri
Johor melalui Pertandingan Pra Sekolah Cemerlang, Anugerah Hari Q pada tahun
2008, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 2009, Anugerah Guru Inovatif 2010,
Anugerah Guru Aktif 2011, Anugerah Guru Inovatif berkumpulan 2012 dan pada
tahun 2013 saya telah dilantik guru cemerlang. Inovasi saya iaitu Camca
pernah mendapat anugerah sempena Hari Guru daerah Johor Bahru. Kaedah Rhajin
pula pernah mendapat anugerah emas dan perak peringkat antarabangsa.
|
- Hasil inovasi GC
mendapat
pengiktirafan daripada
pelbagai peringkat.
- Boleh menjadi
perangsang kepada
semua guru untuk
menghasilkan
inovasi
yang boleh
diketengahkan.
|
|
Penulis
GC
|
Apakah keberkesanan inovasi yang cikgu hasilkan dalam membantu proses pengajaran dan
pembelajaran murid?
Melalui beberapa inovasi yang saya cipta telah dijadikan amalan dalam
kehidupan di dalam bilik darjah oleh
murid-murid pra sekolah di sekolah ini. Kaedah Rhajin misalnya. Setiap
pagi murid-murid kami akan mengambil buku dan membacanya sejurus sahaja mereka
sampai di sekolah. Penghargaan akan diberikan kepada setiap murid yang telah
dapat membaca satu-satu buku itu dengan lancar.
|
- GC menjadi agen
perubahan tingkah laku
murid. Inovasi yang
dicipta telah dijadikan
rutin harian murid-
muridnya
|
|
Penulis
GC
|
Pada pendapat cikgu, bagaimanakah seseorang guru itu boleh
melaksanakan inovasi dalam pengajarannya?
Saya berpendapat, setiap guru perlu kreatif dalam mengatasi sebarang
masalah pembelajaran murid. Apa sahaja cara baharu yang digunakan oleh guru dalam
pengajaran, saya kira itu adalah inovasi. Kadang-kadang inovasi tersebut
tidak menggunakan modal. Contohnya
ketika saya menyertai pertandingan inovasi peringkat negeri Johor iaitu 'Satu
Guru Satu Inovasi' pada 2012, guru yang menjadi johan hanya menggunakan kedua
belah tangannya sahaja sebagai bahan inovasinya. Kesimpulannya guru perlu
sentiasa berfikir di luar kotak bagi memastikan ojektif pengajarannya
tercapai. Ini merupakan salah satu ciri guru yang berinovatif.
|
- Setiap guru perlu kreatif
dan inovatif. Sentiasa
mencipta kaedah
baharu dalam
pengajaran.
- GC mengambil contoh
inovasi orang lain untuk
dikongsikan.
|
|
Penulis
GC
|
Adakah cikgu merasakan bahawa tenkologi pendidikan menyumbang ke arah
peningkatan jumlah guru yang berinovasi?
Guru yang berinovasi seharusnya sentiasa mengikuti perkembangan
teknologi masa kini. Penggunaan multimedia secara interakif contohnya lebih
berkesan digunakan kepada anak-anak generasi zaman sekarang. Mereka adalah
generasi zaman ICT. Kehidupan mereka dikelilingi dengan teknologi. Maka guru
juga perlu menyediakan keperluan pembelajaran yang seiring dengan kemajuan
pada zamannya. Saya juga amat bersetuju jika dikatakan bahawa teknologi pendidikan
membantu guru-guru ke arah guru berinovasi. Maklumat boleh dicari dan
dikongsi di seluruh dunia tanpa ada hadnya.
|
- Teknologi pendidikan
menyumbang ke arah
guru yang kreatif dan
inovatif. ICT sebagai
bahan pengajaran dan
sumber mencari dan
menyebar maklumat.
|
|
Penulis
GC
|
Sejauhmanakah cikgu
telah mengaplikasikan penggunaan ICT dalam inovatif cikgu dalam P&P di
bilik darjah?
Kemudahan ICT di bilik darjah pra sekolah kami amat terhad.
Walaubagaimanapun, saya memaksimumkan penggunaannya dengan melaksanakan
pembelajaran secara interaktif secara berkumpulan. Inovasi saya kaedah Camca
misalnya, saya jalankan secara interaktif. Semua murid dapat belajar secara hands on. Saya nampak penggunaan ICT dalam
pembelajaran dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Kesan positif yang
lain dapat dilihat juga daripada kedatangan murid. Peratus kedatangan murid
meningkat jika saya menggunakan kemudahan ini. Kesannya dapat saya rasakan
seperti pada penghujung tahun lalu, semua murid saya telah lancar membaca
sebelum mereka masuk ke tahun 1.
|
- GC menggunakan
kemudahan ICT dalam
inovasi pengajarannya.
- Murid berminat terhadap
pengajaran ICT interaktif
atau secara hands on.
- Peratus kedatangan
meningkat sekiranya
guru menggunakan
bahan pengajaran
berbentuk ICT
- Semua murid GC lancar
membaca sebelum
masuk ke tahun 1
|
|
Penulis
GC
|
Sepanjang pengalaman cikgu sebagai
guru cemerlang apakah strategi inovatif yang cikgu amalkan dalam pengajaran
dan pembelajaran?
Kejayaan murid adalah menjadi kayu
pengukur kejayaan satu-satu inovasi pengajaran yang dugunakan oleh guru. Guru
baharu perlu mula mengamalkan
pengajaran dan pembelajaran yang inovatif dan lebih kreatif supaya murid
berupaya menyelesaikan segala masalah dengan lebih professional, berkeyakinan
dan berkemahiran. Mereka juga perlu
lebih mengunakan pengajaran yang cenderung kepada penyelesaian masalah dan
menggunakan strategi yang berpusat kepada pelajar.
|
- Kejayaan murid menjadi
kayu pengukur kejayaan
satu-satu inovasi
- Guru perlu lebih kreatif
supaya murid dapat
menyelesaikan masalah
dengan lebih
profesional.
|
|
Penulis
GC
|
Bagaimanakah cikgu kongsikan bahan-bahan inovasi yang dihasilkan
dengan rakan-rakan guru di luar sana?
Segala bahan dan apa sahaja berkaitan pra sekolah di sekolah ini saya
muatkan dalam blog yang saya bangunkan. Selain itu saya gunakan segala laluan
media sosial yang ada seperti facebook, twitter, dan sebagainya untuk
menyalurkan maklumat kepada semua yang memerlukan. Saya juga kongsikan
bahan-bahan saya ketika saya memberikan ceramah, bengkel atau mesyuarat-mesyuarat
di peringkat daerah hinggalah ke peringkat kebangsaan. Saya anggap ia sebagai
satu jariah saya kerana bagi saya ilmu akan terus berkembang jika ada yang
menyumbang.
|
- GC sedia berkongsikan
bahan kepada orang
lain.
- Media masa kini
digunakan untuk
menyebar maklumat
- Ilmu berkembang selagi
ada penyumbang.
|
|
Penulis
GC
|
Terima kasih atas perkongsian ini. Sebagai penutup, apakah pesanan
atau harapan cikgu kepada guru-guru di negara ini?
Harapan saya semoga guru-guru dalam negara kita sentiasa berinovasi.
Kemajuan negara kita pada masa hadapan adalah bergantung kepada bagaimana
kita menyediakan modal insan pada masa sekarang. Guru-guru merupakan golongan
yang perlu membentuk dan menyediakan modal insan ke arah itu.
|
- Harapan GC semoga
semua guru sentiasa
berinovasi
|
|
Penulis
GC
|
Saya ucapkan terima kasih atas kesudian cikgu meluangkan masa bersama
saya.
Sama-sama.
|
2.1 Hasil
Temu Bual dengan Guru Cemerlang
Melalui
wawancara bersama guru cemerlang itu, kita dapati beliau adalah seorang yang
sentiasa bersedia untuk berkongsi segala pengalaman dan kejayaan yang pernah
dicapai dengan pihak yang memerlukannya. Untuk menjadi cemerlang, seseorang itu
perlu mempunyai kecemerlangan peribadi. Antara kecemerlangan peribadi yang perlu ada dalam diri seseorang guru
cemerlang termasuklah mempunyai keyakinan diri, sentiasa berkongsi dan
bekerjasama dengan orang lain serta sentiasa mengurus diri dengan kemas. Hal
ini bertepatan dengan sifat yang dimiliki oleh guru cemerlang itu di mana beliau
sentiasa membuat perkongsian terhadap segala bahan-bahan inovasi pengajarannya
kepada semua pihak yang memerlukannya. Begitu juga dengan penampilannya. Penampilannya
sebagai seorang guru terserlah dan sesuai dengan status guru cemerlang yang
dipegangnya.
Guru
cemerlang tersebut juga merupakan seorang yang tabah dan tidak pernah kenal
erti jemu. Beliau sering membuat kajian-kajian mengenai kaedah pengajaran
terhadap dirinya bagi diaplikasikan dalam pengajarannya. Boleh dikatakan setiap
tahun beliau akan menghasilkan inovasi pengajaran untuk dipertandingkan.
Sewajarnya setiap guru mempunyai anggapan bahawa satu perkara yang sukar akan
menjadi mudah jika dilakukan secara kerap. Bagi guru cemerlang itu, alah bisa
tegal biasa. Kemungkinan sejarah kehidupan lalu telah menjadi pendorong kepada
beliau untuk terus maju dalam kehidupan. Beliau tidak mahu melihat generasi
akan datang hidup tersepit di bawah arus kemiskinan. Oleh itu beliau jadikan
kehidupan lalunya sebagai pendorong untuk maju selangkah demi selangkah ke
hadapan. Ketabahan yang dimilikinya juga merupakan ciri-ciri yang perlu ada pada
seorang guru yang cemerlang.
Faktor kekangan
masa sering menjadi penghalang kepada seseorang untuk berjaya dalam apa juga
bidang yang diceburi. Berbeza pula dengan apa yang dimiliki oleh guru cemerlang
ini. Beliau sentiasa bertindak pantas dalam menjalankan kerjanya. Jika kita
sering bertangguh maka kerja yang kita laksanakan tidak akan dapat disiapkan
sepenuhnya. Penglibatan guru cemerlang ini bukan sahaja bertumpu di dalam bilik
darjah sahaja kerana beliau juga terlibat dengan sesi ceramah, bengkel dan
mesyuarat-mesyuarat yang perlu dihadiri di pelbagai peringkat. Kekangan masa
ini tidak dijadikan alasan untuk beliau menghasilkan inovasi pengajaran dan
membuat kajian tindakan untuk kemajuan anak-anak muridnya. Kepakaran yang
dimilikinya bukan sahaja dapat digunakan untuk kepentingan murid-muridnya malah
golongan pendidik lain di luar kawasan sekelilingnya. Sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti
yang khusus dan konsisten supaya dipandang mulai oleh masyarakat. Ciri-ciri
personaliti seperti menepati masa, berupaya mewujudkan suasana kecindan atau
humorous (jenaka) dan tegas warjar diamalkan oleh seseorang guru yang
cemerlang.
Kepentingan
inovasi bukan sahaja dapat dimanfaatkan kepada murid-murid sahaja malah kepada
golongan pendidik semua. Bagi guru cemerlang itu, antara manfaat inovasi yang
pernah diperolehi oleh muridnya hasil daripada inovasi yang diciptanya adalah
menjadikan inovasinya itu sebahagian daripada rutin murid-muridnya di sekolah.
Melalui kaedah Rhajin contohnya. Murid-murid pra sekolah guru cemerlang ini
menjadikan rutin setiap pagi adalah membaca. Program bacaan melalui kaedah
tersebut telah menjadi sebahagian daripada perkara yang perlu dilakukan oleh
murid-muridnya. Selain itu, inovasi itu penting diamalkan oleh setiap guru
kerana ianya dapat membantu meningkatkan prestasi pelajaran murid-murid. Tahap
kebolehan murid yang pelbagai memaksa guru mempelbagaikan kaedah dan pendekatan
pengajaran. Melalui inovasi pengajaran maka murid-murid akan melalui lebih
daripada satu pengalaman dalam mengetahui atau menguasai satu-satu pengetahuan
itu. Jika banyak kaedah yang digunakan untuk menyelesaikan satu-satu masalah
pengajaran itu, tentu masalah itu akan dapat diselesaikan.
Penggunaan ICT
dalam pengajaran dilihat dapat menarik minat murid untuk belajar. Murid lebih
memberikan perhatian terhadap isi kandungan yang hendak dicampaikan oleh guru.
Tidak secara langsung, mereka akan berminat untuk hadir ke sekolah. Hal ini
dapat dibuktikan oleh guru cemerlang itu di mana beliau menggunakan ICT sebagai
bahan inovasi pengajarannya. Murid-murid beliau sangat berminat untuk belajar
dan hadir ke sekolah. Kesannya pencapaian murid-murid beliau dapat ditingkatkan
sehingga semua murid dapat membaca dengan lancar sebelum melangkah ke tahun 1.
Kecemerlangan Komunikasi adalah
suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh warga guru sebagai suatu senjata
utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada
murid-murid. Antara perkara yang perlu
dikuasai oleh seseorang guru cemerlang berkaitan dengan komunikasi termasuklah
kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan. Guru
cemerlang yang telah ditemu bual juga merupakan seorang yang mahir
berkomunikasi. Buktinya, beliau sering terlibat dengan sesi ceramah, bengkel,
mesyuarat dan menjadi pembentang kertas-kertas kerja atau kajiannya kepada
pihak umum. Komunikasi berkesan bukan sahaja penting ketika menyampaikan pelajaran
kepada murid-murid di dalam bilik darjah malah diperlukan ketika proses
menyalurkan maklumat pendidikan kepada
pihak yang lain.
Menurut
guru cemerlang yang ditemu bual, kejayaan pelajar menjadi kayu pengukur dalam menentukan
kejayaan sesebuah inovasi pengajaran. Guru pelatih misalnya, mereka perlu mula
mengamalkan pengajaran dan pembelajaran yang inovatif dan lebih kreatif supaya
murid berupaya menyelesaikan segala masalah dengan lebih professional,
berkeyakinan dan berkemahiran. Guru baru juga perlu lebih mengunakan pengajaran
yang cenderung kepada penyelesaian masalah dan menggunakan strategi yang
berpusat kepada pelajar
Kesimpulannya,
kecemerlangan murid adalah bergantung kepada kecemerlangan seseorang guru yang
mengajar mereka. Andai murid diajar oleh guru yang memiliki dan mengamalkan
ciri-ciri guru cemerlang, sudah tentu murid akan menjadi cemerlang. Murid yang
cemerlang akan menjadi aset dalam negara kita ke arah negara maju menjelang
2020. Hasrat negara menjadikan negara ini negara maju yang dapat bersaing di
peringkat dunia tidak mustahil kita nikmati sekiranya generasi yang ada
sekarang dibekalkan dengan kekuatan minda dan fikiran yang kreatif sebagai
persediaan.
Post a Comment