PdPR Rabu 29.9.2021 dan Khamis 30.9.2021
Langkah Pembelajaran:
1. Baca dan fahami petikan di bawah.
Pada malam yang sunyi itu, kedengaran
suara orang merungut-rungut. Suara itu adalah suara Halim. Nyamuk “ nyamuk yang berterbangan di atas kepala
dan mengigitnya telah menganggu tidurnya sejak tadi. Sambil mengaru -garu
tempat gigitan nyamuk, dia bangun lalu membuka lampu. Besok dia terpaksa
menghantar ayam-ayam itu kepada Pak Leman, seperti yang dijanjikan. Ini bermakna dia terpaksa bangun awal. Hatinya menjadi resah. Halim mengelamun.
Berbagai-bagai fikiran bermain di kepalanya. Tiba-tiba dia mendapat
satu akal. Esok, dia akan membeli
kelambu. Kelambu itu akan melindungi dia dan keluarganya. Dia tersenyum .
Tiba-tiba senyumannya hilang. ”Dapatkah kelambu itu menghapuskan nyamuk?„ fikirnya. ”Apakah yang menyebabkan nyamuk begitu
banyak?„ Soalan ini bermain dikepalanya.
Halim
terus berfikir panjang. Suatu kesedaran timbul dalam dirinya. Dia sedar bahawa
dialah yang bertanggungjawab. Dia menyesal kerana selama ini dia tidak pernah
membersihkan kawasan di sekeliling rumahnya. Akibatnya, kawasan di sekeliling
rumahnya sangat kotor. Longkang-longkang di sekeliling rumahnya penuh dengan
sampah sarap dan air yang bertakung di situ telah menjadi tempat nyamuk membiak.
Tin-tin dan botol-botol kosong selalu sahaja dibuangnya ke dalam semak samun
yang berhampiran dengan rumahnya. Semak samun dan rumput rampai tidak pernah
ditebasnya. Halim mengambil satu keputusan yang tegas. Esok petang, dia akan membersihkan
seluruh kawasan di sekeliling rumhnya.
Dia akan menanam tin -tin, botol-botol atau
lain-lain barang yang dapat menakung air. Dia akan memastikan bahawa kawasan di
dalam dan di luar rumahnya sentiasa bersih. Setelah memikir kan segala-galanya
Halim cuba tidur dengan keazaman yang baru.
2. Baca dan jawab soalan berikut.
1. Perkataan merungut-rungut boleh digantikan
dengan
A. mengeluh
B. bersungut-sungut
C. bercakap-cakap
D. menyesal
2. Mengapakah agaknya Halim menjadi resah ?
A. kerana dia di gigit nyamuk
B. kerana dia terlupa hendak menghantar ayam-ayam kepada Pak
Leman
C. kerana dia tidak dapat bangun awal pada keesokan paginya
D. kerana dia tidak mempunyai kelambu
3. Perkataan mengelamun bermaksud
A. Mengkaji
B. Menggerutu
C. memikirkan sesuatu
D. menyentuh
4. Apakah yang di kesalkan oleh Halim ?
A. tidak dapat tidur dengan nyenyak
B. selama ini dia tidak membeli kelambu
C. selama ini dia tidak pernah menjaga kebersihan kawasan di
sekeliling
rumahnya
D. selama ini dia tidak menghapuskan nyamuk
5. Pernyataan
berikut berkaitan dengan petikan di atas kecuali
A. air yang bertakung di longkang-longkang menjadi tempat
pembiakan
nyamuk
B. keadaan di sekeliling rumah Halim sangat kotor
C. keluarga Halim tidur dirumah Halim tanpa kelambu
D.
Halim telah menebaskan semak samun di keliling rumahnya
3. Tuliskan soalan dan jawapan tersebut dalam buku BM 2 dan hantarkan jawapan anda dalam Google Classroom.
Selamat belajar.
Post a Comment