LAMAN CIKGU BAHRI
Baca surat di
bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya
Khairul bin Ahmad,
Jalan utama,
Taman Sungai
Serada,
21300, Manir
Terengganu.
_________________________________________________
Yang Dipertua,
Majlis
Perbandaran Kuala Terengganu,
20200 Kuala
Terengganu,
Terengganu. 16 OGOS 2017
Tuan,
Masalah
Kekotoran
Dengan
hormatnya, saya selaku wakil penduduk Taman Sungai Serada berasa kecewa kerana
pihak Majlis Perbandaran Kuala Terengganu masih belum mengambil sebarang
tindakan terhdap masalah di atas. Saluran najis di kawasan perumahan kami
tersumbat dan mengakibatkan tangki najis itu pecah. Apabila tangki pecah, najis
melimpah keluar. Keadaan ini tidak menyenangkan kami kerana penduduk yang
terpaksa menutup pintu dan tingkap sehari suntuk bagi mengelakkan bau busuk itu
masuk ke dalam rumah. Kami sudah tidak tahan lagi dengan bau busuk itu yang
sekaligus menghilangkan selera makan.
Masalah ini bertambah teruk apabila
hari hujan. Tangki najis yag pecah itu menyebabkan air najis mengalir ke
kawasan-kawasan lain. Akibatnya penduduk di taman ini menghidapi berbagai-bagai
jenis penyakit kulit. Selain itu, sampah sarap tidak diangkut berminggu-minggu
oleh MPKT. Keadaan ini menyebabkan sampah sarap bersepah di sana sini akibat
diselongkar oleh kucing
dan
anjing liar. Sesetengah penduduk pula membuang sampah sarap ke dalam parit. Air
parit tidak dapat mengalir dengan lancar dna bertakung. Air yang bertakung memudahkan
nyamuk membiak dan bertelur, terutamanya nyamuk aedes.
Kami bimbang penduduk di kawasan ini
akan dijangkiti penyakit demam denggi. Taman permainan kanak-kanak di tempat
perumahan kami tiada kelengkapan yang sempurna. Rumput padang terlalu panjang
kerana tidak dimesin, tambahan pula alatalat permainan kanak-kanakseperti
buaian dan gelongsor sangatlah uzur. Ini amat membahayakan kanak-kanak dan
boleh menyebabkan kemalangan yang tidak diduga. Saya bagi pihak penduduk taman
ini memohon agar pihak tuan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi
masalah itu secepat mungkin. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan
amatlah kami hargai.
Sekian,
terima kasih.
Yang
benar,
KHAIRUL
(KHAIRUL
BIN AHMAD)
Wakil
Penduduk, Taman Sungai Serada.
1. Manakah yang
merupakan tunggak keamanan sesebuah
negara?
A. rakyat yang
suka brjimat cermat
B. adanya
semangat bersatu padu di kalangan rakyat
C. mengutamakan
tugas sendiri
D. membantu
orang susah
2. Apakah tujuan
penulis menulis surat kepada Majlis Perbandaran Kuala Terengganu ?
A. untuk mebuat
rayuan supaya diadakan tempat membuang sampah
B. untuk membuat
aduan tentang penduduk taman yang menghidap berbagai-bagai jenis penyakit kulit
C. untuk membuat
aduan tentang masalah saluran najis yang tersumbat , sampah sarap yang tidak diangkut dan ketiadaan taman permainan kanak-kanak yang sempurna
D. untuk membuat
aduan tentang penduduk yang dijangkiti penyakit deman denggi
3. Apakah jenis
pencemaran yang berlaku di tempat tinggal penulis ?
A. pencemaran
air, udara dan bunyi
B. pencemaran
air
C. pencemaran
bunyi
D. pencemaran
udara
4. Makna bagi
perkataan selongkar dalam surat di atas adalah
A. digeledah
B. dimakan
C. dibuang
D. dikais
5. Apakah yang
menyebabkan penyakit deman denggi merebak ?
A. Nyamuk tiruk
B. Nyamuk aedes
C. Tikus
D. Lalat
LAMAN CIKGU BAHRI
Teliti jadual di
bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Jenis
pertandingan
|
Masa
|
Tempat
|
Kumpulan Umur
|
Pertandingan mewarna
|
8.00 pagi – 12.00 tengah hari
|
Di kantin sekolah
|
5 – 7 tahun
|
Pertandingan bercerita
|
8.00 pagi – 10.00 pagi
|
Di dewan sekolah
|
8 – 10 tahun
|
Mendeklamasikan sajak
|
10.00 pagi – 12.00 tengah hari
|
Di dewan sekolah
|
10 – 12 tahun
|
Mencari harta karun
|
2.00 petang – 4.00 petang
|
Di tempat perhimpunan
|
12 tahun dan ditemani ibu bapa
|
Sukaneka
|
4.00 petang – 6.00 petang
|
Di padang sekolah
|
7 – 12 tahun dan para ibu bapa
|
1) Mengapakah
pertandingan mewarna dan bercerita diadakan
pada masa yang sama ?
A Kedua-dua
pertandingan itu dijangka mendapat sambutan
yang hangat.
B Kumpulan umur
bagi kedua-dua pertandingan itu tidak sama.
C Kedua-dua
pertandingan itu mengambil masa yang agak lama.
D Kedua-dua
pertandingan itu terbuka kepada murid-murid
sahaja.
2) Sebagai murid Tahun Lima, pertandingan
apakah yang disertai oleh Asma ?
A Pertandingan
bercerita, mendeklamasikan sajak, dan mencari
harta karun.
B Acara
sukaneka, pertandingan bercerita, mencari harta karun,
dan mendeklamasikan sajak.
C
Mendeklamasikan sajak dan sukaneka..
D
Mendeklamasikan sajak, mencari harta karun, dan sukaneka.
3) Sebelum pukul 2.00 petang, Manisah dan
ibu bapanya telah
berhimpun untuk menyertai suatu
pertandingan.
Berdasarkan
jadual, pertandingan apakah yang akan disertai oleh mereka ?
A Sukaneka.
B
Mendeklamasikan sajak.
C Mencari harta
karun.
D Mencari harta
karun dan sukaneka.
4) Pada pendapat kamu, apakah yang perlu
dilakukan oleh
pihak pengajur supaya setiap pertandingan
yang diadakan mudah
untuk dikendalikan ?
A Memendekkan
masa pertandingan.
B Penyertaan
perlu dihadkan.
C Menyediakan
petugas yang lebih banyak.
D Mengetatkan
peraturan bagi setiap pertandingan.
5) Antara yang berikut, yang manakah bukan
matlamat yang
semua pertandingan tersebut diadakan ?
A Untuk beradu
kekuatan.
B Untuk
mencungkil bakat.
C Untuk
mengeratkan hubungan.
D Untuk
mendapatkan hadiah yang ditawarkan.
LAMAN CIKGU BAHRI
LANGKAH PEMBELAJARAN :
1. Baca petikan di bawah, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya.
Selaku Ketua
Kampung Paya Dalam, Tuk Mat sering mengingatkan anak-anak buahnya agar sentiasa
berwaspada. Beliau berasa bimbang kalau-kalau kejadian pecah rumah akan berlaku
di kampungnya. Suatu hari, Tuk Mat mengadakan mesyuarat tergempar dengan
memanggil penduduk kampung ke rumahnya untuk membincangkan cara terbaik bagi
mengatasi masalah kejadian pecah rumah di kampung itu.
"Tuk Ketua,
saya mencadangkan rondaan diadakan pada waktu malam secara berkumpulan, "
kata Pak Jusoh.
“Saya menyokong saranan Pak Jusoh, Tuk, ” ujar Pak Mail.
Tuk Mat menganggukkan kepalanya. Semua yang hadir pada malam itu turut
bersetuju dengan usul yang dikemukakan oleh Pak Jusoh. Penduduk Kampung Paya
Dalam akan membuat rondaan mengikut jadual yang ditetapkan. Langkah itu mula
diadakan pada minggu yang berikutnya. Mereka akur akan keputusan yang
ditetapkan oleh ketua mereka.
Selang beberapa malam, penduduk Kampung Paya Dalam digemparkan oleh suatu
kejadian ganjil. Kanak-kanak yang pulang daripada mengaji telah terserempak
dengan lembaga hitam berkepala anjing. Penduduk kampung, terutama kaum wanita
dan kanak-kanak mulai takut hendak keluar malam. Walau bagaimanapun, kejadian
itu tidak mematahkan semangat Tuk Mat dan anak buahnya
untuk meneruskan rondaan.
Suatu malam, hujan turun dengan lebat. Namun, Tuk Mat dan anak buahnya membuat
rondaan seperti biasa. Tepat pada pukul 2.00 pagi, mereka melihat sebuah perahu
terdampar di pantai Kampung Paya Dalam. Tiga orang lelaki dengan gerak-geri
yang mencurigakan melangkah tergesa-gesa meninggalkan perahu itu menuju ke
Kampung Paya Dalam. Tuk Mat dan anak buahnya berjaya memberkas ketiga-tiga
lelaki berkenaan. Setelah disoal siasat, rupa-rupanya merekalah yang selama ini
menjalankan kegiatan pecah rumah di Kampung Kaki Bukit dan menakut-nakutkan
penduduk Kampung Paya Dalam. Ketiga-tiga penjenayah itu kemudian diserahkan
kepada pihak polis untuk dibawa ke muka pengadilan.
1) Mengapakah Ketua Kampung Paya Dalam sering
mengingatkan anak buahnya supaya
berwaspada setiap masa ?
A Terdapat
lembaga hitam berkeliaran di kampung itu pada waktu malam.
B Kemungkinan
akan berlaku kejadian pecah rumah di kampung itu.
C Kampung itu
sering didatangi oleh orang yang mencurigakan.
D Ada penduduk
yang telah terserempak dengan lembaga hitam
berkepala anjing.
2) Apakah
langkah yang diambil oleh penduduk Kampung Paya
Dalam untuk menangani
masalah kemungkinan berlakunya kejadian pecah rumah di kampung itu ?
A Melaporkan
perkara itu kepada pihak polis.
B Mengadakan
kawalan pada waktu malam.
C Membuat jadual
rondaan.
D Menangkap
orang yang bersalah.
3) Di
manakah kejadian pecah rumah telah berlaku ?
A Di rumah Ketua
Kampung Paya Dalam.
B Di Kampung
Kaki Bukit.
C Di Kampung
Paya Dalam.
D Di pantai
Kampung Paya Dalam.
4) Rangkai kata mematahkan
semangat dalam petikan bermaksud
A mengalahkan
kuasa.
B membuat
keputusan.
C mengalihkan
pendapat.
D mengalahkan
kemahuan.
5) Apakah
kesalahan ketiga-tiga orang lelaki yang diberkas oleh Tuk Mat dan anak buahnya
?
A Menjalankan kegiatan menyamun.
B Menjalankan
kegiatan pecah rumah.
C Menjalankan
kegiatan menakut-nakutkan penduduk kampung.
D Menjalankan
kegiatan pecah rumah dan menakut-nakutkan
penduduk kampung.
LAMAN CIKGU BAHRI
Sila baca puisi
di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya
Kail mengena si
ikan jelawat,
Ditangkap
nelayan bersama lokan ;
Ekonomi negara
semakin gawat,
Tenangkan hati
menerima ujian
Indah berseri
hiasan jati,
Jati tumbuh di
puncak bukit;
Jangan berbelanja
sesuka hati,
Ada wang lebih
simpanlah sedikit.
Petang redup
pergi ke pekan,
Pergi ke pekan
menaiki basikal:
Belanja sekolah
boleh dikurangkan,
Galakkan anak
membawa bekal.
Pergi ke surau
bersama-sama rakan ,
Singgah sebentar
di rumah Noja;
Barang tempatan
patut diutamakan,
Jenama luar
lupakan sahaja.
Anak kecil
berhidung mancung,
Pandai mengaji
sopan tuturnya;
Jika tergerak
untuk melancong,
Negara sendiri
patut diutama.
Gadis manis
tersedu-sedu,
Ditinggalkan
bonda dalam bahtera;
Marilah kita bersatu
padu,
Negara aman
Rakyat sejahtera.
1. Apakah jenis
puisi di atas?
A. Syair
B. Gurindam
C. Pantun
nasihat
D. Pantun adat
2. Pernyataan
yang berikut betul tentang pantun kecuali
A. pantun
mempunyai pembayang dan maksud
B. pantun
mempunyai antara 8-12 sukukata
C. pantun
mempunyai rima yang sama
D. pantun di
atas ialah pantun empat kerat
3. Manakah
antara yang berikut BUKAN harapan penulis ?
A. Berjimat
cermat
B. Tenangkan
fikiran menghadapi dugaan
C. Teruskan
bersatu padu
D. Mengaji dan
berkelakuan sopan
4. Pernyataan
yang berikut ada kaitan dengan ungkapan tenangkan hati
menerima ujian kecuali
A. tidak
menimbulkan kekecohan
B. selalu
beringat bahawa kehidupan kita tidak selamanya mewah
C. setiap ujian
yang kita terima perlu dihadapi kerana ada nikmatnya
D. kesusahan berlaku atas kesilapan
manusia sendiri