BAHASA ISTANA | MAKSUD / TAFSIRAN |
Almarhum | Allahyarham |
ampun kurnia | maaf |
anugerah | beri; hadiah |
baginda | dia (rakyat menyapa raja) |
beradu | tidur |
berangkat | berlepas; bertolak |
mencemar duli | berjalan; pergi ke |
berkenan | sudi / suka akan |
berputera | melahirkan anak lelaki |
bersabda | berkata |
bersiram | mandi |
bertitah | berkata/menyuruh |
beta | saya (raja) |
daulat | bahagia |
gering | sakit |
hari keputeraan | hari jadi seseorang |
hulu | kepala |
iram-iram | payung |
kaus | kasut |
kurnia | beri; hadiah |
mahkota | topi |
makam | kubur |
mangkat | meninggal dunia |
menghadap | menjumpai |
murka | marah |
patik | saya (rakyat menghadap raja) |
peraduan | tempat tidur |
permaisuri | isteri baginda |
putera | anak lelaki baginda |
puteri | anak perempuan baginda |
santap | makan |
semayam | duduk; tinggal |
sembah | memberi salam |
singgahsana | kerusi |
titah | kata; perintah |
LAMAN CIKGU BAHRI
Karangan Dialog / Temu Ramah / Perbualan /
Wawancara
· terbahagi kepada dua jenis:
i. Dialog
dan Perbualan ( lebih berkisar kepada persoalan biasa
seperti
bertanya khabar dan perbualan menerusi telefon.)
ii. wawancara dan temu
ramah ( lebih kepada perbualan rasmi,
pertanyaan kepada orang
yang lebih
dihormati , atau ingin tahu
sesuatu
perkara )
· setiap karangan ini mempunyai sekurang-kurangnya
dua watak atau lebih
· sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi
janganlah terlalu panjang. Lihat contoh :
Abu diminta oleh guru
kelas menemu ramah Guru Besar sebelum beliau bersara. Hasil temu ramah itu akan
dimuatkan di dalam majalah sekolah. Berikut merupakan hasil temu ramah
tersebut.
· Format karangan ini
nama watak
ditulis selari di sebelah kiri
selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan selari
contoh :
Nama
A : Assalamualaikum, Makcik.
Nama
B : Waalaikummussalam
Nama
A : Apa khabar Makcik ?
Nama
B :
· Mulakan perbualan
dengan ucap selamat
· Perlu menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai. Jika orang yang dibawa berbual
itu berumur gunakan panggilan “Encik”, “Tuan”, ataupun “Makcik”
· pastikan anda tahu tentang hal atau perkara yang akan ditulis untuk bahan temuramah / dialog.
· boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti ‘tak’ , ‘dah’,
'nak' dan lain-lain
· soalan yang dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit-belit.
Dalam dialog itu, kedua-dua pihak harus
bertanya, memberi pendapat atau pandangan.
· Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar
· elakkan penggunaan soalan yang cuma
memerlukan jawapan “ya” atau “tidak”.
· soalan-soalan disusun dengan baik supaya
terus berkesinambungan.
· kawal jumlah perkataan yang digunakan ( lebih kurang 80 patah perkataan )
· tanda baca yang
digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati-hati dengan ayat tanya
kerana ia berakhir dengan tanda tanya. ( ? )
· mesti di tulis mengikut format ( terpesong
format , tolak 3 markah )
· soalan yang diikuti dengan jawapan lengkap di
beri markah penuh
· Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemuramah.
Contoh Soalan
Kawan kamu selalu mendapat tempat pertama dalam
peperiksaan. Kamu berbual-bual dengan rakan kamu itu untuk mengetahui tentang
rahsia kejayaannya. Tulis perbualan kamu dan rakan kamu selengkapnya.
Rangka karangan.
Pendahuluan
|
|
Bertanyakan khabar.
-Elakkan berbual-bual.
-Sedang menyiapkan latihan.
|
|
Idea
|
|
1)Memberi tumpuan ketika di dalam kelas.
-Elakkan berbual-bual.
-Bertanyakan guru jika tidak faham.
2)Di rumah, membaca nota yang diberi oleh
guru.
-Maklumat kekal diingatan,
-Membuat nota kecil.
|
3)Ayah sentiasa membeli buku ulang kaji.
-Membuat latihan ketika ada waktu terluang.
-Dilakukan pada hari minggu.
4)Menghadiri kelas tuisyen.
-Kelas dari jam 8.00 malam hingga 9.30
malam.
-Memantapkn ilmu pengetahuan.
|
Penutup
|
|
Mengucapkan penghargaan kerana sudi
berbual.
-Berjaya kerana gigih belajar.
-Boleh berjaya jika rajin belajar.
|
LAMAN CIKGU BAHRI
Baca petikan di
bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Razak : Apa khabar, Roslan ?
Roslan :
Beransur baik sekarang. Cuma badan saya masih
lemah dan tiada selera untuk makan.
Razak :
Saya datang ni nak melawat awak kerana sudah
dua har awak tidak datang ke sekolah.
Roslan :
Terima kasih, Razak kerana ambil
berat mengenai
saya.Sebenarnya sudah dua hari saya demam dan
selesema.Ibu menasihati saya agar tidak ke
sekolah kerana bimbang penyakit saya ini akan
berjangkit
kepada kawan-kawan yang lain.
Razak :
Betul tindakan ibu awak itu kerana
selesema
memang mudah berjangkit.Saya dapat tahu awak
tidak sihat melalui guru kelas
kita.Ibu awak yang
menelefon pihak sekolah dan memaklumkan
kepada pihak sekolah bahawa awak tidak sihat.
Adakah awak sudah mendapatkan rawatan
daripada doktor ?
Roslan :
Sudah. Saya telah pergi ke
klinik semalam
bersama-sama dengan ayah dan ibu saya.
Razak : Baguslah kalau dah pergi tetapi jangan lupa
makan ubat yang diberi.
Roslan : Baiklah, terima kasih atas nasihat awak.
Razak : Bagaimana dengan kawan-kawan yang lain?
Roslan : Kawan-kawan yang lain seperti
biasa, cuma Cikgu
Zakaria mengingatkan kita supaya
mengulang
kaji pelajara kerana peperiksaan
percubaan UPSR
akan diadakan tidak
lama lagi.
- Perkataan ambil berat
dalam petikan adalah sinonim
dengan perkataan ....................................................
- Siapakah yang menelefon pihak sekolah untuk memaklumkan keadaan
Roslan?.
- Apakah nasihat yang telah
disampaikan oleh sahabat Roslan
kepadanya?
- Adakah langkah pencegahan
yang telah diambil oleh ibu Roslan berkesan bagi mengawal jangkitan
tersebut?. Mengapa?
LAMAN CIKGU BAHRI
Megat Zulkifli bin Megat Naziruddin. Beliau merupakan seorang pengusaha gerai yang menjual juadah hidangan makan tengah hari. Gerai yang dimaksudkan terletak berhampiran kawasan taman perumahan dan deretan rumah kedai di daerah Manjung. Gerai makanannya juga terletak bersebelahan dengan Pengkalan Tentera Laut Lumut. Beliau seorang peniaga yang cekal dan gigih berusaha. Setiap hari dia menyediakan lauk yang pelbagai jenis dan beraneka rasa untuk memenuhi selera para pelanggannya. Layanan perkhidmatannya juga cepat dan mesra pelanggan.
Gerainya tidak putus-putus dikunjungi oleh pelanggan yang memang gemar akan juadah yang disediakan. Pilihan makanan yang pelbagai, rasanya juga enak serta harga yang dikenakan amat berpatutan. Selain itu, persekitaran gerainya juga kemas dan bersih. Oleh sebab itu, gerai ini telah terpilih memenangi hadiah tempat pertama dalam “Pertandingan Gerai Terbersih Tahun 2017” bagi daerah Manjung. Justeru, faktor ini menjadi daya tarikan kepada para pelanggan dan orang ramai singgah menjamu selera di gerainya.
|
Pendapatan hasil perniagaannya bertambah dari sebulan ke sebulan. Namun, beliau tidak pernah lupa untuk menyimpan sebahagian daripada pendapatannya dalam bank. Duit perniagaan itu jugalah yang digunakan bagi menyara isteri dan lima orang anaknya yang masih belajar. Setelah lima tahun menjalankan perniagaan, beliau berhasrat untuk memperbesar perniagaannya
Encik Megat Zulkifli mempunyai impian dan bercita-cita untuk membeli sebuah rumah kedai bagi dijadikan restoran. Hasratnya tercapai apabila pinjaman yang dipohonnya diluluskan oleh pihak pengurusan bank. Kini, beliau sudah memiliki tiga buah restoran. Ketiga-tiga buah restorannya terletak di pekan Sitiawan, Teluk Batik dan Pulau Pangkor. Usahanya yang tidak pernah mengenal erti putus asa dan sentiasa bertawakal, menjadikannya seorang peniaga yang berjaya dan memperoleh pendapatan yang lumayan sekali. Bak kata pepatah Melayu, “Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”.
|
1.
|
Encik Megat Zulkifli bin Megat Naziruddin memulakan perniagaannya di
|
A
|
pekan Lumut.
|
B
|
pekan Sitiawan.
|
C
|
pekan Teluk Batik.
|
D
|
pekan Pulau Pangkor.
|
2.
|
Mengapakah kita digalakkan menyimpan
sebahagian daripada pendapatan kita di bank?
|
A
|
Supaya kita boleh membuka restoran yang baharu
|
B
|
Supaya kita mudah membuat pinjaman dengan pihak bank
|
C
|
Supaya wang kita selamat dan boleh digunakan ketika perlu
|
D
|
Supaya orang ramai tahu yang kita golongan orang yang berharta
|
3.
|
Berikut adalah antara nilai murni yang boleh dijadikan contoh teladan berdasarkan petikan tersebut, kecuali
|
A
|
berjimat cermat dalam berbelanja.
|
B
|
menyediakan menu mengikut harga makanan.
|
C
|
cekal dan gigih berusaha ketika melakukan sesuatu.
|
D
|
mengamalkan budaya bersih dan kemas pada setiap masa.
|
4.
|
Peribahasa “Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya” bermaksud
|
A
|
kulit rumbia perlu dibuang dahulu sebelum mengambil isinya.
|
B
|
seseorang itu mesti bersih dan kemas untuk mendapatkan hadiah.
|
C
|
kita perlu membuat pinjaman bank supaya berjaya dalam perniaga.
|
D
|
cita-cita kita tidak akan tercapai sekiranya tidak berusaha dengan gigih.
|